2004-09-01

Dua minggu yang penat

Berlalu dua minggu yang amat memenatkan. Minggu lepas, adik saya Jan selamat ditunangkan dengan bakal adik ipar saya, syukurlah semua dah settle cuma tunggu dua-dua insan tu kumpul duit nak kenduri je. La ni tunggu depa dok simpan duit saja.

Balik dari kampung hari tu, ialah pada Hari Khamis 26 Ogos 2004, kami bertolak dari Kuala Kangsar selepas asar, jam hampir 6 petang. Singgah Ipoh rumah kakak ipar, ada dua kaka ipar duduk Ipoh, berdekatan pulak, so kami singgah dua-dua rumah, dekat pukul 10 malam baru bertolak dari Ipoh balik ke Putrajaya. Penat dan letih, esoknya saya kena bertugas di PWTC, patutnya jam 12.30 malam dah boleh sampai Putrajaya, tapi entah darling kita boleh pulak 'terkeluar' kat exit Bukit Raja, melilau pulak cari jalan balik ke Putrajaya.

Sudahnya sampai rumah pukul 1 pagi lebih, panas, tak boleh nak lelap, dekat jam 3 pagi baru boleh lena. Esoknya bangun dengan kepala berdenyut-denyut, dan naik erl ke KL Central, sampai KL Central saya konpius, ada ke lrt ke PWTC dari erl, telefon member tanya sana sini...ooo rupanya ada putra lrt je kat situ, ampehnya saya ni....lama tak guna pengangkutan awam he..he...terus saya naik lrt ke masjid jamek, dan terus ambil teksi ke pwtc dari situ. Keluar dari stesen lrt putra dari bawah tanah tu saya jadi blur seketika, ehh ni kat mana? erkk mana hala ke masjid india, mana hala ke pudu? cm? tercangak-cangak menentukan lokasi saya, blur betul, lintas jalan, baru perasan, ooo tu dia masjid jamek, itu jalan ke Masjid India. Padahal itulah laluan wajib kami dating dulu-dulu.

Hari Sabtu saya masuk office sekejap, itu pun sebab ada discussion dengan designer yang nak buat poster jabatan ni, habis discussion saya terus blah, (saya masih ada off day claim saya, dua hari, so saya tak ponteng kerja ye..) saya pergi ke warta, beli barang sikit.

Petang itu, Mat Jan dan Purbe datang ke rumah, mereka bermalam dua tiga malam jugak ler. Najmilah paling suka, terutama dengan abang Purbe. (ada ciri-ciri ayah penyayang ni...so the anak dara...baca ni!!) Bila Najmi bangun tidur abang Purbe nya tak ada, dia menangis, saya pergi pasar dia tak mau ikut, nak tinggal dengan abang Purbe, abang Purbe siap basuh botol susu lagi...(tambah lagi saham) Abang Purbe mandikan, Abang Purbe lapkan...(ermmm kembang dah hidung dia..) lepas Mat Jan dan Purbe balik petang semalam, nasib baik ada office mate husband datang sefamili so dia tak terasa sangatlah kehilangan abang Purbenya.

Malam tu dia bertanya balik, mana abang Purbenya. Haii lorat...nasib baik dia tu abang, kalau kakak....boleh jadi mak tiri tu...

Malam Merdeka, Salina, Farihah dan Dila, kawan Farihah datang Putrajaya, geng bujang (Purbe, Haz, Zaza, dll) mula-mula nak lepak KL, last-last tak jadi diaorg nak lepak Putrajaya. Dari KL diaoarang berpatah balik ke Putrajaya. Saya dan the girls tadi lepak kat rumah, Salina sakit kepala, sempat tidur seround. Lagi lebih kurang setengah jam nak ke detik 12 malam kami ke tapak sambutan ambang merdeka. nak tengok bunga api. Memandangkan aku warga Putrajaya, dah terror selok belok Putrajaya, kami lalu ikut jalan haram, he...he...so kami dapat parking best punya, dan dapat balik dengan cepat, bebudak lain tadi jenuh beratur nak keluar dari tapak konsert. Kami dah sampai rumah masa tu.

Minggu ni pulak nak ke Melaka, meraikan pengantin baru Fajar dan isteri. Penuh aktiviti.

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng