
2004-08-19
Hensem macam Adam
Semalam, lepas mandi Najmi macam biasa buat perangai bukan-bukan menguji kesabaran mama di pagi hari. Saya suruh dia mandi kat sekolah tak nak, nak mandi kat rumah juga. Lepas mandi tak nak pakai seluar yang saya sediakan, nak pakai seluar panjang poket tepi. Saya cakap seluar panjang poket tepi, basuh, ada kat penyidai nak keringkan. Dia tak percaya, dia nak tengok, bawa keluar pi ke penyidai tunjuk.
Ok puas hati, saya pilih seluar lain, seluar pendek bawah lutut, dan seluar tu agak longgar kat pinggang, kena pakai tali pinggang. Masa saya pakaikan tali pinggang saya cakaplah, pakai seluar ni lah hensem...hensem anak mama pakai seluar ni, macam Brat Pit. Dia marah dan jerit, bukan hensem macam tu, kita nak hensem macam Adam.
Huh anak saya nak hensem macam Adam yang lembik tu...siapa tak tau Adam ni dia ADAM yang Donna suka tu...
Petang balik sekolah, macam biasa, dia nakal-nakal...kemudian saya pun macam biasa bebel pok-pek..pok pek...supaya dia tak nakal, kemudian dia cakap, “kalau nak ensem macam Adam tak boleh nakal ke?” ermmm dapat idea baru...setiap kali dia buat perangai, contohnya bukak tutup peti ais, lompat atas sofa ke, nanti saya cakap, kalau nak ensem macam Adam tak boleh lompat, tengok Adam tak lompat-lompat pun dalam Akademi Fantasia.
Anak saya peminat fanatik AF kot, bangun pagi je nak tengok AF, balik sekolah nak tengok AF, saya bior je la, senang saya nak masak lepas balik kerja, sebab dia sambil-sambil main dia layan AF. Agak mengejutkan, suatu hari, saya tengok buku Astro so dalam buku tu ada lah gambar budak-budak AF dalam tu, gambonya kecik ciput jer, tapi Najmi kenal semua, semua tepat 12 orang dia tunjuk. Aduh.... bahaya ni...
Dulu kalau tanya Najmi nak adik nama apa, dia cakap nak adik nama Tasya, sekarang dah nak nama Farah pulak, kalau bukan Farah nama Zarina. Sabo je la...Najmi...Najmi...
Itu cerita semalam, cerita pagi, lepas mandi, dah tak nak ensem macam Adam, nak ensem macam Kaer pulak, Tengok KAER SINI Masa dalam kereta saya tanya, kenapa Najmi nak jadi Kaer pulak tak nak jadi Adam, dia jawab “Biarlah, kita jadi Kaer pulak, sibuk je mama ni,” Kemudian saya jawab, “hah ! mama tau, kamu nak jadi Kaer hari ni sebab semalam pakai seluar poket tepi, hari ni pakai seluar askar jadi nak tukarlah tak nak jadi Adam, nak jadi Kaer yer..,” dia cakap, ye la... (seluar poket tepi seluar khakis ala-ala bebudak hip hop, hari ni pakai seluar celoreng askar, baju askar siam mak tok beli kat kedah)
Oh, anak saya mencari identiti nampaknya...nasib baik dia minat Adam dan Kaer, kalau dia minat En. Baha Who Will Win tu lagi haru. Jenuh kami mencari kaset Ahmad Jais. Jenuh kami cari cari seluar yenki. Ermm budak-budak sekarang...macam-macam ada...
Ok, Jumaat ni kami nak balik kampung, hari Ahad adik saya Mohamad Syafizan akan bertunang, kami panggil dia Jan saja, bukan Mat Jan. Mat Jan akan berkonvo hari tu, ermm kebetulan dua-dua Syafizan ada hari penting mereka pada tarikh yang sama. Cuma adik saya Jan tu buat kerja sendiri, dia jadi driver can kilang jer, maklumlah sekolah tak tinggi. Kata SALINA masa kami conference chat semalam, beza Syafizan tu dengan Syafizan ni, Syafizan sorang pandai memandu dan bawa awek kilang kicap setiap hari, Syafizan seorang lagi tak champion lagi memandu.
Tak baik tau Salina..Mat Jan kata dia dah boleh bawa Iswara Pak Long bersiar-siar, cuma takut nak melepasi round about jer. Hebat lah tu...kereta manual lak tu...Syabas untuk Mat Jan. tahniah kepada Sekolah Memandu Azmi, kerana berjaya melatih Mat Jan membina keyakinan diri semula untuk memandu.
Selamat berkonvo untuk Mat Jan!! Tahniah...lagu khas untuk Mat Jan...
Bukan mudah menyusur tangga ke angkasa...oohh yeaaa
Bukan mudah mengubah mimpi jadi realiti
Apa pun jua...bisa terbukti andai langkah mu tidak terhenti....
Menuju puncak ! gemilang cahaya..
Mengukir cita seindah rasa...
Menuju puncak ! impian di hati azam sejati...
Pasti berjaya..di UiTM sana...
lelain sambung sendiri...
« LAMA
::
BARU »