2004-08-11

Pameran og pameran..

Bulan ni dan bulan depan ada 4 pameran yang akan saya kena handle, 2 di PWTC, sayu di Mid Valley (bukan tmpt shoping kat exhibition hall tu..) dan satu lagi tu Berjaya Megamall Kuantan (out station again!! huh!!) SO org Kuantan, Kelantan, Terengganu jangan lupa Bulan Sains, Teknologi dan Inovasi 2004, 16-19 September 2004. Come out and play...opss...datang tau banyak acara dan door gift menarik utk anda..tak sesia datang, kalau tak berkesempatan nak pergi ke Planetarium Negara or Pusat Sains Negara, datanglah kesana, there will be mini Planitarium dan Pusat Sains, malah Petro Sains pun ada, mari belajar tentang sains dan inovasi, mungkin D'arkampoo boleh bawa anak-anak datang sambil melawat saya dan bawaklah makanan.

Dua..

Dua tiga hari ini secara kebetulan ada banyak pulak story pasal suami kawin dua dalam hidup saya, hari Isnin kawan office fwd satu email luahan hati seorang isteri yang suaminya ada affiar dengan perempuan lain atas alasan bininya tak seksi lagi, tak wangi, tak pandai berfesyen, tak pandai bergaul..(ermm tak seksi? tapi anak 3).

Kedua, sewaktu berbual dengan Kakak S di surau, dia ceritakan keperitan dia bermadu, kerana suaminya berkahwin lagi masa dia dalam pantang melahirkan anak ke4. Dia cerita bagaimana seksanya jiwa dia, bila suaminya yang tak mampu nak sewa sebiji rumah lagi untuk madunya dibawa madunya serumah dengannya. Serumah?? bayangkan suaminya jam 11 malam tidur dengannya (tidak apa-apa berlaku) dan bila Kak S sedar jam 2-3 pagi, suaminya tidak ada, dan esoknya masa dia tengah siapkan sarapan, madunya sibuk dok mandi wajib. Ampeh kan?

Dan kak S cerita lagi, bila dia jabatannya kena pindah ke Putrajaya dia pun usaha sungguh agar dapat kuarters, tak tahan derita duduk serumah dgn madu. Tuhan Maha Adil, dia dapat, dan skrng dia tinggal dengan anak-anak tanpa suami walau mereka belum bercerai. katanya dia sudha tidak ada apa-apa perasaan terhadap suaminya. kalau lakinya nak balik, baliklah, jumpa anak-anak, dia tak perlu. Anak-anak pun katanya tak berapa suka kalau ayahnya hendak datang. Kata Kak S, dia tak reti memandu, atas desakan, dia belajar memandu, dari duduk belakang lori berjam-jam sebab tak berani memotong, sampai ke 3 saman sebab speed trap. Dia story, masa tahun pertama bermadu suaminya cakap dia akan beraya di rumah bini baru, sebab akak S dah tak ada apa-apa perasaan dia cakap ikut sukalah, lantakla. SO dia angkut anak-anak balik Johor.

Kesian nasib kak S dan anak-anak, kak S kata tak tau sampai bila dia boleh bersabar.

Story ke tiga,

Kisah bermadu juga, tetapi kisah isteri kedua. Tidak semua isteri kedua dimanjai dan tidak semua isteri pertama malang. Ada kawan sepejabat ni kahwin dengan laki orang, walau sebelum kahwin dulu dah berbuih mulut kakak-kakak dan makcik-makcik kat office ni nasihatkannya. Tapi bak jawapan standard org kawin ngan laki orang, dah jodoh nak buat camner. Yang jantan ni org Terengganu dia kena bertukar ke Putrajaya, tetapi isterinya tak mau ikut, alasan isteri sudah ada bisnes sendiri kat Ganu dan tak nak hilang pelanggan dan mak ayah sakit la...memacam.

So lelaki ni pindah sorang, sebulan dua boleh kot tanpa manja-manja ngan pompuan, lama-lama dia tekel budak ni akhirnya tangkap cintan, dan kawin, dah kawin apa lagi, kembunglah perut budak ni, kebetulan budak ni duenya time raya, bini tua awal-awal dah warning tiap kali raya mesti balik ganu, maka tinggal budak pompuan ni beranak sorang-sorang, mujur maknya ada, (dia pulak orang sabah, tak lah balik beranak di Sabah nu..)

Lelaki ni bawak 3 anak dengan isteri pertama tinggal sekali, jadi si budak ni tengah mengandung tak larat pun kena masak jugak, mulut 3 budak tu nak makan. larat ke tiap-tiap hari nak beli. Kemudian, bangun pagi sibuk pula uruskan anak-anak tirinya. Hujung minggu kalau dua hari cuti laki sibuk nak balik ganu, bawaklah kancilnya ulang alik, sampai dah nak uzur kancil budak tu. Dan banyaklah budak ni beralah dengan 'kakak'nya di ganu sana.

Ermmm???? ntah ler nasib masing-masing...

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng