
2004-08-09
Kesibukan nan berlalu
Sibuk yang terlampau sudah berlalu (buat seketika) tidak lagi pulang ke rumah jam 8 mlm, tidak lagi membawa si Najmi ke office. Mesyuarat ASEAN sudah berlalu. Kini konsentrasi untuk program pameran sepanjang bulan ini dan bulan depan.
Ok next month Kuantan pula. Siapa orang Kuantan? nantikan saya..
Hari melawat hospital
Sabtu lepas, bersamaan hari lahir KANDA TERCHENTA kami bersama seorang sahabat iaitu EP berkunjung ke beberapa hospital melawat teman-teman yang macam-macam sakitnya. Tengahari itu, saya sempat masakkan gulai ikan kering dengan nenas + terung + carrot, masakan istemewa orang utara, bukan gulai lemak kuning seperti orang negeri-negeri lain masak. Gulai berempah ini ditumis darat, iaitu bawang putih, bawang merah, jintan dan daun kari ditumis berasing kemudian dituang ke dalam periuk gulai yang sudah siap dimasak. Ikan keringnya ialah ikan talang. Kemudian saya buatkan kerabu taugeh + pucuk paku + perut. Ulam daum selom, serta perut rebus digaul dengan air asam, goreng ayam dan goreng papedom.
Selesai makan kami semua bergerak ke Hospital Kelang melawat saudara PIKA yang dikatakan kena stroke (angin ahmar) Pika baru berusia 24 tahun. Menurut bapanya, jantungnya memang ada masalah, ditambah migrain yang teruk dan juga Pika tidak boleh terlalu penat. (kepenatan pindah rumah dan kerja tak tentu masa antara menyumbang kepada berlaku kepenatan yang melampau sebelum Pika terkena serangan) Pika sudah lama kami kenal. Pika juga yang membantu meyiapkan Pajak Gadai yang digunakan oleh cik abang saya.
Saya terharu dan sebak, tapi kontrol, tak mau tumpah air mata, kerana tidak sampai hati nanti ibu Pika menangis bersama. Ibu bapa Pika pun sudah agak berumur, dan saya rasa kudrat mereka bukan terlalu kuat untuk menjaga anak yang sakit yang tidak mampu berbuat apa-apa, simpati teramat saya rasakan. Darling saya lagilah, katanya kalau boleh pindah Hospital Putrajaya, boleh mak ayahnya duduk di rumah kita, dekat je nak ulang alik, kita pun boleh tolong jagakan. Tapi menurut kata ibu bapa Pika, doktor tunggu sampai Isnin, kalau keadaan tidak kritikal, Pika boleh keluar, dan mak ayahnya hendak bawa pulang ke Kuala Kangsar. Insya-Allah hujung bulan ni kami akan balik kampung, dapatlah kami melawat Pika lagi di Talang nanti.
Keluar dari hospital Klang, kami ke Shah Alam, konon hendak melawat Poad, tetapi bila kami minta kakaitangan hospital check, rupanya dia sudah kelaur tengahari tadi. Terus kami menuju ke Hospital Besar KL, untuk melawat wife JIGO pula, wifenya di tahan di wad kerana kandungan gula yang tinggi, biasalah org body saiz macam kami ni kalau pregnant risiko kena penyakit tinggi sangat. Sebab itulah saya kalau boleh nak tambah ahli keluarga masa muda-muda ni lagilah. Moga berjaya.
Kemudian kami terus balik ke PUTRAJAYA, EP lepak-lepak dulu, solat maghrib, pekena kopi panas, makan kuih bahulu, makan bengkang, baru balik. Dan say terus menonton konsert Akademi Fantasia, Mas keluar, dan pengetua AF umumkan ada 1 pelajar yang terkeluar berpeluang untuk masuk kembali, apa punya hampeh....tah hapa dah keluar-kelaur je la...silap-silap pompuan yang masuk balik tu boleh jadi juara.
Apa pun biarlah Zahid jadi juara dia lebih berhak. Saya baru nak suka Zahid kerana beberapa aksi nakalnya. Dan Zahid nyanyi lagu apa pun sedap didengar, sama macam Bob, tetapi Bob suka menunjuk. Bosan!! sama macam farah over gedik. Opssss...terbicara soal Akademi Fantasia pulak....
« LAMA
::
BARU »