2004-08-01

Regent Hotel, Kuala Lumpur

Hari kedua di Regent Hotel. Semalam sengaja check in lambat sebab nak tengok konsert AF. Cik Abang hantar, masa turun kereta Najmi punyalah menangis, kesian anak mama. Kalau saya sebilik sorang saya angkut diaorg bermalam sekali, tetapi anak-anak buah saya ada dua org, jabatan nak jimatkan kos, so kami kongsi bilik.

Semalam kami bekerja sampai pukul 5.30 pagi, penat yang amat. hari ni masih lagi bertugas. Tak taulah sampai pukul berapa, penat sangatlah...ermm lepas lunch bila all the delegates masuk semula ke dewan mesyuarat saya nak balik bilik tidur, tapi tak taulah dapat peluang untuk tidur atau tidak. sebab macam banyak lagi kerja kena setelkan. Nasib baik kami disediakan internet line dalam Bilik Seketariat ni, dapatlah melepas boring bertenet.

Apalah dua jejaka saya kat rumah buat sekarang ni....mesti golek-golek depan tv, najmi main-main, kejap main boye...angkat bantal balut-balut ngan selmimut kononnya dia tangkap buaya (terpengaruh dengan national geografi hari tu tunjuk kisah orang tangkap buaya) sekarang setiap hari main tangkap buaya habis sepah rumah dengan bantal dan selimut. Bagi saya lantaklah, janji dia tak meragam dan tak buat benda yang salah.

Semalam dia kena marah, dia buat suatu kesalahan yang pada saya kesalahnnya itu berpunca dari kecuaian saya dan Sidia sendiri. tapi entahlah malas nak tulis pasal perkara ini. Biarlah pihak di sana menceritakannya, itu pun kalau pihak di sana hendak menulisnya.

Ok, time to lunch, ... pergi mamam dulu...

kalau kena duduk hotel sebulan, mesti saya kena cari baju saiz XXXL lah pulak, tak muat lah XXL lagi....aduhhhhh...

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng