2004-07-28

Masih lagi minggu yang amat busy

Memang sungguh sibuk, tetapi sebelum saya sentuh kerja-kerja rasmi tu, saya nak update jurnal dulu, sebab kalau dah mula kerja saya tak dapat nak cilok-cilok dah...

Pada hari Isnin 26/7/2004 hari tu seharian saya bertugas di Pameran Hari Pengguna di Putrajaya Convention Center. Penat amat memenatkan. Pameran di anjuran KPDN, so banyaklah syarikat rakaman membuka booth dan ramai artis-artis dari syarikat rakaman yang datang, sebelah pagi, bermula jam 11 lebih kurang, orang tidak begitu ramai, so kami berpeluang bergambar dengan artis-artis dan berbual mesra.

Paling best ialah berjumpa dengan Vince, tak sangka dia masih ingat saya. Dulu Vince belajar di KOLEJ NI tempat kerja pertama saya selepas grad. Di kolej Vince memang sangatlah nakalnya. Bila dia masuk je ke library dengan best friend dia Sathyia mesti bising, kalau saya dalam bilik pun, tak tengok muka pun boleh agak yang masuk tu mesti Vince. Pada hari Jumaat pula biasanya student situ akan adakan Friday Performance, dan VInce suka sangat last minute datang library dan hendakkan note muzik tu ini, nak lagu tu lagu ni. Tu lagi sekali saya nak marah dia, sebab kadang-kadang tak dapat cari.

Masa mula-mula bertembung dengan Vince masa kat PCC hari tu, dia nampak saya, dia senyum dan dia kerutkan muka dan pandang saya, kemudian dia tegur saya, masa tu baru saya tanya dia "ingat akak lagi? Kat ICO*?" dan Vince balas, "ye..ye..ingat....ingat, how are you kak? Masih kerja sana ke?" Kemudian kami pun berbual-bual saya ungkitkan kisah nakal dia, dan dia cakap, shame...shame, kakaknya Vanessa pun ketawa dan cakap, nakal ye dia...Saya tegur dia kata "Vince dah kurus, mungkin sebab tak makan nasik lemak Jaafar dan makan Mc Donald hari-hari kot," dia gelak besar dan cakap "Ye lah, miss Jaafar lah, Jaafar ada bisnes situ lagi ker,?" saya pun cakap entah dah lama saya tak ke sana.

Dia ceritalah dia tak further study kat kolej tu lagi, dia sambung buat marketing pulak, dalam tengah borak, dengar MC kat pentas dah panggil-panggil nama Vince. Dia pun minta diri dan ke pentas. Habis dia menyanyi saya tengok ramai peminat kerumun dia. Saya pun nak bergambar juga dengan dia. Saya ambil digicam office punya tu dan ajak member pergi bergambar. Masa dia nampak saya dari jauh dia lambai, dan kami pun bergambar, saya cakap kat dia nanti saya nak letak gambar tu kat blog, macam Sultanmuzzafar, dia cakap ooo "i know him". Good Luck Vince, dia memang masih macam dulu jugak.

Lepas Vince balik, Ning Baizura pulak datang, saya puji Ning, dia memang friendly dan humble, dia berubah dari perangainya yang sedikit havoc dulu, dia jaga penampilan betul, dia agak bersopan dan sentiasa tersenyum manis, berbeza dengan Misha Omar, sombongnya, frust bebudak office saya masa diaorg bergambar dengannya dia muka masam jer, kemudian senyum pun tak ikhlas, tak sempat nak salam dia dah blah. Terus diaoarg kansel tak minat Misha sebaliknya minat Ning Baizura pulak.

Masa jumpa Ajai, saya sempat bergurau dengannya masa suruh dia tandatangan buku cenderamata dan suruh dia tulis jaga pitching, so berderailah ketawa.

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng