
2004-07-21
Rushing
Macam tak cukup oksigen pagi ni, bukak je email ofifce pagi ni, ada 3 benda urgent boss nak. Tak peduli, pegi kafe dulu beli bihun, dan 3 biji karipap, sebab dah agak mesti tak sempat mamam bihun, jadi beli karipap untuk alas perut dulu, saya ni specis koman, lambat makan pagi nanti sakit kepala. Lepas balik dari kafe saya mamam sebiji karipap, minum ayaq masak jer, sambil tangan taip surat untuk orang Cambodia tu, dah lah English berterabur.
Kemudian pi anto kat boss, ermm cam biasalah komplen berderet. Pagi-pagi dia komplen grammer aku teruklah...tapi memang betul, saya betul-betul kena pi kelas Bahasa Inggeris. Siapa nak join jom la..Mujur mood boss ok, jadi dia tak leh taruk kaw-kaw, cool jer la...syukur.
Ok perut sudah berbunyi, mihun tak jamah lagi, surat dah settle, lepas mamam nak start buat buku program untuk next month punya ASEAN Meeting. Mujur saya ada kawan kerja sebagai designer, dah le designer baik hati pula, bertuah saya, tetapi malang kot bagi dia sebab ada kawan macam saya. selalunya memang saya belasahlah design sendiri buku-buku program untuk jabatan punya function tetapi ini melibatkan delegasi luar, termasuk Japan, dan US, so saya guna khidmat profesional designer dari MIM*S untuk buatkan design untuk saya dan hasilnya memang cantik. Saya suka sangat.
Tak sia-sia saya punyai ramai rakan di alam cyber. Terima kasih Joe...Joe adalah seorang teman yang saya kenali melalui MiRC tahun 1997 yang lalu. Masa saya masih di tahun 2 UiTM. Masa tu dia dah kerja di MIM*S, jadi banyak projek kami yang dia tolong, contohnya masa kami ambil Children Literature, kami kena buatkan buku kanak-kanak, flash card dan poster-poster untuk projek final kami. Dia lah yang tolong buatkan...dan kami dapat A dengan mudah. (erkkk...skrng baru rasa bersalah...)
Sudah bekerja, kebetulan pulak saya ada kena mengena dengan Jawatankuasa Publisiti Jabatan. so banyak pulak kena buat poster, bunting, banner dsbnya. Jadi saya suka deal dengan dia, kerjanya bagus dan senang berbincang (atau dalam erti kata sebenar, senang saya buli dia, kejap tukar font, kejap tukar background, kejap tukar kaler, kejap nak tukar date) dan dia bereskan sekejap sahaja, dan lebih baik hati, dia amat tidak puas hati tengok logo jabatan kami yang di dalam website, katanya pecah-pecah dan teruk, jadi dia make up balik logo tu jadi lawa, sampai budak IT yang buat website nak menuntut ilmu dengannya.
Selain Joe, ada ramai rakan-rakan GeJu yang pandai bab design men-design dan baik hati tolong saya, tak payah saya sebut nama, you know who you are. Ada yang saya minta buatkan logo jabatan, dan mereka buat jer, dua tiga kali tukar layout pun diaorg buat juga. Ada saya minta last year designkan buku program sempena jamuan hari raya, dan mereka buat sangat cantik. Ada saya minta tolong buatkan cover untuk CD-ROM pun cantik giler dia buat. Memang besh rakan-rakan GeJu saya. Macam-macam ada...
Sebenarnya saya memang minat bab-bab desing mendesign, tetapi kat sini tak der software desing mendesign kalau ada mungkin saya boleh belajar sedikit demia sedikit macam suatu masa dahulu saya belajar guna print shop sampai terrer giler...skrng mana org guna printshop lagik kan?? Tapi teknologi skrng membolehkan design pakai Microsoft Word pun boleh cantik, kita boleh import clip dari internet buktinya dah banyak kali saya buat poster, buku program pakai Words jer, dan mereka-mereka yang buta seni dan IT kat office ni kagum terpegun puji kata cantik, tapi saya rasa macam bangang jer..
« LAMA
::
BARU »