
2004-07-19
Erkkk..erkk..
Seperti kebiasaannya masuk je office, on pc dan saya akan check email rasmi dahulu, MESTI! sebab biasanya pesanan dari boss akan ditinggalkan melalui email, samaada dia betulkan draf apa juga yang saya buat, atau arahan seterusnya. Dan saya tengok email yang bertajuk IS* Confere** tu, yang this year di Australia. Ok This year kita minta SIR** Berhad hantar presenter. Manager Library sana present, buat email berikutnya dari boss menggerunkan aku...
"FYI and file. Pls get yourself ready 2 years from now should DS* wants you
to present in the future."
Saya sangkakan dia hanya gertak saya, but dia serius rupanya, email itu dihantar jua kepada Ketua Pengarah dan Pengarah-pengarah bahagian yang lain. Tiba-tiba saya rasa nak demam... hanya kalau takdir menentukan saya ditukarkan ke jabatan lain jer akan mengubah arahan itu. Itu pun kalau boss rasa dia masih perlu saya dia akan buat rayuan minta dikekalkan saya lagi. Saya akui, hampir 2 tahun kerja di sini baru saya tahu apa sebenarnya fungsi, tugas dan juga apa yang pentingnya jabatan saya.
Kerja di sini terlalu teknikal. Dengan term dan istilah yang saya tak pernah dengar sebelum dia, berkenaan standard dengan dalam negara atau luar negara. dan tah hapa benda lagi, memang ambil masa, so that kalau ada orang lain nak ambil alih tempat saya dia perlu another 2 years untuk faham. Kena tahu apa terkini, terbaru apa yang sudah dimansuhkan, dan kalau boss-boss pelu information apa yang perlu saya buat dan dimana perlu saya dapatkan bantuan, samaada bantuan dari dalam negara atau negara-negara ASEAN yang lain or even Eropah. Ok..ok...saya cerita begini pun orang tak faham, dan memang kerja kami sukar untuk difahami, nama jabatan pun orang tak pernah dengar. Inikan pula nak tahu pasal kerja kami kan? Nak tau dimana saya bertugas klik SINI
Jabatan kami banyak mewakili negara dalam forum-forum antarabanga mengenai pembangunan Standa*d. Dan kami juga seringkali menjadi host bagi forum-forum antarabangsa yang lain. Ok awal bulan depan seminggu kami akan berkampung halaman di Regent Hotel, menyambut delagasi dari ASEAN dan mereka akan bermesyuarat, forum, bengkel dan segala macam benda. Saya akan kembali sibuk.
Ok sudah cerita pasal kerja, muak nanti...
family day
Family Day kami sudah habis, biasanya rumah siap pahat mesti bunyi lagi. Tahun depan kita kasi org yang bising banyak ni bikin kerja.
Najmi dapat nombor dua pertandingan mewarna untuk kanak-kanak 2-4 tahun. Wah berbakat jugak anak saya, tapi boleh tahan jugak anak saya, dia kaler kartun garfield tu nampak cantik juga. Yang penting kena wujudnya sikap ingin bersaing dalam diri dia. Dan dia gembira sangat bila dapat hadiah tempat kedua itu. Ok, hadiah pertama dia terima dari penyertaan sulungnya. good boy.
Tetamu
Semalam saya menerima tetamu jauh dari Pulau Mutiara, seorang seorang pembaca blog saya yang istemewa. Dia yang saya minati melalui lakonan yang bersahaja dalam drama Sepi Angin ke Kota London Dia juga membawakan salinan drama itu, dan terima kasih banyak. Blog menemukan ramai dengan insan yang saya teringin nak jumpa, dan ukhwah terjalin, saya amat hargainya. Dan kalau saya berkunjung ke mana-mana negeri pun Insya-Allah saya punya teman-teman yang akan menemani. Terima kasih Helmi kerana sudi bertandang ke rumah kami. Insya-Allah kalau kami ke Pulau Mutiara nanti boleh kita berjumpa lagi.
« LAMA
::
BARU »