2004-07-16

Training lagi

Dalam lagi training, hari ni last, skrng break lunch time. Tak dapat lah kemana-mana. Just rileks-rileks kat opis. Esok office kami ada family day. Mesti penat. Janganlah Najmi demam.

Training bosannya..biasalah..cuba kalau yang bagi ceramah tu Ako Mustapha mestilah tak boring kan? kah..kah..aku peminat Ako.

Aku juga peminat Kaer (AF) tetapi prestasi dia makin menurun, mamat ni macam reti nyanyi lagu R&B jerk. Dapat lagu rock pun nak nyanyi macam R&B.

Terlanjur, tersebut pasal AF, nak cerita jugak, semalam semasa menonton Diari AF tu, tiba-tiba ada kejutan untuk Kaer, pihak akademi menjemput Suhaimi Mior Hasan sebagai tetamu. Wahhhh roomate saya En. Mior tu pun sibuk jugak bercerita itu ini ngan saya, sebab yang muncul tu sepupu sepapat dia. bezanya sepupunya yang sorang tu pandai menyanyi dan dah jadi jutawan skrng. Cik Abang saya pun pandai nyanyi jugak, tapi nyanyi lagu Dagang Pak Malau..dagang berlipat....lagu favourite dia tu..

Selamat semuanya..

Seoarang kawan saya masa belajar di UiTM dulu selamat melahirkan anak keduanya semalam. Yang membuatkan saya kagum ialah beliau melahirkan seorang baby girl seberat 4kg. secara normal. Ya ALlah..kuatnya seorang wanita. Katanya kena vacuum jugak, aduhai..sakitnya, ngeri saya bayangkan. Anak kedua ini adalah anak 'terpregnant' katanya. Ini adalah kerana anak pertamanya baru berusia genap setahun. Anak kedua terjadi semasa suaminya (lecturer) bercuti 2 bulan, ye lah cuti duk rumah tak buat apa-apa, bini pulak baru lepas pantang masa tu, maka hasilnya memang berhasillah.

Saya hantar mesej kepadanya, berpesan "Esok kalau J**** cuti lagi hang jangan duduk dekat-dekat dengan dia tau,kalau tak tahun depan 4kg lagi keluar"

Ada seorang lagi kawan saya, kes yang sama, yang kelakarnya sebelum dia beranak bukan main bercakap, tak mau beranak keraplah, nanti rosak badanlah, nanti rahim tak sempat restlah...tetapi menjadi juga. Rezeki tuhan nak bagi, terima sajalah. Saya pun amat gembira kalau dalam waktu terdekat ni kami sekeluarga ada khabar gembira. Mudah-mudahan. Amin...

Ada sorang kawan kat opis saya, (lelaki) dia usik kawan opis sorang lagi kakak L, katanya amboi L, berderet hang, selang setahun. Tak lama lepas tu, bini dia sendiri pulak mabuk-mabuk...ha..ha..anak dia baru nak berusia 2 tahun. Tu ler, jangan kata orang...Kami pun kenenlah...amboi hang anak belum umoq 2 tahun lagi...he..he..sengih jer member.

Apa pun setiap kelahiran anak itu membawa rezeki dan keberkatanNya.

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng