2004-07-14

Busy day!!

Isnin hampir sekerat hari kat SI**M Shah Alam. Petang ada discussion. Selasa my kereta dia punya power window hilang power (oh! ya bulan lepas 'power door' remote tu rosak. Itu ok boleh tangguh-tangguh, but semalam, saya mengadu kat darling mengenai tingkap yang tak power tu, dia pun test-test, langsung bukak tingkap sekerat jalan kemudian dia dah tak mau naik, ampeh, saya cuti pergi repair tingkap yang rosak..(again untung suami ada isteri boleh memandu, kau boleh minta tolong isteri bayarkan bil, ambil anak, pergi pasar, or even pergi repair kereta) ermm darling kata tolong suami dapat pahala.

Pukul 9 pagi saya tercongok kat Serdang mencari kedai aksesori kereta, pusing entah berapa belas kali, pergi isi minyak. Nak pergi makan minum pun tak boleh sebab tingkap kereta tak boleh tutup, risau nak tinggalkan kereta begitu. 9.30 kedai tak bukak lagik. Dalam round-round tu adalah satu kedai apek ni bukak, tp bukak separuh jer. saya usha-usha kedai tu, dan minta apek tu tengokkan tingkap kereta saya, apek tua yang perasan hensem dan jelita tu tak pandang pun muka saya dia baca paper dan cakap, bulum bukak lah lu datang pukul 10. Blah lah kau, ingat heran ka? berlambak kedai lain.

Saya balik rumah dulu, duduk-duduk layan channel 15, sempat basuh kain, sidai kain, masak kari ayam, goreng sayur, lebih kurang jam 12.30 saya pun keluar melilau kembali ke Serdang, dan saya berkenalanlah dengan apek lain di kedai aksesori kereta yang lain. Bodek-bodek apek tu, dia betulkan getah tepi tingkap tu percuma, dia betulkan stereo radio dalam kereta percuma. Semuanya setel dan melayang RM120.00. Kenapalah tak ada kawan-kawan saya bukak kedai repair kereta.

Hari ni training ISO untuk auditor, saya bukan dilatih untuk jadi auditor, tetapi dalam latihan untuk jadi busy body. Boss saya hendak saya tahu semua...semua..semua.. ok, as a information provider saya juga mesti tahu semua benda. Seronok juga belajar benda-benda begitu. Mengenai ISO Conf**ence di Austr*lia oktober ni, pihak SIR** dan confrim akan hantar presenter, dalam surat tu boss cakap in 2 years time dept saya akan ada presenter sendiri. Saya macam tak suka jer baca perenggan tu...Hopefully dia buat lawak saja.

Training untuk jadi tukang sebok ni sampai hari Jumaat, maka Jumaat ni tak der sessi berpoya-poya untuk saya. Aduh!! family day pulak sabtu ni jer. Banyak benda tak setel. Boss tak ada, pegi Singapore, kena tunggu bos balik utk sain surat untuk orang Cambodia tu. Mesti kena marah punyalah saya, lembab, surat sekeping pun lambat mengarang. Patutnya Jumaat sebelum dia terbang hari tu saya dah bagi tapi saya bingai, simpan surat tu, konon tak nak rosakkan mood jumaat kalau kena marah, alih-alih senin tu, dia kat Singapore sibuk sms tanya pasal surat tu sebab mamat Cambodia tu attend juga meeting kat Singapore tu. Kantoi saya!!

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng