2004-07-07

Semalam MC

Semalam saya MC, sebenarnya saya sakit kepala atau lebih tepat migrain pada hari isnin hari tu, sepanjang pagi, satu kerja pun saya tak buat, saya tidur, tidur bangun tidur rasa nak menangis sebab sakit kepala tak surut-surut.

Dalam pukul 2.30 tidak tertahan, saya bagitau PA boss saya yang saya nak balik nak pi klinik. Masa tengah drive saya rasa saya tak mampu hendak ke klinik panel hubby kat Serdang sana, saya drive balik ke rumah, muntah-muntah-muntah dan muntah.. (tidak ada kena mengena dengan muntah kerana 'buatan' orang ye..belum rezeki lagi..) kemudian saya call Darling saya bagitau saya ada kat rumah dan sedang sakit kepala dan nak nangis.

Malam tu bila melihat saya menangis-nangis sebab tak tahan sakit sangat, dia bawa saya ke klinik, tekanan darah tidaklah tinggi kira tahap normal jer, dan doktor kasi ubat migrain terpower sekali, syukur dengan izin Allah Taala, setengah jam selepas makan ubat-ubat itu, saya sudah mampu berjalan dengan elok, tidak lagi macam kaki tak jejak tanah. Dan beberapa jam selepas itu saya sudah boleh bergurau senda dan menonton Akademi Fantasia dua-dua sessi, Oh indahnya kalau tidak sakit kepala.

Semalam saya rehat-rehat di rumah, hajat di hati hendak pergi berurut, membuang angin-angin di badan. Saya ingat hendak pergi sendirian. Tapi rupanya sayang juga sidia dengan saya, katanya tak perlah biar dia ambil half day nanti dia bawakan saya ke Dengkil. Syukur, lepas berurut saya rasa segar, di tambah pulak dengan pengambilan Spirulina yang dihantar special oleh Sera saya rasa ok. Kalau saya sakit kepala macam nak pengsan tu, saya selalu cakap, "bang, kalau saya mati, abang jangan putuskan hubungan anak dengan keluarga saya tau, janji," dan saya selalu kena marah, kerana cakap merepek kata Sidia. Dan lagi satu kalau saya tengah pening begitu, cakap apa pun tak masuk dalam kepala otak saya, selalunya saya akan jadi blur sangat. Pernah kawan office cerita, dia cakap dengan saya dan saya macam faham, esoknya dia tanya saya tak ingat apa dia cakap. Siapa yang ada sakit migrain saja tau macam mana rasanya.

teringat nak balik Sungai Petani

Teringat rumah mak, rindu dengan mak. telefon mak, mak kata balik la bulan depan, tak payah balik bulan ni, rumah lintang pukang, mak tengah renovate sikit. Lagipun bulan depan cuti sekolah. Nanti Mak Su Najmi yang sekolah di 'oversea' (langkawi) tak dapat jumpa Najmi. Sekarang ni balik kampung kena tengok jadual semua orang, nak pi rumah Pak Ngah kena tengok Pak Ngah cuti tak, nanti Tok Ngah Najmi tak jumpa Najmi frust orang tua tu.

Dah ada anak begitulah biasanya sambutan sambut cucu ni lebih sikit dari sambut anak menantu. Baik rumah sendiri atau rumah mertua. Yang si Najmi ni pun amboiiii masa ni lah buat perangai bukan-bukan sebab tahu mesti mama dan babah takkan babab dia depan mak tok, depan wan, depan opah dan tuk. Nak mandi ngan mak tok, nak tidur dengan mak tok, nak makan mak tok suap. Cuma mak mertua saya sedikit uzur, jadi Najmi yang manjakan dia, picit tangan, picit kaki, ambilkan air, ambilkan tongkat, bawakan minyak angin.

Najmi...Najmi....

Zar-- remote Astro dah ok? saya rasa ramai ada masalah begitu, apa ye masalahnya...remote kami pun sama kena ketuk, kena sabut bateri baru ok..kena call astro ker?

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng