
2004-07-02
Busy...busy...busy
Tidak sempat update jurnal...
Meeting....
Family Day - 17 Julai 2004.
Banyak kerja...
Jemputan - VIP, Staf...
Pendaftaran - Door gift.
Meeting A**SQ end of July - Early August - siapkan kad jemputan, buku program -
Uruskan penginapan dan entertain delegasi dari luar.
Ogos - Banyak pulak pameran.
September may be outstation lagik
Oktober - World Stan*ard Day pulak
semua nak buat sebelum puasa.
Tak sempat update panjang...
Urusan orang Cambodia ni dah setel, tapi tak setel 100% banyak lagi rentetannya..
Ermmm seronok kalau jadi surirumah, kan...kan...orang jadi surirumah seronok nak kerja, orang bekerja nak jadi surirumah. Biasalah manusia tak pernah puas dengan apa dia ada. Syukur aku ada kerja, syukur aku ada gaji, dan kerja ni pun Insya-Allah terjamin, tak payah runsing pasal kena buang kerja ke apa ke...
Semalam kawan saya dari Kedah telefon bertanyakan macam mana nak minta kerja dgn gomen gak, katanya tak tahan kerja bank ni, balik lewat, banyak kerja dan bla..bla...
Ermm entahlah, dulu kejar gaji banyak kot, tak nak langsung minta kerja gomen, skrang bank pun tak selamat offer VSS setahun 2-3 kali. Seriau jugak, housemate saya pun kerja bank. Memanglah banyak juga benefit kerja bank, terutamanya perubatan. Beribu-ribu masuk spital swasta dia cover tapi dari segi jaminan kerja camner? Masih tidak selamat jugak. Moga dia sentiasa murah rezeki, dia murah rezeki kamiiii juga tumpang senang.
Selamat pengantin baru
Istemewa untuk Rudi dan Hidayah. Selamat menempuh alam yang banyak cabaran. Dah kawin yang berharap apa yang kita tempuh / perolehi masa bercinta akan anda dapat kecapi apabila setiap hari tengok muka dan tinggal sebumbung. Kan darling kan??
Contohnya kalau dulu kita merajuk sikit berjela-jela pujuknya. Lepas ni belajar-belajarlah pujuk diri sendiri. Kalau dulu setiap kali dating amboi dunia ni kitalah yang punya, lepas ni nak tengok tv pun berebut remote. Sorang nak tengok sport sorang nak layan akademi fantasia.
Ada seorang teman semalam menyatakan takut berkahwin takut tidak boleh menjaga anak orang macam mak bapaknya bela. Ermm usah takut, banyak manisnya berkahwin ni dari pahitnya. Kita punya seseorang yang sanggup berkongsi rasa, jadi suami/isteri dan teman rapat kita. Kena pulak kalau pasangan satu kepala, macam kaum keluarga di GJ. Usung anak beranak je hulu ke hilir, melepak minum sampai 1-2 pagi pun perkara biasa.
Kan Spyz, kan Shiela, kan Kak Tin dan Tok Rimau. Kalau aku cerita kan mak aku, nanti dia usik, esok-esok kalau anak melepak kedai kopi sampai tengah malam salah siapa? Ermmm betul jugak, he..he.. Najmi pun macam dah biasa, kadang-kadang pukul 10 malam masih dok ajak keluar jalan-jalan nak minum teh tarik atau teh ais.
tak nak kawan mama
Najmi sudah minat Siti Nurhaliza. Dia pandai ugut saya, kalau saya marah dia, nanti dia cakap, tak nak kawan mama, kita kawan siti Zooaliza jer (tak pandai sebut Siti Nurhaliza) kebetulan pulak astro kerap siarkan promo Siti Nurhaliza Fantasia Tour.
Bila dengar je sound lagu Bukan Cinta Biasa (atau katanya Cinta Kertas) berlari-lari dia. Bila aku layan cenel 15, astro siarkan ujibakat mencari peserta baru AF dulu, bila ada peserta menyanyikan lagu itu, nanti dia cakap, eh dia nyanyi lagu siti zooaliza....
Ada cikgu taskanya kahwin, jadi ditangan cikgunya adalah inai yang bercorak-corak itu dia cakap kat saya, tangan cikgu kita ada painting mama. Ermm ikut suka kau lah Najmi.
« LAMA
::
BARU »