2004-06-25

Dia yang cuti

Semalam Najmi demam sedikit, kami usahakan turunkan suhu badannya, bila dah kembali normal. 36 darjah celcius, baru saya aman sikit nak tidur, itupun tidur-tidur ayam jer, kejap-kejap bangun tengok dia panas lagi tak, nampaknya ok, dah berpeluh malam tu.

Hari ni Si Dia cuti, menjagakan anaknya. Ermm saya sudah maklum, kalau Darling saya menjaga anak demam, saya tak boleh kerap sangat telefon, tanya anak panas ker, anak dah makan ker, anak dah menyusu ker, dah salin pampers ker, (dululah skrng najmi tak pakai pampers lagi dah), anak dah makan ubat ker, nanti dia marah, katanya tahulah dia, kalau risau sangat, cuti dan balik jaga anak. Ermmm...ok, beri kepercayaan kepada suami anda ok! Tengahari tadi saya balik, hari Jumaat break lama sikit, saya belikan lauk, dan balik tu cuma masak nasi jer. Siap mandikan Najmi lagi, masa nak balik ke office dia merengek-rengek nak ikut, tetapi tah macam mana dalam merengek-rengek sementara saya bersiap-siap saya suruhlah dia berbaring di depan tv dulu, tup-tup dia dah lena. saya pun cabut cepat-cepat.

Cuaca di Putrajaya petang ni amat redup, ermm amat sesuai untuk membuatkan pengasuh Najmi hari ni bersama-sama lena nyenyak sama macam Najmi. Confirm punyalah!!!

Afundi KAER

Kepada sesiapa yang tak der Astro, tapi nak mengafundi jugak, bolehlah anda taip AFUNDI KAER dan hantar ke 32999. Sekian Terima kasih.

AFUNDI lagi

Saya yang kantoi.

Masa malam konsert AF yang kedua hari tu, lebih kurang time maghrib masa SIDIA berada di tingkat atas, dalam bilik solat tu, saya pun amik henpon dia dan saya bukak menu mesej, kemudian taip afundi kaer dan saya anto ke 32999. Kemudian saya taip MAS, dan anto lagi ke 32999. Kemudian saya tunggu-tunggu reply dari mesin 32999 tu, ampeh dia tak reply.

Mesti semua rakyat Malaysia sibuk berlumba-lumba dok mengafundi. Kemudian saya pun lupa, lepas habis si dia solat, dia pun turun, baru jer duduk, tit..tit..tit..mesej bunyi, dan ohhh kantoi…mesin tu reply, “terima kasih kerana mengundi, teruskan menonton akademi fantasia dan layarilah www.astro.com.my untuk maklumat lanjut.

Aduh, kantoi..dia jeling dan tanya, apa ni? Takkan ler tak mengaku? Kalau Najmi dah umur 7 tahun bolehlah tuduh dia kan? Dan saya pun mengaku, peh tu dia senyum dan geleng-geleng kepala..adoiiii kantoi…

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng