2004-06-21

Happy Father's Day

Seperti kata Mat Jan dalam blognya, ayah tidak ada tukar gantinya. Walau ayah kita tidak sehensem Hans Isac atau ayah kita tidak pandai bergurau senda macam Afdlin Shauki, malah tidak pandai menyanyi macam KAER dalam Akademi Fantasia (oh ya AFUNDI KAER)..namun itulah satu-satunya ayah yang kita ada dalam dunia ini.

Tidak ada kata-kata yang boleh ungkapkan kata-kata kasih kita terhadap ayah. Abah saya orang susah, dia bukan kerja dalam office berhawa dingin 24 jam, abah saya hanya seorang pemandu di pejabat kerajaan. Itupun setelah beberapa tahun bekerja, mengikut kata mak, mula-mula mak kawin dulu, abah kerjanya tebas rumput di tepi jalan sahaja. Lepas dapat lesen memandu kenderaan berat barulah abah dapat kerja sebagai pemandu. Abah kerja keras menyara kami adik beradik.

Abah masuk IKBN Dusun Tua sebelum itu, belajar kemahiran tetapi tidak ada modal hendak kerja sendiri. Bila dah kawin dah kerja, abah sambung belajar lagi, di IKM Sungai Petani, dia ambil sijil Plumbing kalau tidak silap. Jadi abah ada kemahiran dalam membaiki paip-paip. Kebiasaannya dulu, jiran-jiran kami mempunyai masalah paip, abahlah yang dicari. Abah pun rajin mengikut Pak Saad pergi menukang rumah. Abah kata nak belajar buat rumah, tak dapat upah pun tak apa, sampailah abah pandai bancuh simen, pasang tile, kemudian abah renovate rumah sendiri, tambah dapur seperti ada sekarang. abah buat sikit-sikit, setiap hari lepas habis kerja abah pulun buat sampailah maghrib. Akhirnya siap juga rumah hasil tangan abah, dan dibantu oleh emak dan kami adik beradik, masa tu aku masih sekolah rendah. Jadi kerja aku jaga adik-adiklah.

Abah pernah berangan lepas pencen abah nak buat kerja plumbing kecil-kecilan, tapi tak kesampaian, abah kena serangan angin ahmar pada 8/2/2002. Sejak hari itu, abah tidak dapat berjalan lagi. Moga abah panjang umur.

Juga buat babahnya Najmi Selamat Hari Bapa. Terima kasih kerana menjadi babah yang baik. Ermm belum gaji tak derlah nak belikan hadiah best-best, just semalam masakkan makanan kesukaan dia dengan penuh kasih sayang, dan kami lunch bersama dengan gembira. Saya masakkan kari kepala ikan merah, sambal tumis petai dan udang, sambal kelapa cicah ulam daum selom dan ulam raja. Kemudian goreng ikan kering. Bila tengok darling tambah sampai 3 kali, berbaloi memasak penat-penat. Malamnya member ulang makan lagi.

Ok, mesti ramai menonton Edisi Siasat di NTV7 semalam, saya pun tengok juga, masa segmen Suara Kemanusiaan itu, saya amat tersentuh hati melihat kemiskinan Seorang hamba ALlah iaitu Saripudin yang tinggal dalam rumah yang amat daif, dan mempunyai anak-anak kecil. Bergenang air mata saya. Saya kasihankan anak-anaknya, tinggal di rumah sedaif itu. Menurut skuad siasat itu, mereka sudah paparkan sebelum ini tetapi tiada bantuan, jadi mereka lancarkan tabung untuk membantu Saripudin membina rumahnya sendiri.

Saya cepat-cepat berlari ambil pen dan tulis nombor akaunnya. Insya-Allah, kami anak beranak akan beri sedikit sumbangan. Kepada kalian juga, sekiranya ada kalian akaun dalam Maybank tu, apa salahnya transferkan sedikit tak banyak sikit pun jadilah untuk membantu beliau. No akaunnya 4521 0796 9585 Saripudin. Mungkin hari ini beliau susah, dan berkat doanya nanti, kita lebih murah rezeki, dan kalau kita ditimpa musibah, kalau bukan beliau yang tampil membantu kita, Insya-Allah, doa orang-orang yang pernah kita bantu, sampai ke langit, dan bantuan Allah datang kepada kita di kala kita ditimpa malang.

Contohnya, pada 4 Jun yang lalu, iaitu lebih kurang jam 2.30 ptg, saya mendapat telefon dari taska Najmi, katanya cikgunya Najmi kena sawan tarik, sebab demam panas. Tuhan sahaja yang tahu berdebar-debarnya hati saya. Saya call darling, dan dia pun bergegas balik, dia lekas balik tak sempat nak keluarkan duit dari ATM machine, dia hanya ada dalam 15 ringgit jer masa kerana dia bercadang hendak keluarkan duit sebelum balik kerja petang itu.

Namun Tuhan uji, ditengah-tengah highway tu, rantai motornya kendur lalu rosak. dia tolak motor, sebak hati dia, katanya terkenangkan aku dengan kelam kabut di wad kecemasan dan anaknya yang sakit. Lama juga menolok motor, berhenti seorang Hamba Allah, tolong tolak motor dengan kakinya. terharu sangat suami saya kala itu. Sampai di bengkel, India mekanik tu kata tak boleh baiki, kena tukar baru, dalring cakap dia hanya ada 15 ringgit, dia perlu balik cepat anak sakit, Allah tolong lagi, walau India itu bukan seagama dengan kita, namun dia baik hati suruh hubby simpan duit itu, bila-bila senang datanglah bayar katanya. Dia suruh cepat-cepat hubby pergi hospital.

Bila malamnya di hospital, darling ceritakan ujian Allah padanya siang tadi, matanya sedikti bergenang, dan saya juga sebak. dalam kita susah begitu, ada sahaja hamba ALlah hendak mambantu. Darling kata mungkin berkat doa-doa orang yang pernah kita bantu dahulu. Sedikit amal ktia kepada orang lain Tuhan balas bila kita susah. Saya terharu dan mengakui kebenaran kata-katanya. Saya teringatkan suatu ketika ada mak cik agak berumur datang berjual minyak angin, kuih-luih tradisional datang bertandang menjual rumah ke rumah.

Darling saya jemput makcik tu masuk, suruh saya buatkan air, dan jamulah apa yang ada dalam rumah, saya mulanya rasa geram juga. Mana tau orang berniat tidak baik, tetapi darling kata niatkan yang baik dalam hati, dan kalau ada orang berniat jahat, minta Allah jauhkan dari berlaku kepada kita. Selebih terserah kepada Allah, kerana dia yang mengizinkan segalanya. Saya rasa bersalah!! Juga kalau ada orang-orang yang minta derma nak bina masjid, rumah anak yatim dan lain-lain.

Dulu saya sering menrungut, apabila dia memberi. saya komen entah iya entah tidak, nampak orang yang mengutip derma pun semacam jer. Darling marah, katanya darling, soal menipu itu antara dia dan Allah, niat kita derma kerana katanya hendak membina apa jua kebajikan itu. Moga amal kita sampai kepada Allah, urusan dia menipu kita terserah kepada Allah, dan semoga dia tidaklah menipu dalam soal ini kata darling, saya diam.

Ya benar, sedekah kita hari ini membantu kita kemudian kita kemudian hari...

Saya agak was-was hendak menulis begini, mudah-mudahan tidak ada sangka buruk dari kalian yang membaca menyangka saya besar diri hendak berlagak suka menderma. Nauzubillah, tidak ada walau sebesar hama. Tolong-tolong tolong dan tolonglah jangan ada sedikit rasa begitu dalam diri klaian, saya cuma meluah rasa sahaja. Cuma hendak berkongsi rasa. Cuma mengajak bersama membantu selagi terdaya. Selalu beringat, hari ini mereka susah, esok hari mungkin giliran kita... Jadi tepuk dada tanya selera.

Moga semua ktia beroleh keberkatanNya.

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng