2004-06-17

Atas batu jemala patik

Environment kerja saya agak menarik, bagi sayalah. Sebab saya consider kerja independent, bukan depan hidung boss. Standardlah, library, pusat sumber mestilah ada area dia sendiri kan? Sama macam saya, jauh dari pengawasan boss, pandai jaga diri sendirilah, janji kerja semua beres dan tidak ada yang tangguh-tangguh, asalkan bila boss tanya semua beres. Lain semua atas saya. so far so good.

Boss juga jarang panggil saya untuk berbincang, dia sangat busy, dan dia percayakan saya, saya tak mau kepercayaan yang diberikan kepada saya tergugat, walau tidak didepan mata, saya jaga kepercayaan yang diberi. Sesekali mengular juga, bohonglah kalau saya tak mencelah keluar sekejap pergi bank, pergi bayar bil. Tapi dengan kebenarannya (or biasanya time dia tak ada, saya just inform P.A dia jer)

Semalam boss panggil, saya rasa berdebar, rupanya boss memberikan banyak cabaran untuk saya, sedikit tension tapi itulah cabaran, saya akui kata-katanya, ince you are here, learn as much as you can, sebab kalau you dah keluar dari sini you will learn something else. Ia berkenaan IS* Conference yang ketiga, kali ini di Australia, yang pertama di Prague, kedua di Canada. Dua-dua conference yang lepas Malaysia tidak ada presenter. Cuma delagasi sahaja. So my was was thinking to send presenter tahun ni.

Dia kata hendak latih saya untuk present paper. (macam nak tercabut jantung saya..) Saya cakap terus terang saya tidak ready, dia kata ok, this year memang tak, kita pun tak ada dalam bajet, but I'll try to put you next year, and no excuse anymore next year. Seramnya saya, menyesal saya tidak belajara bahasa Inggeris betul-betul dengan Teacher Lim masa sekolah rendah, dan menyesal tidak belajar English betul-betul dengan teacher Prishiela masa sekolah menengah.

Oh!! kalau cikgu Midad kat KL, saya akan ambil tuisyen BI dengan dia. tapi dia jauh. Saya perlu pergi ke kelas Bahasa Inggeris untuk improve English saya, saya mesti bina keyakinan diri untuk jadi presenter yang baik. Saya tak tenteram sepanjang hari semalam. Saya juga telah membuka satu fail baru untuk Conference ini. Saya mula study benda alah ni. Oh saya kena tahu standard baru, standard lama, kena tahu semua berkenaan standard dalam negara. Oh dari A-Z. Mampukah saya?

Sungguh gundah gulana hati ini.

Boss juga calunkan saya untuk menyertai Jawatankuasa Komunikasi mewakili Jabatan di peringkat Kementerian. Menyesal pulak saya bagitau dia saya ambil paper komunikasi selama 5 semester, dan saya juga belajar Perhubungan Awam as the paper wajib masa di universiti dulu. (bukan saya sengaja bgitau, tapi dia tanya dulu). Boss kata lagi, semua mesyuarat dengan Menteri or S/U menteri berkenaan jawatankuasa ini, saya akan attend.

Ok, boss always right!! titah dijunjung, semua atas batu jemala patik. Ok, saya kena terima cabaran, orang takut terima cabaran orang yang pengecut. Sama macam mula-mula masuk universiti, saya takut saya gagal, taidak boleh ikut pembelajaran kerana saya bukanlah pelajar pilihan masa di sekolah menengah form 1-5. SPM pun pangkat 2 jer, saya hanya sedar perlu belajar dan belajar masa tingkatan 6, sebab semua kawan saya masa itu ialah mat-mat dan minah-minah belia yang kerjanya membaca buku, tidak ada antara mat-mat dan minah belia itu ajak saya keluar tengok wayang atau pergi main boling. Dan mereka tidak pernah ponteng tuisyen, tidak sama macam kawan-kawan saya masa di sekolah lama, semua suka berpoya-poya.

Akhirnya saya berjaya dalam STPM, masa tu baru saya sedar, kalaulah dulu aku belajar begitu, mesti aku dapat pangkat 1 SPM. Jadi masa masuk universiti saya agak gundah gulana, tapi saya berjaya jugak. Belajar di universiti tidak sama macam belajar disekolah rupanya. Senang sahaja nak lulus, datang penuh ada markah 5%, buat test kumpul 20 % markah, buat assignment kumpul 20 markah, aktif dalam kelas 5%. jadi untuk final exam saya hanya perlu lulus lagi 50% sahaja. Buat thesis, projek final ikut jer cakap lecturer yang jadi supervisor, turut jer kehendak dia, dapatlah kita A.

Ermmm..life goes on...cabaran tidak pernah habis rupanya.

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng