
2004-06-15
Jernel yang tak berupdate
Erm….diaryland, pagi-pagi busy, diaorg tak kasi update pagi-pagi, mungkin sebab di barat sana waktu malam, jadi ramai orang akses dalam satu masa. Menjelang tengahari dan petang biasanya saya malas nak update dan lagi pulak nak pulun kerja pulak.
Jadi saya update di Words, kemudian saya copy paste lah later. Sonang jo…
Perjumpaan sempena hari Weblog.
Memang best dan meriah giler….atau lebih tepat, apa jua function kalau ada Cik Daun mesti meriah punyala…(jangan mare daun) Itu belum alongnya tahrizi.net ada sekali, kalau dua-dua beradik tu ada, gamat seisi alam.
Suka melihat telatah orang baru lega demam makan tanpa henti. Dari meja sini pergi meja situ, dari makan durian, makan rendang, makan keropok semua benda dia makan. Kagum saya tengok. Kalah tahap pemakanan saya yang saiz XXXL.
Najmi dah jumpa Tipah, amboi suka bukan main, balik rumah tengok lagi gambar kat masjid KLCC yang ada gambar Tipah dan sibuk mulut dia tunjuk Tipah-Tipah.
Si Murai yang becok
Ya Allah, tak tahulah dia mengikut siapa, cakap tanpa henti, mulutnya Ya Allah, pot pet-pet…pot pet..letis aku melayan, tapi kenalah layan jugak, maklumlah anak tengah membesar.
Kalau ambil dari taska tu, masuk je kereta dah mula sampai ke rumah, masuk dalam rumah mesti pi tekan tv dulu, peh tu skrng ni mesti nak tengok Akalemi Fantachia…
Peh tu mula ikut apa yang saya dan darling cakap kalau kami menonton sama-sama. Contohnya “wow, powerlah suara dia,” .. “rileks jer dia ni.” Dan sikecil tu pun bukan main sibuk mulut, “mama..mama…power mama,” dia ingat nama peserta tu power kot, dia pun bukan tahu power tu apa.
Selalunya kalau saya dia buat salah, contohnya tumpahkan air, main air sampai basah baju seluar, mesti saya membebel, dan marah-marah, skrip saya biasanya, “ Mama tak suka nak marah-marah, tapi kamu ni suka buat mama marah, kan mama dah marah, tak suka la..,”
Dua tiga hari ni dia suka tiru skrip-skrip kami, contoh dua tiga hari lepas, dia nak makan kacang, ntah macam mana, semasa hendak buka penutup kacang tu, boleh pulak tertumpah, dia pun cakap, “apa tumpah ni, kan Jemi dah marah, eeii mama ni..,” Ya Allah, terkejut aku.
Semalam, semasa dalam kereta, enjin dihidupkan, babah masih dalam rumah, mama sudah masuk kereta. Dia sibuk main stereng kereta pulas sana sini, saya pun apa lagi, membebellah, nanti rosak, kalau rosak kena bawa pergi kedai repair, nanti babah marah, mama tak der duit nak repair kereta, dan macam-macam lah yang saya bebelkan,
Tiba-tiba si becok tu, cakap, “mama, boleh tolong tak?” aku tergamam, dan dia cakap, “tolong diam,” eeiiii ni semua babah dia lah, suka sangat cakap begitu pada dia, kalau dia banyak sangat cakap. Aduh!!!! Suka sangat kenakan orang.
Satu lagi, saya suka mengusik dia, saya akan peluk-peluk babahnya dan cakap, “ni babah kiter, bukan babah Jemi”, kemudian dia akan marah-marah dan cakap ni bukan babah mama, ni babah kita, babah mama jauh,” (dia maksudkan babah mama tu Wan dia la..wan kat kedah)
Kalau dia tengok-tengok gambar, dia teringat nak cakap dengan orang-orang yang dia kenal dalam gambar dia akan sibuk suruh mama telefon orang itu. Hari tu, kat Astro ada rancangan Raudah, tetamu jemputan mereka minggu itu ialah kumpulan nasyid Firdaus, Budak-budak Firdaus ni pun GeJu jugak, selalu melepak kat rumah kitaorang. Masa dia tengok Idzwan dan Ezzss kat TV tu, dia jerit-jerit, “Eh, samalah kat dalam gambar ni” .kebetulan dia tengah belek-belek gambar masa konsert Firdaus di Penang tempohari. Apalagi dia sangat sibuk suruh saya telefon Idzwan. Bila dapat bercakap dengan Idzwan bukan main dia sibuk, cakap “kita tengok abang kat TV, sama dalam tv,” Lepas tu tak taulah apa dia cakap.
Dengan Ep pun sama, bukan main manja dengan Atok Ep nya. Kalau dia nakal-nakal saya cakap kat dia,”kalau Jemi nakal-nakal nanti Atok tak nak datang rumah kita bawa naik bot lagi,” tapi nanti dia jawab, “ Alllahh atok sayang kiter, bukan sayang mama, atok beli keropok kat kiter, atok tak beli mama pun,’ eeeeeiiiii sangat-sangat geram!!!!
« LAMA
::
BARU »