2004-06-10

Busy

Oh...sungguh busy, hari isnin saya cuti, kerana menjaga Najmi yang demam, dan baru keluar wad, malas nak cerita story Najmi kena tarik sebab demam panas kat Taska. Semalam dah pergi jumpa owner taska tu, dah bincang saya print segala artikel yang saya ambil dari internet berkenaan demam panas dan sekiranya berlaku sawan tarik akibat dari demam panas apa mereka perlu buat. Ermm malas di kenang buat sakit hati.

Hari Isnin dan Selasa kerani saya bercuti, Isnin saya juga cuti kecemasan, kelam kabut di sini, Ketua Pengarah nak itu, Pengarah ini nak itu, ermm alahai. Selasa masuk kerja, Mak aiii, byk beno memo atas meja, email pun lebih sedozen. Semua urgent pulak, terkejar-kejar dan kucar kacir hidup saya hari itu. Susahnya kalau kerani tidak ada, sebab saya kena buat kerja pegawai dan kerani serentak. Aduh, kejap orang tu datang, kejap orang ni datang, sampai saya lupa makan, pukul 10 baru sedar tak makan pagi lagi. Nanti pening kepala kalau lambat sangat makan.

Semalam pun busy jugak, tapi yang urgent dah reda. Baru pagi ni nak update blog.

Esok saya akan bertugas di Sunway Convention Center ada pameran. Ermm sampai petang jugaklah, Malamnya ada kenduri di Cheras.

Sabtu tu..yea..yea. Kita semua akan berkumpul dia Pusat Rekreasi Air Putrajaya. Tak sabar nak jumpa. Saya ingat hendak bawakan mee goreng, tapi darling suruh saya buat makaroni bakar dan agar-agar laici. Lagipun blender rumah saya rosak, tak dapat nak masak-masak menggunakan blender.

Orang itu nak tulis kat blog dia, pasal saya ngorat dia....ehh sebelum dia menyebarkan cerita palsu itu, biarlah saya cerita dulu, jangan maree darling...

Dia kata saya ngorat dia, salah tu, dia yang tekel saya, siap beli garfield lagi, beli rantai tangan lagik, kah..kah...masa chenta kemain ye bang...

Siap telefon mak saya bagitau nak pegi dating, ermmm he...he...peh tu kalau saya nak balik kampung siap belikan buah tangan untuk mak saya lagik...kan..kan...

Ha..ha..tak leh citer lebih...tunggu story edisi dia lah..

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng