2004-06-04

HAPPY BIRTHDAY TO ME !!!

Hari ni last birthday untuk angka pada umur bermula dengan 2, tahun depan sudah 3, Oh dah tua saya rupanya. Tak per orang kampung saya cakap, AGE IS JUST A NUMBER, DON'T YOU STOP HAVING FUN.

Selamat Hari Jadi untuk saya!! Saya bercadang hendak cuti hari ini, pergi dating dengan DARLING nak pergi jalan-jalan, window shopping, tengok wayang, makan-makan, tapi malangnya darling sangat-sangat sibuk di office, semalam pulang jam hampir 9 malam, Oh, kesiannya dia. Aku sendiri pun agak penat, semalam asyik turun naik discuss tentang pameran lagi seminggu. Dua-dua penat, jadi ibadah sunat di malam Jumaat tidak terlaksana :) Ermm pagi tadi Najmi mendesak lagi, "kita nak adik mama," alahai sayang, Insya-Allah, kalau diizinkan Allah, adalah nanti ye sayang.

Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang seawal jam 12 pagi semalam menghantar sms mengucapkan Selamat Hari Jadi. Terima Kasih adik-adik GeJu dan juga seorang pembaca GeJu dari dari USM yang menghantar mesej, " Selain minum milo panas cicah roti kering setiap pagi, melayari blog p-nut juga satu kemestian" Saya sangat terharu! Terima Kasih Helmi, hero Sepi Angin Ke Kota London, dan juga pelakon teater lelaki terbaik last year. Terima kasih juga kepada Helmi kerana sudah 'membakar' salinan drama Sepi Angin Ke Kota London untuk akak, kira hadiah birthday le tu kan?

Malam ini darling janji nak pergi dinner, darling kata, sebut jer lah nak makan kat mana, dia ikut saja. Ermm kita nak makan char keow teow kat Sungai Petani boleh? He..he..

Hari ni kakak-kakak kat office ni meriah dok ajak keluar tengahari kang pergi tengok wayang, depa kata nak celebrate birthday saya kununnya. Kah..kah..mentang lah bos tak ada. Mereka ajak tengok cerita LUSA (The Day After Tomorrow) ok, mungkin ya jugak.

Ok, sempena Hari Lahir saya hari ini, saya berikan satu Malaysia cuti esok, sempena meraikan keputerian saya esok. Selamat Bercuti...

Puisi di Hari Lahir.

04061975....

Lahirnya aku ke dunia ini

Seawal pagi di Hari Rabu

Itulah puteri pertama dari ayahbonda

Cucunda pertama ibu sebelah bonda.

Yang keenam cucunya ibu dari sebelah ayanda

Yang pertama selalunya yang istemewa

Bertuah saya menjadi yang pertama

Pulang ke kampung disambut ria

Gelak tawa penjadi penawar duka

Setahun demi setahun...

Ayahbonda terus berdoa

Agar anakanda mereka jadi orang berguna

Anak nakal ini memang degil dan keras kepala

Masalah disiplin disekolah pun pernah kena

Oh!! indahnya nostalgia

Tuhan itu Maha Kaya...

Nakal aku tidak kemana

Keputusan STPM memang tidak terduga

Mana mungkin anak nakal boleh mendapat keputusan demikian rupa...

UiTM medan bertempur mengejar ilmu

3 setengah tahun berakhir jua

Syukur padaMU, Ya Allah

Anak nakal suatu ketika berjaya jua

Sebak dan terharu di hari gembira

Menerima ijazah walau bukan kelas pertama

Selesai urusan menuntut ilmu

Bertungkus lumus ayahbonda untuk merai hari bahagia

1 Jun 2000, dapatlah ayahbonda menantu pertama.

6 Mac 2001, dapatlah pula cucu pertama..

Kini....2004, sedang usaha cucu kedua.

Terima kasih ayahbonda, atas cinta kalian aku lahir ke dunia...

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng