
2004-05-31
Getting Together
Sempena Hari Weblog Sedunia, GJ juga ada anjurkan aktiviti untuk sambutan ini, tidak kira ada adalah blogger atau pembaca weblog, marilah sama-sama memeriahkan suasana. pasti sure heboh!!!
Tarikh : 12 Jun 2004
Masa : Jam 2 ptg kumpul
Tempat : Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland Putrajaya.
Nak tengok gambar lokasi boleh tengok di SINI lagi di SINI klik kat more interesting place, dan klik kat Pusat Rekreasi Air Taman Wetland, kemudian tengok akt galery, klik gambar-gambar kat situ, ada 21 gambar semuanya.
Marilah kita berpoya-poya.
Semalam Spyz dan EP datang, dan kami sama-sama tinjau tempat tu, malah kami naik bot pusing-pusing keliling tasik lagik. So kami berbincang dan bercadang untuk buat beberapa game pada hari itu selain dari kita makan-makan dan kenal-kenal. Kami bercadangan hendak bahagikan kepada dua group. Dan kalau ramai mungkin boleh bahagi 3 group. Kita akan adakan pertandingan congkak, karom, dam, catur, konta-konti, treasure hunt, pertandingan mengayuh sampan/kayak.
Setiap kumpulan yang menang akan diberikan 10 mata, semua game akan dikumpulkan mata, so dihujung program, kita campur semua mata, dan kumpulan yang menang pertama akan diberi sebuah hamper yang besar. Yang kalah pun ada juga. Jadi semua group boleh bukak hamper dan makan bersama-sama. Seronok bukan?? Couple yang suami isteri kita akan pastikan mereka bukan dalam group yang sama. Semua orang akan terlibat, kalau tidak mengambil bahagian mesti beri sokongan kepada yang mengambil bahagian.
So tunggu apa lagi, marilah ktia berpoya-poya..jomla.... jommm......
Inilah masa mereka yang tidak dapat hadir ke KLD membalas dendam untuk enjoy, dan mereka yang sudah terror berkayak boleh teruskan aktviti di sini pula.
« LAMA
::
BARU »