2004-05-25

Penat seharian

Hari Ahad lalu memang penat gilos, kami ke Puchong atas urusan rasmi keluarga, kemudian dari Puchong ke Sunway Piramid, teruknya sesak dalam kawasan parking, kebetulan ada pameran hartanah MAPEX di Sunway Convention Center. Hampir setengah jam dok pusing ulang-ulang semua level mencari parking. SI DIA dah hangin satu badan. Erkk saya pun dah merajuk, dah ajak balik tak yah masuk, tapi saat-saat akhir, ada kereta nak keluar, so kami terus tunggu.

Dah masuk dalam mall, kami pergi surau dulu, solat. Najmi sempat jugak, tekel awek sorang. (girl sebaya dia la..sempat main-main dalam surau lagi nagn awek baru dia) Lepas solat terus saja kami ke KEDAI LAMEX mencari wall border. Kami beli wall border yang di jual untuk menghabiskan stok, murah sangat, jadilah bukan rumah sendiri pun nak mekap lawa-lawa, rumah kejaan gak. Saya berkenan kaler hijau, tapi cam tak logik pulak, sofa kami kaler maroon, tak logiklah wall border kaler hijau. Ada sesiapa nak sponsor cat ke?

Teringat nak call saudara EP nak ajak lepak-lepak minum-minum dalam Sunway, tapi takut mengganggu waktu hujung minggu dia pulak, lagipun menjelang petang sikit Najmi mengamuk, nak tido...nak tido...bila bawak lepak tengok ice skating segar pulak biji mata dia. maklumlah nengok awek putih-putih gebu dok berskating... Ermm biji mata babah pun cam segar jugak :-)

Semalam kami disogokkan dengan drama berkualiti rendah lagik, macam bangang sungguh drama tu, darling kata dia nak tengok pemandangan Tasik Kenyir yang lawa tu bukan tengok pelakon yang berlakon macam bangang tu. Skrip berbunga-bunga macam orang gila. Seumur hidup aku, aku tak pernah cakap bahasa berbunga-bunga begitu dengan mak bapak aku, atau dengan orang sekeliling aku, Zul Yahaya aku suka kalau berlakon dengan selamba, tetapi dah macam Mat Belia kemaruk baca buku teks sastera pulak.

Macam nak termuntah, mujur di Astro Ria ada siaran langsung Konsert Gemilang Cahaya, jadi sekejap-kejap kami tengok Ria. Macam mana kita nak sokong produk tempatan? kalau drama bangang cam tu di kasi kita tengok? Standard cerita melayu, stereotaip cerita melayu, kalau jadi cikgu sahaja mesti pakai cermin mata, kasi nampak intelek sikit, jadi watak mak mesti pakai anak tudung walau duk dalam rumah. yang berlakon jadi mak pulak muda belia lagik, kawin lepas srp kot.

Aku tunggu jugak nak tengok produksi mana hasilnya drama murahan ni, siapa penulis skrip dia dan siapa pengarah nya, tetapi disebabkan bosan teramat, aku terlena jua.

Ok, sambung kerja!!

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng