2004-05-21

Isu dan topic

Seminggu dua ini, surat khabar asyik membicarakan mengenai pengangguran di kalangan siswazah sahaja. Saya tidak menafikan ianya memang benar-benar realiti yang memang sungguh nyata.

Saya grad tahun 1999, konvo bulan Mei 2000. Lepas grad saya balik kampung, memang sengaja nak duduk rileks-rileks kat rumah di Kedah. Saya buat persiapan untuk majlis kahwin saya pada bulan June 2000 nanti. Setiap hari buat bunga telur, saya tak mencari kerja pun, saya bercadang hendak cari kerja lepas kawin sahaja, kerana malas hendak mencari rumah sewa untuk beberapa bulan.

Tetapi sudah menjadi rezeki saya, saya tidak mencari kerja, tetapi kerja mencari saya. Setelah dua bulan berehat-rehat di rumah, suatu pagi sambil membuat bunga telur untuk majlis kahwin saya, pensyarah yang menjadi supervisor untuk thesis saya menghubungi saya di rumah dan memaklumkan bahawa KOLEJ INI sedang mendari librarian. Dia berikan saya nombor telefon pegawai HR kolej tu, dan minta saya call. Saya terus call, dan mereka minta saya emailkan resume kepada mereka. Masa tu juga saya cepat-cepat pergi cyber café, dan emailkan resume. Lebih kurang jam 2 petang mereka call minta saya datang interview esoknya. Kelam kabut saya mencari tiket ke KL malam itu juga.

Dan hari ni saya interview esok mereka minta saya kerja, Gila!!! Saya tidak bawak baju banyak baju pun, saya pun dah plan nak balik Kedah semula malam itu. Kelam kabut saya. Saya pergi 7-11, tengok iklan rumah sewa, saya dpt rumah sewa tak jauh dari kolej tu, jalan kaki sahaja pergi kerja. Mujur semua barang saya masa kat ITM dulu sudah saya tinggalkan semua di rumah Cik Abang yang sudah menyewa di Cheras jadi saya kena pergi ke rumahnya dan selongkar beg-beg baju saya.

Semasa saya masuk ke UITM saya ditawarkan kursus Diploma Lanjutan Sains Perpustakaan. Saya sedikit kecewa, kerana saya memohon untuk mengikuti Mass Comm. Dalam masa yang sama saya mendapat tawaran juga dari USM, tapi saya tolak, kerana kursus yang ditawarkan kepada saya, memang saya tak berapa minat. Bila ITM menjadi UiTM kursus saya naik taraf, menjadi Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (pengkhususan pengurusan perpustakaan)

Namun saya bersyukur dengan kursus inilah kerja mencari saya, saya buat pilihan bijak kata kawan yang satu office dengan saya skrng, dia sudah 4 tahun kerja secara kontrak di sini. Dia bekas pelajar Mass Comm USM. Saingan bidang kerja saya tidak banyak, dan graduan pada masa itu mencukupi untuk menampung pasaran pekerjaan. Sekarang ni sudah ramai graduan dari fakulti saya, beratus setahun. Tetapi peluang kerja bidang saya makin banyak, kerana kita boleh tengok banyak kolej2 swasta memerlukan tenaga professional menguruskan perpustakaan mereka, bank-bank utama perpustakaan sendiri, makmal besar, institusi lain, jabatan kerajaan, mahkamah, malah syarikat-syarikat swasta seperti ESSO, Petronas, semua ada pusat sumber maklumat mereka sendiri.

Jarang mendengar graduan dari fakulti saya tidak ada kerja. Skarang pula agensi kerajaan seperti Politeknik, Maktab Perguruaan, Kolej Matrik, Hospital, semua-semua memerlukan pegawai professional untuk mentadbir pusat sumber mereka. Malah saya dengar ada hotel sudah ada yang hendak membuka perpustaakan di dalam hotel mereka.

Ada kawan saya buat part time buat catalogkan buku-buku mengikut subjek bahan di rumah seorang ahli perniagaan Cina yang kaya raya, dan mempunya beratus buah buku untuk diuruskan. Lumayan juga dia dibayar untuk kerja di hujung minggu.

Semalam dalam paper ada menceritakan mengenai pengalaman seorang lelaki tidak berkelulusan tinggi tetapi berjaya cuba baca kat SINI

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng