2004-05-19

PAJAK GADAI

Kawan baik saya sudah ada blognya sendiri. Walau baru menulis blog, tetapi kawan saya ini bukan baru dalam dunia weblog. Dia sentiasa memberi sokongan terhadap saya dalam aktiviti GJ selama ini, Dari kali pertama saya jumpa Geng Jurnal, di Food Court KLCC, pada June 2001. Masa itu saya baru habis berpantang selepas melahirkan Mior Adha Najmi. Sejak dari itu, kawan saya ini sentiasa berikan sokongan moral dan juga beliau juga sering menjadi penaja bersama setiap kali saya anjurkan makan-makan di rumah saya masa kat Cheras dulu lagi sehingga sudah berpindah ke PUTRAJAYA, beliau tetap memberikan sokongannya. Malah ada antara blogger yang memang kamceng sungguh dengan kawan saya ni. Mereka boleh berbalas kutukan semudah ABC..

Ok kawan-kawan marilah membuat kunjungan rasmi ada ke Kedai Pajak Gadainya yang sudah memulakan perniagaan minggu lepas lagi. Ada cerita di sebalik Pajak Gadainya itu. Mari kita beramai-ramai masuk ke PAJAK GADAI dan biar bergadai gelang, jangan tergadai maruah. Berilah sokongan anda kepada beliau yang sudah bertahun memberikan sokongan kepada Geng Jurnal. Tanpa beliau siapalah saya….

Beg tangan putus talinya

Beg saya yang putus talinya dan distapler oleh saya sebelum pegi meeting. Masa tg meeting saya angkat beg dan tiba-tiba dia putus balik. Habis meeting sementara tunggu driver datang ambil, kami round-round sekitar sunway piramid, huh macam tak kerja pula. Bukan salah kami, kami mmg nak balik tapi driver tak dpt jemput, jadi kami duduk round, dan jumpa gerai baiki kasut, aku tanya tokei tu boleh jahit tak tali beg ni, dia kata 5 ringgit, kalau jahit keempat2 talinya 20 ringgit, baik aku beli beg baru.

Aku masuk Parkson, aku beli beg dan beli kasut dia bagi diskaun dari 29.90 tinggal 10 ringgit jer, aku pun beli la..Tengah jalan-jalan darling call, aku bagitau dia aku beli beg dan kasut pakai kad plastik, sebab tak der cash money yang banyak. Nasib baik darling tak marah, sebab darling yang akan bayar :) tak sia-sia saya tulis di blog semalam. Para isteri lain boleh juga guna taktik yang sama.

Astro naik 5 ringgit

Kenapa pulak Astro naik lima ringgit. Dari kami ni pulak langgan semua cenel AStro kecuali channel Cina saja. So kena bayar sampai dekat 85 ringgit. Iklan ada jugak, hari ni saya baca paper, Menteri Penerangan hendak kaji balik kenapa Astro hendak naikkan bayaran langganannya.

Tapi lagi boring tgk NTV7 iklan berlambak, sampai naik nyampah pulak. Kejap-kejap iklan, hubby selalu berang dengan NTV7 iklan jer memanjang.

ok, jumpa lagi!! Jangan lupa lawat pajak gadai

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng