2004-05-18

Lain nak dibuat lain yang jadi

Ada orang tu dah ada blog, tapi tak nak orang lain tau...ermm macam pulak? Dia kata biar orang lain tahu sendiri.

Dalam menulis blog, adakala malam tu terfikir esok pagi nak tulis pasal itulah, tetapi esok kita tak tulis pasal itu, kita tulis pasal lain. Contoh semalam, internet office saya down dari pagi sampai pukul 4 ptg baru ok, saya sudah tulis mengenai perkara lain, tetapi sekarang saya sudah tak nak cerita pasal story semalam.

Seronok bukan menjadi penulis blog? kita boleh tulis apa saja yang kita suka. Tidak terhad kepada sesuatu isu atau topik perkara.

Cerita Najmi

Punya anak yang nakal dan lasak memang menguji kesabaran. Menambahkan pakej lagi, anak yang petah dan tak berhenti-henti bercakap. Aduh memang memenatkan dan kalau kita penat, kesabaran juga tipis sahaja.

Pagi-pagi Najmi selalu menguji kesabaran saya. Saya terpaksa menggunakan skill memujuk, menggeletek, mencuit-cuit untuk mengejutkan dia bangun. Sekarang dia tak nak mandi di taska, dia hendak mandi di rumah, dan semalam dia cakap dia tak nak mandi, dia nak mandi di taska, Ok saya percaya katanya walau sedikti was-was. Sudah jam 7.40 pagi, masa untuk keluar rumah. Saya sudah masukkan semua barang dalam kereta, bila hendak keluar rumah dia cakap dia nak mandi. Bayangkan saya sudah lewat, saya masuk kerja 8.15, 5 minit peruntukan urusan menghantar Najmi ke taska. lebih kurang 5-8 perjalanan ke office, kalau jam sikit-sikit, atau kereta banyak dalam 10 minit ++.

Saya memang terasa tipisnya kesabaran saya kala itu, sudah siap dimandikan, dia buat perangai memilih baju, tak nak seluar itu, nak seluar ini, tak baju itu, nak baju ini. Ingatkan sudah selesai, dia merengek pulak hendakkan susu + milo, Ya Allah, jam sudah hampir ke pukul 8 pagi. Dan semalam saya sampai ke pejabat jam 8.19 minit pagi. Semalam juga PTD-PTD baru melaporkan diri di bangunan JPA. Kereta mak aii banyaknya. Jalan masuk ke parcel C sesak, berbakul juga saya bebelkan budak-budak kerja guard depan gate masuk. Kerana mereka sibuk kunun mengawal lalu lintas, tetapi mereka menambahkan kesesakan sahaja sebenarnya.

Tapi adakalanya sejuk hati ibu bila dia tiru iklan di TV, I love you mama. Dan kita MESTI jawab I Love You Najmi. Baru dia puas hati. Sekarang sudah pandai nak tengok CD pulak, asyik nak tengok SENALIO sahaja. Dia juga dah pandai, tekan lampu vcd player tu sampai nyala, kemudian tekan tempat pemain CD. dan kemudian CD akan berputar. Semalam saya hendak sabut wayar VCD, tapi soketnya jauh ke belakang kabinet tv. Tak sampai, tapi saya cakap VCD tu rosak, lampu tak nyala. Bila babah balik dia cakap, "Babah, ni losak, nanti pegi lepair la.."

Dan Ya! Saya juga menerima kad hari ibu pertama dari Najmi, di usia 3 tahun. Kad yang di buat sendiri di taska dengan bantuan cikgu taska, so cute. Dibuat dari kertas kad manila, ada cap ibu jari kanan di cat dengan warna merah dan di cop sekeliling sebatang garisan, membentuk seolah-olah kuntuman bunga dari cap ibu jari kanan, dan ditulis dengan tulisan dengan bantuan cikgu, I Love You Mom. Di dalamnya penuh dengan cap jari berwarna-warni. So cute.

Berbunga hati ibu menerima kad pertama dari anaknya.

Ok! saya hendak pergi meeting di Sunway Convention Center. Lepas meeting boleh pergi shopping. Sebab driver kami akan lewat sedikit menjemput kerana dia terpaksa menghantar sorang tetamu mat saleh kami ke air port jam 1 ptg. (Erm hari nak pergi meeting ni lah, beg tangan saya putus pulak talinya) DIULANGI... BEG TANGAN SAYA SUDAH PUTUS TALINYA, saya guna stapler untuk cover. Ulang lagi sekali lah...BEG TANGAN SAYA SUDAH PUTUS TALINYA.

psstt (saja ulang banyak kali supaya 'sidia' membaca tu paham..he..he..)

Erkk..ulang lagi...

BEG TANGAN SAYA SUDAH PUTUS TALINYA... :(

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng