2004-05-14

Mood yang ok

Hari ni tukar selera guna font warna purple pulak. Mood yang ok. Mungkin selepas seminggu 'cuti' solat, mood makin pulih.

Tapi masih geram kerana line internet macam biskut, kejap ada kejap tak ada. Kalau sesiapa chat dengan saya di Yahoo Messenger akan dapati saya kejap on/ off. Semua orang perasan. Apa nak buat, bukan kuasa saya nak betulkan internet. Tapi mujur jugak, saya masih boleh bertenet. Ada mereka yang lain, yang mana pc masih lagi 'koma' lepas kena serang virus masih merempat meminjam pc orang lain.

Urusan kerja yang urgent banyak sudah beres. Urusan pembelian buku, pembelian standard luar negara semua dah clear. LO sudah di keluarkan oleh Bahagian Kewangan. Minggu depan urusan penghantaran oleh pembekal.

21 Mei ni sudah bermula Pesta Buku Antarabangsa. Pembekal-pembekal buku bukan main rancak menghantar jemputan kepada pustakawan-pustakawan termasuk saya, untuk mereka entertain masa kunjungan para 'pembeli terbesar' seperti kami ni. Untung menjadi librarian ni, ialah kunjungan kita ke sana di taja. Pengangkutan disediakan, makan minum diberi. Kalau pembekal yang besar-besar, bukan sekadar pesta buku di KL sahaja mereka bawa, malah sampai ke Mesir, SIngapore mereka bawakan. Itu bagi library yang besar terutama perpustakaan akademik yang belanja pembelian bukunya mencecah jutaan ringgit setahun.

Siapa kata kerja di library tidak terdedah kepada rasuah? Tender bekal buku, tender bekal perabot ke Pusat Sumber, tender sistem komputer utk library.. siapa tidak kuat iman, memang dah jahanam. Saya masih kuat iman, biasanya alasan saya bila pembekal kenen-kenen, saya katakan saya tidak punya kuasa membuat keputusan, semua bergantung kepada kelulusan pengarah dan ketua pengarah. Walau sebenarnya mereka tidak tahu pun, saya yang berkuasa menentukan siapa pembekal yang patut bekalkan sesuatu buku itu. Tapi untung juga kenal ramai pembekal, setiap kali saya ke Pesta buku atas tiket pengunjung biasa bukan sebagai pustakawan kita dikenali, dan boleh dapat harga special. Ok tamat cerita buku.

Entry panjang pendek

Ada orang menulis blog dengan harapan ramai orang membaca blognya setiap hari, dan berharapa satu ahri beribu orang masuk ke blognya. Suatu ketika saya juga pernah punyai perasaan begitu. Tapi ini adalah tahun ketiga saya menulis blog. (Ya, 27 Mei genap 3 tahun saya menulis blog) Saya tidak begitu ambil kisah mengenai berapa ramai orang membaca blog ini.

Tetapi saya menghargai mereka yang membaca blog ini dari tahun 2001, dari saya lepas pantang, sampai anak bujang saya sudah 3 tahun. Saya tidak kisah saya tulis panjang atau pendek. Saya menulis bukan dapat duit, saya tidak ada sasaran pembaca, kenapa perlu saya menulis pendek supaya orang tidak jemu membaca? Kenapa saya mesti menulis pendek kalau saya perlu bercerita panjang?

Terpulang kepada cara masing-masing, ada orang rasa cukup menulis blog dua tiga baris, ada orang tidak puas menulis sampai berpuluh baris or malahan beratus baris. Saya akan baca blog yang saya kira menarik, tidak kira tulisannya panjang atau pendek. Saya sukakan tulisan Kak Su (Rasanubari) walau tulisannya panjang berjela, tetapi hati tidak merasa jemu membaca.

Menulis blog sama seperti program realiti TV, sperti Survivor, Akademi Fantasia. Setiap hari orang kenal kita, dan orang punya persepsi berbeza mengenai kita. Bak kata Mat Jan, menulis blog untuk mendapat populariti, kalau nak popular baik masuk bintang RTM atau Akademi Fantasia. (itu kata Mat Jan bukan kata saya) Populariti itu datang sendiri. Orang suka kita, maka kita popular, orang benci kita pun mungkin kita popular.

Jadi kepada penulis blog semua, selamat menulis, teruskan menulis apa anda rasa!! Luahkan, mungkin GJ boleh buatkan Hari Blog Sedunia. mungkin?? Tidak mustahil. Saya impikan GJ berkumpul di Putrajaya Convention Center di masa akan datang, tidak kira samaada kita buat program akademik kah, atau kita buat perjumpaan, di PCC bukan hanya ada hall yang boleh muatkan 5 ribu orang, ada juga hall kecil untuk seratus dua ratus orang. Katering dibenarkan masuk menghidangkan makanan? Bila lagi GJ nak anjurkan seminar blog di Malaysia, saya pasti Jaring sudi bekerjasama, dan radio1.com. So apa tunggu lagi, come out and play!!!

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng