2004-05-12

Propaganda Amerika dan TV3

Saya tonton sedikit pada malam Ahad lalu di TV3, dokumentari mengenai kejadian 11 September tahun beberapa tahun lepas, mengenai serang ke atas WTC di Amerika. Program itu memaparkan temubual dengan beberapa paramedic dan polis serta sukarelawan yang bertungkus lumus mencari mangsa runtuhan, dan memaparkan kesedihan rakyat Amerika atas kejadian itu.

Saya dan darling merasa amat marah dengan TV3 kerana dalam situasi rakyat Islam yang sakit hati dengan kekejaman tentera kapir di Palestin dan Iraq, tergamak mereka memaparkan dokumentari yang seolah-olah menyebelahi Amerika, dan bersimpati dengan kejadian itu, berbanding kesengsaraan dan kekejaman tentera lahanat itu di bumi Islam, keji lagi perbuatan mereka berbanding serang ke atas WTC. Lebih ramai nyawa mereka yang tidak berdosa dalam peperangan yang diketuai oleh tentera Amerika, Lebih ramai saudara seagama kita dicabul hak mereka, diaibkan dengan sehina-hina perbuatan.

Tergamak sungguh TV3 menyiarkan dokumentari itu, kami tonton sedikit sahaja, dan kemudian sambil mulut membebel kami tukar channel lain. Tak puas hati betul!!

Syed Azidi

Masih ingat lagi ulasan saya mengenai drama Kuartet Merdeka, dan Kelab Kopi Kampung tahun lepas, yang ditayangkan di saluran Astro Ria? Saya suka drama itu, saya tonton sampai ke hujung program, tunggu nak tengok siapa penerbit, siapa pengarahnya. Dan saya dapat tahu drama itu hasil sentuhan Syed Azidi.

Esoknya puas saya mencari di internet maklumat mengenainya, tapi malangnya search engine tidak dapat membawa saya ke tempat yang sepatutnya.

Baru-baru beliau sudah terjumpa weblog saya, dan beliau telah meninggalkan jejak untuk saya menghubungi beliau.

Respon yang baik, email saya dibalas dengan cepat, woww!! jangan ingat pengarah kita tak hebat, Pengarah seperti beliau celik IT, rajin jelajah internet, Afdlin Shauki pun sama, rajin mencari info di internet. Satu perkembangan yang bagus bagi industri mereka.

Kami bertukar pandangan mengenai drama yang saya sukai, dan saya kagumi sikap rendah diri dan menghargai peminat serta penonton seperti saudara Azidi. Beliau juga sudi memberikan salinan drama tersebut untuk koleksi kami sekeluarga. Bila bercerita dengan hubby, dia pulak excited dan minta salinan drama Kelab Kopi Kampung dan Earl Grey sekali, darling saya tu minat sangat dengan kedua-dua cerita itu. Dia kata sanggup bayar, sebab memang tidak ada vcd drama itu di pasaran pun.

Saya rasa para produser, pengarah, pelakon filem/drama di Malaysia perlu lebih celik IT spend sikit masa untuk membaca komen jujur dan ikhlas para penyokong industri ini di Malaysia, tulisan wartawan adakala bagi saya tidak jujur, bayangkan Filem yang teruk macam Kuliah Cinta, Cinta Kolestrol, Mistake boelh pulak wartawan kita bagi 4 bintang, 5 bintang, dan memuji jalan cerita baguslah, bagi saya komen begitu amat-amat tidak jujur, atau mereka memang punya citarasa begitu.

Ermmm..drama menjadi ikutan saya skrng ialah:-

1. Rindu Semakin Jauh, kekuatan drama ini ialah atas para pelakonnya, jalan cerita ok boleh tahan.

2. Astana Idaman-biasalah drama ala-ala telenovela, jalan ceritanya meleret-leret, tapi tak jemu saya menonton kerana sukakan lakonan menarik para pelakonnya, Azhar Sulaiman, Jalaludin Hassan, or even Maria Farida pun nampak real lakonannya.

3. Drama Filiphina di saluran Prima jam 5 ptg, - mula menonton kali pertama di rumah CIkgu Midad, masa berkunjung ke rumah nya cuti yang lalu, terus melekat. Sukakan konflik yang dalam drama itu, susunan plot yang menarik.

4. Drama cina 6 petang di TV3 - kisah pasal peguam, taklah berapa best sangat, tapi saja lepak-lepak santai petang-petang.

Orang mesti tanya tak masak ke saya, ermm kami simple, malam makan apa saja, semalam makan kebab, untuk buat kebab sekejap sahaja. kadang-kadang makan mee goreng, makan cucur udang, cepat dan mudah sahaja.

Ok, nanti kalau ada drama yang best kita ulas lagi. Saya tak dapat mengulas panjang mengenai filem, kerana saya jarang punya peluang untuk menonton wayang, sekadar tunggu anak cian berambut merah menjual vcd di pasar malam, kecuali kalau cerita dari pengarah yang saya betul-betul admira saya akan beli yang original. Jangan marahkan saya, salahkan pengarah yang menggalakkan saya beli yang cetak rompak.

Patutker saya bayar berbelas ringgit untuk beli tengok pelakon gelak macam kuda, patutker saya diperbodohkan dengan menonton adegan budak u basuh kain pakai kad matrik? Pergi bercamping tergedik-gedik peluk jantan betina? Dan patutkah saya bayar berbelas ringgit menonton filem yang kononnya seram tapi bukan filem seram tapi filem menjerit. Ooo tak sanggup rasanya!! Saya akan sokong mereka yang akan berikan yang terbaik kepada kita pembeli.

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng