2004-05-10

Saya belum puas bercuti..

Ermm kalau sebut pasal bercuti, cuti bersalin 2 bulan pun macam tak cukup jugak nak rileks-rileks, balik kampung pergi jalan-jalan.

Setelah beberapa hari bercuti, Khamis lepas saya kembali masuk kerja, malangnya semua komputer di pejabat di offkan internetnya. kerena serangan virus yang suka nak shut down komputer orang tu, jahatlah budak yang sebarkan virus tu.

Saya bercuti, balik Sungai Petani rumah mak, beberapa hati berada di sisi keluarga adalah saat-saat manis yang akan saya kenang setiap masa. Rindu pada rumah mak, walau tidak cantik dan indah macam banglo mewah tetapi dirumah itulah saya dibesarkan. Di rumah itulah saya pernah kena sebat dengan rotan, rumah itulah juga tempat saya adik-beradik bergaduh.

Rumah itulah jua, berbelas tahun saya tinggal sebelum saya berkahwin dan punya keluarga dan tinggal berasingan dari mak dan abah. Walau rumah itu sangat panas apabila menjelang tengahari, tetapi tetap sejuk dengan kasih sayang mak dan abah. Walau abah saya tidak lagi seperti dahulu, boleh berjalan, memandu kereta ke hulu ke hilir, tetapi dia tetap abah saya. Tukar dengan segunung intan permata pun, mak dan abah tetap itulah satu-satunya bukan boleh ditukar ganti.

Suami selalu berpesan, katanya isteri boleh di cari ganti, mak dan abah hanya satu, takkan sama.

Hari Ibu

Saya mendapat hadiah hari ibu dari si dia, minggu lepas lagi, Si dia saya bukan seorang yang romantis dan suka membuat kejutan. Minggu lepas semasa kami berdua-duaan ke TESCO di Sungai Petani, saya berkenan dengan satu frame yang ada bunga orkid tiruan di dalamnya saya suka, dan saya bergurau dengan si dia, belilah untuk hadiah hari ibu minggu depan. Dan si dia terus beli dan kasi pada saya (ermm itulah dia suami saya, selamba jer) Itu saya kira masih ok, pernah masa bercinta, tiba hari jadi saya, dia tidak belikan kad harijadi, bila saya bertanya, katanya jom kita pegi pilih kad, dan pilihlah mana kad yang awak suka, saya akan tandatangan,

Geramnya saya masa itu, dan beliau mula berhujah, katanya begitu lebih senang, saya tahu apa saya hendak, nanti dibeli kad yang saya tak suka bagaimana? Argghh geramnya. Tapi bagi saya yang mungkin sudah biasa, saya anggap normal sahaja, itu tidak penting, yang penting si dia tahu tanggungjawab dan ambil berat hal keluarga. Bukan hanya hal kami anak beranak, malah keluarga di Kedah atau di Perak. Tak guna hantar bunga berdozen menjelang hari jadi, tetapi hutang keliling pinggang.

Bagi saya Hari Ibu patut diraikan, walau bagi saya setiap hari adalah hari ibu, tetapi dengan adanya Hari Ibu yang disambut serentak seluruh dunia, hari itu amat istemewa. Menjadi seorang ibu bukanlah saya tanggungjawab yang ringan, kecuali kalau ibu jenis tergamak, bagi anak makan mee meggi, jenis ibu yang tergamak bagi anak dia tidur dengan orang gaji, jenis ibu yang tergamak dengan anak pakai baju kotor berdaki. Sungguh mudah menjadi ibu begitu.

Seperti saya, adakalanya saya rasa kenyang tidak perlu makan malam, tetapi anak saya belum tentu kenyang, dia hanya makan kuih atau keropok di taska, saya mungkin boleh makan roti bakar sapu jem dan mentega, tetapi mungkin anak saya tidak begitu. Saya perlu menggoreng mee, atau setidak-tidak saya kena buatkan roti celup telur untuk menarik seleranya. Malas bagaimana pun mesti fikirkan anak juga. Hidup seroang wanita akan seratus peratus berubah apabila dia menjadi seorang ibu.

Kalau sebelum ada anak, ibu bebas bangun pukul berapa, kini tidur kena ikut time anak. Kalau dulu nak pergi berjalan kemana pergi sahaja, bila dah ada anak, kena siapkan bakul susu, kain baju, lampin, tuala. shopping pun tak boleh lama-lama nanti baby meragam, nak tidurlah, berakla, tak selesala. Nak tengok wayang?? ermmmm macam saya tak merasa tengok wayang lah, kecuali hari kerja, ambil cuti dan anak di taska.

Kalau hendak di tuliskan istemewanya ibu, pastinya berjela-jela, tetapi apa pun yang pastinya :-

"Tidak semua wanita berpeluang menjadi seorang ibu, tetapi setiap wanita itu mempunyai ibu."

jadi hargailah ibu anda..

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng