
2004-04-28
P-nut Online akan bercuti-cuti Malaysia..
Saya akan cuti saya hendak balik kampung jumpa mak dan abah tercinta..
Pencen abah saya sudah settle, orang JPA sudah call saya, saya sudah ambil cek abah saya, kena masuk paper baru cepat kot depa ni...
Saya sungguh popular bila pergi JPA tadi untuk ambil cek tu...mereka tahu saya akan ambil cek itu bagi pihak abah saya, mereka ternanti-nantikan kedatangan saya..he..he..saya ucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah berusaha sedaya upaya, yang lambatnya punca dari pejabat di sana nun...bukan dari mereka.
OK sudah selesai, boleh saya balik dan bawa cek yang akan membuat mak tersenyum riang. Esok saya bawa mak dan abah pergi bank-in kan duit dan saya kena bukan akaun bersama utk mak dan abah.
Balik nanti nak bawa mak pergi bincang pasal nak repair rumah kat bahagian dapur sikit-sikit, nak nak repair dapur, dapur kami skrng macam tak berapa sesuai, dan mak nak buat satu bilik lagi, itu hajat mak.
Banyak aktiviti yang dirancang nanti, antara agendanya ialah, makan char keow teow yang sedap kat Taman Ria, makan bihun Sup, makan laksa, beli ikan pekasam, beli kuah rojak..ermmm
2hb bercadang hendak ke Penang ada konsert kumpulan Nasyid Firdaus kat sana, ermmm kroni-kroni kenalah pergi beri sokongan. dah lama tak jumpa budak-budak Firdaus ni. Last sekali jumpa tahun lepas, masa mereka bermalam di rumah, sebab mereka ada konsert di Parcel D. Masa tu kami baru sehari pindah. Masih kelam kabut rumah.
Ok, saya kena balik cepat hendak mengemas barang-barang...
Selamat bercuti untuk semua..
« LAMA
::
BARU »