2004-04-26

Kita hanya merancang Allah jua yang menentukan

Seperti ramai GJ sedia maklumlah, pada hari Ahad semalam 25/4/2004, sahabat-sahabat di GJ sudah mengaturkan satu majlis doa selamat dan solat hajat untuk berdoa kepada isteri saudara EP, (atau saya lebih senang dengan nama Izwan, kerana mula mengenali beliau pada tahun 2000, melalui komuniti Jalinan Keluarga.net) kita bercadang untuk bersolat hajat semoga Allah sembuhkan penyakit Kak Hasiah.

Namun kuasa Allah Taala tidak ada siapa yang mampu menentangnya. Allah lebih menyayangi Kak Hasiah, jam 1.05 pagi pada awal pagi Ahad itu, saya menerima kiriman sms dari ZAR yang memaklumkan bahawa Kak Has sudah tiada pada jam 12.30 pagi. Saya merasa amat sebak, saya sms kepada seberapa ramai rakan GJ pada pagi itu, kemudian saya call Zar, yang dalam perjalanan ke HUKM untuk berada bersama-sama saudara EP, saya tidak dapat menahan sebak, kami berdua sama-sama sebak, saya menangis, dan Zar pun menangis. Kemudian saya hubungi Spyz, dan bincang dan buat keputusan, kita teruskan majlis yang di rancangkan di masjid KLCC esoknya, dan kita buatkan tahlil untuk arwah.

Esok pagi, saya sms Cik Daun kalau dia hendak ikut sekali menziarah arwah, mulanya kami dpt tahu bahawa jenazah akan dikebumikan selepas Zohor, dalam perjalanan, kami hubungi Spyz, dan dia maklumkan bahawa jenazah sudah di bawa ke masjid untuk solat jenazah. Apa lagi darling pun pecut sakan. Sebaik sahaja kami tiba sudah nampak van jenazah sudah bergerak keluar dari masjid, dan kami berpatah balik konon nak follow van jenazah, tapi kami sudah tak dapat kejar, berjanji dengan Spyz untuk sama-sama mencari SS14 (bukan SS14, Subang, tapi PJ) tiba-tiba Spyz sudah salah jalan, saya tahu jalan untuk kelaur dari Subang Jaya ke Federal Highway, malangnya Spyz sudah salah jalan. (ini semu salah Nett ha..ha..)

Kami tiba di Tanah Perkuburan SS14, setelah sibuk menelefon sana sini kerana saya memang blur jalan di PJ. Semasa talking dibacakan saya memang tidak dapat menahan sebak, saya pandang wajah EP, wajah anak-anak beliau, saya amat sedih. Masa berjumpa dengan Zar, saya tahan agar kami tidak menangis lagi…

AL-Fatihah untuk arwah, moga arwah ditempatkan di tempat yang mulia di sisi Allah. Amin…

Kami tiba di rumah sudah lebih jam 1 tghari. Kelam kabut, mandi solat Zohor dan bergegas ke rumah Kak Mun mengambil meehon yang sudah ditempah untuk majlis tahlil di masjid KLCC nanti.

Kami tiba di masjid KLCC sudah jam 3 ptg Spyz dan Tok Rimau sekeluarga sudah sampai (baca Spyz sekeluarga, termasuklah Nett) jam 3.30 petang majlis dimulakan. Semasa imam membacakan doa, dan menyebut nama arwah saya tidak dapt menahan sebak, saya terkenangkan keadaan arwah yang menderita di katil hospital, dan kelihatan agak tenat, saya betul-betul sedih.

Kemudian kami semua makan beramai-ramai di lobi masjid di atas tikar yang dibentangkan oleh Poad. Ramai sahabat GJ yang hadir, saya gembira, sangat-sangat gembira kerana ramai yang hadir, terima kasih kepada semua yang hadir, moga kita semua dapat berkat dari majlis itu nanti.

Semoga sauadara EP lebih tenang dan terus tabah untuk hari-hari seterusnya.

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng