
2004-04-21
Saya yang kecewa..
Abah saya sudah hampir setahun pencen, iaitu dari Jun tahun 2003, sehingga hari ini, beliau masih belum menerima pencen bulanan atau sebarang imbuhan. Saya sudah hubungi pelbagai pejabat dan jumpa ramai manusia berkenaan hal ini, tetapi ada saja masalahnya. Jadi semalam saya tulis ke Utusan Malaysia, dan hari ini pengendali ruangan Forum telah siarkan kekecewaan saya, cuba tengok KAT SINI
Pejabat abah bertugas di Sungai Petani tergamak membiarkan abah saya tidak ada pendapatan bulanan, maka saya pun tergamak bongkar perkara ini. Saya sendiri secara peribadi sudah hubungi Jurutera Daerah iaitu majikan abah saya di sana, tetapi masih berlarutan, bukan sekadar saya bertanya malah saya telah bertekak dengan beliau. This is P-Nut...(cucu cicit pahlawan kot..) Dia marahkan saya kerana saya berhubung terus dengan JPA, dan JPA sendiri sering berhubung dengan saya sekiranya ada masalah berkaitan.
Saya cakap terus terang, sebab saya tinggalkan kad nama saya kepada pejabat itu, dan berpesan andai apa-apa terus hubungi saya, dan saya bertanya, adakah staff dia berbuat demikian, dia diam. Saya soalkan sebagai ketua, dimana fungsi dia untuk emnjaga kebajikan staf.. Jangan cabar saya encik...saya tak takut!! sekarang sudah keluar di surat khabar, selamat menjawab!!! Saya puas hati dapat membela nasib orang tua tercinta. Moga Allah restu usaha saya.
Itu pun kira bernasib baik juga kerana dalam email asal saya kepada utusan, saya sertakan sekali nama kerani yangs aya berhubung dan nama-nama mereka yang bertanggungjawab, tetapi mereka edit dan mereka tidak siarkan. Ok, itupun sudah memadai. Bukan ramai sangat kerani di pejabat daerah pun. Ada kawan abah bagitau ada yang sudah setahun pencen tetapi masih belum mendapat apa jua bayaran..heyy come on..ini periuk nasi orang, duit ada ke tak ada, api, air, makanan, kena bayar juga.
Biar, saya sudah beri banyak peluang kepada mereka, bil telefon saya sebulan hampir 2 ratus ringgit, telefon ke pejabat di negeri saya, telefon direct ke handphone jurutera daerah, tetapi mana hasilnya, mereka yang cabar saya! Jangan ingat saya akan berdiam diri. Itu hak abah saya, jangan main-main dengan saya, saya tidak suka.
Tujuan saya menulis ke utusan bukan untuk tuntut hak abah saya sahaja, malah mungkin ramai lagi yang akan berterusan menjadi mangda ketidak cekapan mereka. Bermacam kesalahan dalam mengisi borang abah saya buat pinjaman perumahan mereka tandakan tiada, apabila JPA hendak mengira pembayaran, mereka semak semula dan mereka dapati rekod menyatakan abah saya mempunyai pinjaman perumah, mereka terpaksa merujuk kembali ke SUK negeri, ke pejabat abah bertugas dulu, kemudian ke bahagian pinjaman perumah di Jalan Duta. Hanya dengan kesilapan sekecil itu mereka menyusahkan banyak pihak. Saya tidak suka!!!
Kini saya hanya menunggu reaksi mereka sahaja.
« LAMA
::
BARU »