2004-04-20

Majlis Bacaan doa selamat dan bacaan Yassin

Seperti yang ramai sedia maklum, seorang sahabat kita, saudara EP sedang dalam keadaan berduka kerana isterinya yang tercinta, Kak Hasiah dalam keadaan yang agak kritikal di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Jadi, saya telah mencadangkan kepada Geng Jurnal yang lain untuk menganjurkan satu Majlis untuk kita sama-sama berdoa semoga Kak Hasiah sembuh dan dipanjangkan umur, dan semoga Allah permudahkan apa jua usaha doktor yang merawat beliau.

Anda boleh KE FORUM GJ untuk maklumat lanjut dan senarai kehadiran. Juga untuk maklumat bagaimana anda boleh salurkan derma ikhlas sekiranya anda tidak dapat hadir tetapi berniat untuk menyumbang derma ikhlas. Semoga usaha kita diberkati Allah swt. Kepada yang masih berbelah bahagi hendak pergi atau tidak, suka saya ingatkan, sekarang masa orang susah, Insya-Allah suatu hari nanti bila tiba kesusahan kepada diri kita, akan ada yang membantu, sebagaimana kita membantu orang yang susah sekarang. Kepada yang jauh, doa kalian amat diperlukan oleh sahabat kita, kerana dalam keadaan sekarang, doa mungkin akan menjadi ubat paling mujarab.

Doktor Desa

Di ASTRO ria sekarang, setiap hari isnin 10.00 malam ada satu drama bersiri berjudul DOKTOR DESA. saya rasa ia satu drama yang menarik, dengan lakonan bersahaja Khaeryl Benjamin, Shery Merlis dan beberapa pelakon yang tidak popular, seperti watak Dr. Nair, tetapi masih mantap lakonan. Lakonan Atie, bekas pelajar AF, nampak tergedik-gedik dan dibuat-buat. Ia mengisahkan seorang doktor muda iaitu Dr. Zainal, anak kpd sorang Tan Sri, tetapi mendapat posting di sebuah kampun kecil iaitu Parit Cindai.

Konflik bermula apabila, Dr. Nair, iaitu doktor lama di klinik desa itu, tidak berapa senang dengan doktor mdua yang dianggap sedikit besar diri.Bukan tidak suka, tetapi di menganggap Dr. Zainal tidak boleh hanya sekadara menjadi doktor malah kena lebih memahami orang kampung. Babak pertama ditonjolkan minggu lepas ialah bilamana task pertama Dr. Zainal ialah memberanakkan seekor kambing. Dan hal itu menjadi buah mulut orang kampung, dan pemilik kambing itu menamakan kambing itu, Zainal.

Bermacam situasi lucu, dan serius berlaku, tetapi menarik kerana lakonan bersahaja Khaeryl Benjamin atau Dr. Zainal. Nampaknya mereka mendapat nasihat doktor untuk drama ini, kerana mereka menggunakan istilah kedoktoran dalam erti kata sebenar. Saya pun nggak ngerti ya pak!!! Jalan cerita seolah-olah jalan cerita Iran. Sukar saya hendak ceritakan disini kerana banyak babak menarik. Dan walau pada mulanya Dr. Zainal agak tertekan di tempat yang pekan terdekat dengannya ialah sejauh 3 jam perjalanan. Tetapi semalam Dr. Zainal mula sikit-sikit menyukai patientnya, mula suka Parit Cindai.

Saya tak sabar untuk tengok episod minggu depan. Kisah doktor yang akn terus berbakti untuk orang kampung dan nak tengok bagaimana dia ubah mentaliti orang kampung yang masih tidak percaya kepada dia seorang doktor yang muda, kerana mereka lebih serasi dengan Dr. Nair yang sudah 20 tahun berkhidmat disitu. Doktor Nair bukan sahaja sekadar doktor, malah jadi tempat untuk orang kampung yang buta huruf minta membacakan surat untuk mereka. Contohnya minggu lepas ada babak, Madam Lee datang ke klinik dan berjumpa Dr. Zainal untuk minta dibacakan surat. Menurut Mdm Lee, sudah bertahun-tahun Dr. Nair membacakan surat dari anaknya yang belajar di Amerika.

Satu cerita yang digarap dengan baik. Dan kepada mereka yang ada Astro, jangan lupa tonton!!

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng