2004-04-17

Kalau anda anak Kedah..

Kalau anda anak Kedah, atau tinggal di Kedah, Kalau anda anak Kedah tetapi duduk di KL, duduk di UK, atau di mana sahaja dan rindukan nak berbual-bual dengan memba-memba..(org kedah kata memba = member) saya di sini dengan rasa gumbiranya ingin war-warkan kepada anda semua, bahawa anda dijemput melepak di KEDAH ONLINE saya selalu juga duduk melepak tang situ, tetapi saya tidak menyampuk pun, sebab masa kadang-kadang tak mengizinkan. (ermm banyak blog yang kena baca..he..he..)

Saya puji usaha anak Kedah yang berjaya menghidupkan Kedah Online. Dan mereka akan mengadakan gathering tidak lama lagi, baca ni :

Tempat : MS Garden Hotel Sg Petani Kedah

Tarikh : 02/05/2004 Bersamaan Hari Keputeraan Nabi Muhammad, Hari Ahad

Masa : 11.00 Pagi hingga 5 Petang

Aturcara majlis : Dimuka hadapan KOL

Menu : Menu Muhibbah 13 Mata makanan

Bayaran : RM30, bayar sebelum 14/04/2004

Saya macam berminat hendak pergi tetapi saya tak kenal sesiapa di komuniti itu. sebab kebetulan masa tu memang saya berada di kampung.

Anda pergi???

Cyber Cafe

Sudah lama saya tidak ke cyber cafe, kali terakhir saya menggunakan cyber cafe ialah pada julai 2002. Iaitu di Cheras, itupun sebab saya hendak berurusan dengan TMTouch, nombor giliran saya lambat lagi, jadi saya pergi lepak di Cyber Cafe berdekatan pejabat TMSentuh tu. Hampir sejam saya dalam cyber cafe tu, tapi bila saya masuk ke pejabat syarikat telekomunikasi bertaraf kampung itu, belum sampai lagi giliran saya, dan saya keluar semula mencari majalah pulak.

Ok berbalik cerita Cyber Cafe, sekarang saya berada di sebuah cyber cafe di Serdang. Ermm cyber Cafe berubah dari zaman saya guna cyber cafe pada tahun 1996 dahulu. Sungguh berubah. Tujuan saya berada di cyber cafe ini ialah kerana ada lah tujuannya..he..he...nanti kita umumkan kemudian yer...

selamat berhujung minggu!!!

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng