
2004-04-16
Mempromosi Geng Jurnal
Alhamdulillah, saya dan Mat Jan sudah selesai membicarakan mengenai Weblog dari konti radio 1, RTM. Tapi masanya sungguh singkat dan terbatas, Mat Jan kata dia sudah hilang gabra bila dengar suara Tipah, tapi rancangan dah nak habis, kata Mat Jan lagi dia tengah bernafsu masa tu, tiba-tiba nafsunya menurun..kah..kah….
Semoga ramai rakyat Malaysia akan ber-weblog lagi. Yang menarik, perbincangan bersama orang-orang Jaring, dan orang-orang kuat Radio1.com. Nampaknya Insya-Allah, kalau menjadi, akan ada usaha sama antara pihak mereka dan GJ. Ia akan jadi Win-win situation…. Semoga kita semua akan terus cemerlang.
Saat paling kelakar ialah bila menerima panggilan dari pendengar iaitu dari GJ sendiri. Donna pemanggil pertama, saya sudah gelak-gelak, kemuncaknya ialah bila Tipah menelefon, kami ketawa sungguh-sungguh saya tidak dapat bercakap seketika, kerana asyik tergelak, dah reda sedikit dengan spontan saya cakap, tipah jangan tertipu, penerbti rancangan Che Yom gelak mendengarkannya.
Selepas ini Mat Jan dan Tok Rimau mungkin akan bersedia untuk membawa GJ ke arah yang lebih cemerlang lagi, Kalau ada peminat GJ, sokonglah GJ. Kita sama-sama bekerja.
Ada pembaca jurnal saya kata, dia bukan Geng Jurnal sebab dia tidak ada weblog, saya katakana kepadanya untuk menyertai komuniti GJ anda tidak perlu mempunyai weblog, anda boleh jadi ahli, anda boleh sertai aktiviti kami. Come and join us.
Saya rasa GJ akan terus maju seperti Melayu.com yang sudah mempunya tapak yang bagus. Usaha untuk menjadikan GJ sebagai persatuan berdaftar boleh dilakukan tetapi bukan sekarang. Kita perlu kukuhkan GJ baru kita rangka untuk mendaftarkannya, tengok Melayu.com mereka beroperasi bertahun-tahun baru kini mereka daftarkan Melayu.com. Baru-baru ini saya baca Utusan Malaysia, Biro Wanita Melayu.com anjurkan aktiviti kraftangan.
Saya impikan suatu hari nanti GJ juga akan ada Biro Akademik, Biro Sosial, ada PR, ada Biro Wanita, Biro Kebajikan dan lain-lain…
Anda sokong??? Tepuk dada Tanya selera…
Jumpa lagi…
« LAMA
::
BARU »