
2004-04-12
Entry Minggu lepas,
Minggu lepas saya tulis mengenai situasi kakitangan senior or kakak-kakak yang mencecah 35++ ke atas, terutama kakitangan sokongan yang komen mengenai pegawai-pegawai tak nak beri sokongan untuk beberapa aktiviti di peringkat jabatan atau kementerian.
Saya berbual melalui YM, dengan seorang pembaca jurnal saya, iaitu Kak 'K' menurut kak K, dia sudah baca jurnal saya sejak Najmi baby, sejak pertama kali saya jumpa kawan-kawan blog pada Jun 2001. Wow!! terima kasih Kak K. Kak K juga merupakan kakitangan senior di jabatan kerajaan. Kata Kak K, di Jabatannya memang ada pegawai-pegawai yang tidak mahu langsung join aktiviti, dia kata pegawai itu bukanlah pegawai muda, katanya kalau pegawai muda mungkin tidak ada masalah. Ermmm ya, betul, tulisan saya minggu lepas, saya cuma berikan pendapat saya sebagai seorang pegawai baru.
Dan betul, ada pegawai yang sama gred dengan saya, tetapi sudah senior, memang kurang join aktiviti, dan betul, masa kami buat majlis berbuka puasa pun mereka tidak mahu hadir. Tak tahulah kenapa. Pelik juga kan? kalau saya ni pula suka ikut aktiviti sebabnya kalau setiap hari dok mengadap pc, dok mengadap buku-buku nan bertimbun, duduk mengadap fail itu fail ini bosan jugak kan, sesekali ikuti aktivti sosial memang menyeronokkan. Apa nak dikatakan, peel masing-masing lah katakan.
Fail Meja
Di pejabat kerajaan setiap kakitangan adalah dikehendaki menyediakan fail meja, iaitu satu fail yang mempunyai maklumat lengkap mengenai Jabatan, carta organisasi, senarai tugas, carta aliran tugas, dan semua-semua mengenai tugasan hakiki kita. Tujuan disediakan fail meja ialah untuk memudahkan sekiranya ada pegawai lain yang menggantikan tugas kita kalau kita bertukar ke jabatan lain.
Post saya di sini adalah post baru, sebelum ini tidak ada pegawai lain yang bertugas ditempat saya, kiranya adalah pegawai bagi kerja-kerja ini yang pertama di Jabatan ini. Dan seabgai orang pertama saya hadapi masalah, fail meja tidak wujud, maka saya kena menyediakan sendiri. Saya ingatkan post baru seperti saya sahaja tidak ada fail meja, rupanya pegawai lain yang sudah 5-6 tahun di sini pun tidak ada fail meja. Kebanyakan pegawai di sini adalah pegawai-pegawai muda yang merupakan first posting, jadi kami semua menghadapa masalah menyediakan fail meja.
Pihak pentadbiran juga tidak memberikan panduan. Saya email kepada beberapa pegawai lain utk meminta contoh fail meja mereka untuk saya jadikan panduan, soalan saya :
camner u all buat fail meja
boleh attach nak tgk contoh..
kamek sik tau..."
dan berikut adalah jawapan yang saya terima :
Dari R**izan :- kamek belum siap.. tapi fail memang byk ataih meja.. nak tgk contoh amik je mana-2 fail tuh.. janji ataih meja.. hehehe
Dari M**zar :- Kamek pun sik paham....ingatkan amik fail kosong, guting dan lipat menjadi bentuk meja...
Dari R**izan lagi sekali :- Betul kata kitak ya bang mizz.. kita sama-sama bengkel kemahiran hidup, belajar buatmeja dari fail pulak, nak lagi hebat pakai kayu meja.. jadikan bentuk fail.. hehehehe.. takyah kursus kat intan, sekolah rendah pun ada ajar...hidup fail meja......
Dari Ros*** :- pandai la hampa....aku dah muak dengan benda2 nie...QM la, SOP la nie mai pulak fail meja....apa hampa ingat aku tak dak kerja lain ka...suruh buat bagi la contoh....tak de la teraba-raba, dok pulak teraba pizan....lagi buang masa..
Kita mintak admin buat kursus kat luar pulak....macam2 suruh buat....tapi tak de pengeras langsung...pi la buat kursus kat PD ka, Pangkor ka....nie balik2 bilik *****....bilik KP ....kemut punya jabatan
Dari Wa***** :- Fail meja tu apa? akuarium untuk bela ikan flawer horn ker? ker fail meja tu nama saintifik bagi beskur meri ka?? Uhhh malangnya nasib ku...
Ermmmm abih tu camno??? Mak cik juga yang susah...
tapi teknologi sekarang memudahkan urusan, saya mesej melalui YM kepada beberapa rakan satu batch masa saya blajar dulu, dan mereka ini juga bertuga di beberapa jabatan kerajaan yang lain, mereka sudah ada fail meja, dan mereka pun attachkan samaada melalui YM, email atau yg agak tradisional mereka pos atau faks. (tak der lah bukan tradisional, tp mereka ada hard copy jer (orang terdahulu di tempat mereka sudah sediakan) dan teknologi ini amat memudahkan kerana tidak hanya perlu copy paste edit sikit-sikit ayat sesuai dengan bidang tugas kita..Oh mudahnya hidup orang yang berteknologi. he..he.. (Mat Jan, ini antara fungsi YM bagi orang bekerja) tak yah call ke Sarawak minta fail dgn kawan, tru YM jer..
Siapa lagi kena buat fail meja? boring kan???
« LAMA
::
BARU »