
2004-04-09
Meeting Wanita
Saya baru balik dari mesyuarat kaum-kaum wanita peringkat kementerian. Ermm agak kucar kacir majlis dan aturcaranya. Salah satu usul yang dibangkitkan ialah isu, pegawai-pegawai kumpulan profesional kurang untuk menyertai aktviti dan sumbangan dalam aktiviti yang anjurkan di peringkat kementeria. Sering kali hanya kumpulan sokongan yang banyak melibatkan diri dalam kebanyakan aktiviti. Saya tidak puas hati dengan perkara yang dibangkitkan oleh kakitangan sokongan senior ini.
Seperti biasa, saya kalau tidak puas hati saya cakap terus dan direct, supaya diperbetulkan keadaan dan supaya sesuatu dapat dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Saya bangun dan bercakap melalui microphone yang disediakan. Saya berikan pendapat peribadi dari pengalaman saya sendiri sebagai pegawai baru dalam perkhidmatan awam. Saya terangkan situasi sebenar yang berlaku. The senior, specially senior yang sebaya-baya mak saya, (46 tahun) sering tidak mahu menerima pendapat orang muda. Contoh, apabila tiba masa untuk membuat persembahan.
Saya pernah mengetuai Biro Kebudayaan Di Kolej kediaman saya dan menjadi Yang Di Pertua Kolej, dan saya banyak terlibat dengan persembahan kebudayaan dan juga beberapa kali menjadi pengarah pentomin dan pengarah persembahan pentas untuk beberapa acara semasa di Universiti dahulu. Bukan saya berlagak, tetapi itu hakikat, saya punyai sedikit pengalaman dalam bidang-bidang begitu, apabila diusulkan acara persembahan cthnya dikir barat, mereka mahukan dikir barat yang pesen lama, saya pernah terlibat dalam persembahan dikir barat moden, dan kami pernah menang, tetapi mereka mahukan dikir barat yang punya tukang karut itu. Alasan tidak ada masa utk berlatih, bukan tidak ada masa, tetapi mereka tidak mahu beri komitmen lebih sahaja. Akhirnya jadilah persembahan masih di takuk lama.
Nasyid-- baru-baru ini kami mengambil bahagian dalam Pertandingan Nasyid, saya cadangkan nasyid yang ada sedikit pergerakan dan bukan nasyid gengam tangan macam dulu-dulu, mereka hendak juga genggam tangan, tidak mahu goyang sedikit, saya sarankan libatkan kakitangan lelaki, sekurang-kurang berkompang sedikit untuk meriahkan persembahan, mereka tidak mahu, saya sarankan adakan sedikit bacaan puisi ringkas sebelum nyanyian mereka tak mahu juga, dan akhirnya kami kalah, bila masa reherseal, mereka sudah cuak melihat kumpulan lain, bertabla, bersyair sedikit sebelum menyanyi mereka terkejut.
Itu yang sebenarnya, the senior akan anggap, eeii tak boleh macam tu, tahun lepas bukan macam tu, kita tak pernah buat begitu, kita tak boleh itu, ini..kita beri idea mereka selalu sangat tolak, jadi pegawai muda rasakan ok, fine biar mereka buat. Kita buat design buku cenderahati bercorak melenium, mereka hendakkan corak bunga-bunga. Kita cadangkan pakaian jubah ala-ala cleopatra, mereka hendakkan baju kurung, kemudian bila tengok kumpulan lain pakai baju ala cleopatra mereka nyesal pula.
Kita cadangkan beri cenderahati frame gambar yang cute-cute comel-comel itu mereka hendak beri bunga telur letak gula-gula. Kemudian mereka marah-marah tidak ada yang mahu menolong membuat bunga telur. Mungkin mereka senang, kerja tidak report duty terus kepada pengarah bahagian. Bagi kakitangan sokongan, mereka biasanya tidak terlibat secara langsung dengan pengarah, timbalan pengarah atau Ketua Pengarah Sendiri, bos mereka biasanya hanya pegawai biasa sahaja. Macam saya boss saya amat teliti kerjanya, kita kerja ikut rentak boss. Kalau boss mahukan laporan kita pergi kursus saya sediakan ikut rentak boss, ada boss cukup satu muka surat. Tetapi saya ikut rentak boss, ada kena ada pendahaluan, ada isi kandunga, ada cadangan dan kesimpulan. Biasanya 5-6 muka surat.
Ok, berbalik kepada mesyuarat tadi, pengerusi majlis setuju dengan kata-kata saya. Komen Datin G, "kita mungkin tidak sedar perkara kecil begini, or even I, katanya, I sometimes lupa I'm too old for this, I masih lagi dok fikir macam last ten years, Ok, kita akan adakan satu kaunseling untuk pecahkan EGO, I'll take note on this, we will arrange it, terima kasih kerana mengingatkan,"
Dan saya puas hati, (ermm terasa macam heroin pulak, bila ramai pegawai-pegawai muda yang lain dok tepuk tangan menyokong apa yang kita cakap he..he..)
Well actually memang begitu, seperti situasi saya dan adik bongsu saya, agak jauh beza usia kami, dia baru 16 tahun dan saya akan meninggal usia 20++ pada tahun hadapan. Ada kalanya saya seolah-olah terlupa adik bongsu saya, yang saya dapat semasa saya berusia 14 tahun yang lalu sudah menjadi anak dara sunti, sudah tingkatan 4. Mungkin kerana kami sekeluarga memanggilnya ADIK, maka saya masih lagi dok anggap dia 'adik'. Contohnya bila tiba bab memilih pakaian saya seolah-olah selalu hendak menentukan pilihan baju-bajunya, padahal masa saya berusia 16 tahun saya tidak suka orang memilih untuk saya.
Dia sudah ada "kawan lelaki", saya marah-marah bising-bising, padahal masa saya usia 14 tahun lagi sudah pandai ada abang angkat. Usia 16 tahun sambil mewakili sekolah dalam permainan hoki, sudah pandai menjeling budak lelaki disekolah lain yang genteng-ganteng, (saya sekolah perempuan). Saya suka bising-bising bila dia suka berkurung dalam bilik, bukak radio, jiwang-jiwang, padahal masa saya 16 tahun saya lagi hebat, sudah pandai pergi karaoke di rumah kawan cina anak tauke kilang papan. Saya marah-marah dia suka beli majalah REMAJA yang yang rasa dok ajak orang bercinta sahaja. Tetapi dulu saya pernah masuk pertandingan kuiz yang dianjurkan majalah berkenaan sampai menang. Setiap bulan saya beli.
Kerana apa? kita kadang-kadang lupa, aku dah tua...adik aku dah besar rupanya, dia pun ada keinginan macam aku, dia pun sudah boleh keluar pergi pekan sendiri, dia sudah boleh diharap menjaga mak abah saya.
« LAMA
::
BARU »