2004-04-08

Menjamu selera..

Semalam, saya menjamu selera beberapa orang rakan-rakan blog di rumah saya. Tidak ada perancangan untuk mengajak mereka datang menjamu selera, semuanya di saat-saat akhir. Semasa bersembang dengan Cik Daun melalui YM, dia bertanyakan cara-cara membuat kerabu mangga. Cerita punya cerita, last-last saya suruh dia datang ke rumah saya untuk demo membuat kerabu mangga (macamlah saya ni chef..he..he..) Kebetulan hari sebelum tu (selasa) saya membeli 3 biji mangga besar-besar juga mangga muda dan memang hendak membuat kerabu. Sebab saya tak mahu makan malam, saya bercadang hendak mambawa mangga-mangga tu ke pejabat, dan buat kerabu tu di pejabat.

Tetapi nampak mangga-mangga itu dibuat kerabu di rumah dan menjadi rezeki SERA, RUDI, ROSH, CIK DAUN dan seorang rakan rudi. Saya sempat call Sera sebelum balik dari office, dan Sera setuju nak datang. Sampai di rumah saya teringatkan Rudi, saya sms dia, dan dia setuju datang. Balik dari office, saya terus ke kedai, membeli sedikit beberapa barang, malangnya bahan utama untuk membuat kari ayam, iaitu santan dan kerisik lupa dibeli. Dah sampai rumah baru teringat. Saya call Cik Daun hendak minta dibelikan tapi malangnya ada suara lelaki omputih dok sahut panggilan saya. Saya keluar semula membeli dua barang itu, ditambah membawa sekali Najmi, kenalah beli keropok dan air tin pulak.

Saya masakkan kari ayam, goreng sayur kobis, goreng ikan, goreng papadam, dan buat kerabu mangga, itu jer menu simple kami semalam. Dan ada ikan keli (ermmm masak sambal ker?? he..he..nanti ada yg jauh di Sarawak tu cemburu pulak) ikan keli dan tilapia goreng. Seronok menjamu mereka makan, kerana dan macam makan sekeluarga. Sera pertama kali datang rumah saya, agak malu-malu sikit. Daun dan Rudi dah biasa, dari dekat Cheras lagi diaorang dah selalu datang. Bak kata Cik Daun, dapurmu dapurku jua. Seorang lagi adik saya yang sedang berpantang di Terengganu tidak ada, kalau tak memang meriah sungguh, tambahan pulak, kari tu memang favourite dia pulak.

Siapa lagi nak datang ke rumah, sila-sila..saya tidak ada acara khusus, siapa nak datang pun boleh, tapi beritahu dulu, kot-kot kami sudah ada rancangan lain pula. Biasanya begitu, bila ada seorang dua hendak datang, saya akan jemput beberapa lagi, supaya lebih meriah. Rumah saya memang sentiasa standby byk stok makanan kering spt, spagethi, makaroni, bihun, dan ada juga daging lembu/ayam kisar, kacang peas, cendawan butang, just get ready kalau ada sesiapa nak datang boleh masak spagethi, makaroni (masak pasta atau makaroni bakar) cik abang saya suka makaroni bakar (katanya macam murtabak), sebab rumah saya memang selalu didatangi orang, anak-anak dara kat office ni pun kalau nak makan apa-apa mulalah kenen-kenen saya. Saya pula tak sampai hati, kalau mereka nak makan apa-apa saya pun ajaklah ke rumah dan masakkan untuk mereka.

Ermm ini pun sudah ada dua tiga orang anak-anak dara dan anak teruna bujang kat office dok kenen-kenen nak makan laksa Kedah. Iyela..ye lah...nanti akak buatkan, tapi syaratnya buat hari Ahad, dan anak-anak dara tu kena datang menolong. Sebab Najmi ni suka sibuk, kalau ada kakak-kakak datang ke rumah suka sangatlah dia. Tapi seronoknya anak-anak dara kat office ni kalau datang lepas makan clear semua mereka kemaskan, siap sapu lantai dan kalau boleh nak mop lantai sekali. Darling, kata tetamu datang bawak rezeki...amin...

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng