
2004-04-06
Buang sekolah
Pagi tadi semasa sedang bersiap-siap hendak ke office, lepas mandikan anak bujang saya tu, sambil-sambil dok pakai tudung, saya on kan tv, dan tengok Malaysia Hari Ini di TV3. TOpik yang dibincangkan ialah mengenai kes pergaduhan Pelajar Sekolah Agama di Negeri Sembilan, yang menyebabkan seorang pelajarnya Allahyarham Mohd. Farid, terbunuh. (Al-Fatihah). Ada 8 mangsa yang dibebaskan dan mereka dikenakan tindakan buang sekolah. Ermm Jabatan Agama Islam Negeri kata mereka masih boleh merayu untuk ditempatkan di Sekoalh Agama lain yang dibawah Jabatan itu. Masalahnya ada lagi sekolah agama lain yang hendak menerima mereka? Kalau aku jadi pengetua pun aku fikir 4-5 kali hendak ambil budak yang sudah ada kes besar begitu.
Ok itu bukan persoalannya. soalnya disini adakah tindakan buang sekolah itu wajar dan menyelesaikan masalah. Kalau budak yang menyimpan azam hendak masuk universiti dan hendak berbakti kepada orang tuanya kita kenakan tindakan buang sekolah mungkin dia akan meraung dan merayu-rayu untuk terus belajar demi cita-citanya. Tetapi kalau budak nakal begitu dibuang sekolah sebenarnya meraka amat gembira, kerana tidak perlu susah payah belajar. Kenapa saya cakap begitu? sebab saya ada pengalaman sendiri. Suatu masa dahulu, saya punya jiran yang mempunyai seorang anak lelaki yang bermasalah. Kesian Mak Cik dan Pak Cik jiran saya tu, sering runsing dengan masalah anaknya.
Anaknya pernah dilaporkan tidak datangs ekolah berminggu-minggu padahal, setiap pagi dia keluar usung beg sekolah dan naik bas seperti biasa. Tetapi rupanya tidak, mak ayah budak tu, hari itu terpaksa mengambil cuti selepas dimaklumkan pihak sekolah, seharian keluar masuk video game, masuk pusat snooker, pergi pusat boling, pergi bawah-bawah jambatan mencari anaknya yang seorang itu. Bayangkan. Sampai petang mereka tidak berjumpa anak mereka dijalanan. kuncu-kuncu anaknya sudah memaklumkan kepada budak ini yang mak ayah sedang emncari, dan dia dengan cerdiknya balik ke rumah. Petang itu, riuh rendah suara mereka anak beranak bertekak. Abang kepada anak itu mengamuk, bila dua adik beradik lelaki bergaduh, biasalah bertumbuk, dan siap hendak berparang.
Esoknya mak cik ini dipanggil ke sekolah, cikgu memaklumkan bahawa, di sekolah anaknya ada beberapa kes gaduh, kes merokok, dan dia dikenakan tindakan gantung sekolah. Anak nakal ini amat gembira, kerana tidak payah nak ponteng-ponteng sekolah sebab memang tak dibenarkan ke sekolah. Kemuncaknya masa di tingkatan 5, berlaku satu kes gaduh di sekolah dan dia dikenakan tindakan buang sekolah. Dia berkeras tidak mahu bersekolah lagi, setelah puas emaknya memujuk tidak jalan juga maka akhirnya dia berhenti tidak sambung belajar, malah dia lebih gembira kerana tidak perlu susah payah ponteng sebab memang di sudah dibuang sekolah.
Apabila tidak bersekolah, dia menjadi semakin liar, mak ayahnya bekerja, dia di rumah bawa geng, keluar suka hati, macam-macam kes dia ada. Sehingga satu tahap emaknya berubat secara kampung untuk melembutkan hati anaknya, berubat sana sini, setahun lepas itu, dengan izin Allah, dia tidak seliar dahulu lagi, akhirnya dengan sijil PMR, dia pohon kerja askar, dan dia diterima, maka dia skrng sudah menjadi askar.
Jadi saya menganggap, tindakan membuang sekolah adalah tidak wajar kerana ia bukan penyelesai masalah, malah punca kepada masalah lain. Jangan biarkan bial sudah ada kes juvana baru layak tinggal di Sekolah Henry Gurney. Asal ada sahaja kes samseng dan peras ugut, bergaduh dan sebagai, kerajaan patut sediakan sekolah pemulihan lebih banyak. Dan mereka yang bermasalah tetapi tidak disabitkan kesalahan juvana terus sahaja dihantar ke sana, biar dilatih secara askar sikit. Biar yang menjaga mereka ialah jurulatih askar tu.
Kalau sudah terdesak, kita tempatkan jurulatih askar di asrama-asrama, bagi akademik biar cikgu-cikgu melatih mereka. Bagi ko-kurikulum, sahsiah diri biar jurulatih yang tegas-tegas ini melatih mereka, dan kita kita tidak perlu membelanjakan sejumlah besar wang membuat program Khidmat Negara. Kita banyak juga cikgu-cikgu suatu ketika dahulu yang masuk ROTU, Masuk Kesataria, jadi komandan, biar mereka ini jaga asrama. Semua ini boleh dirancang kalau semua pihak mahu bekerja sama, demi bangsa. Dan ibu bapa sendiri jangan pula bila cikgu bertegas sikit sudah melatah, tidak mahu terima hakikat yang anak mereka bermasalah. Saya punya seorang sepupu yang menjadi cikgu, dan mengajar di Kuala Lumpur inilah, dia pernah bercerita, ada seorang bapa ini, bila dimaklumkan anak sudah seminggu tidak hadir ke sekolah, di marahnya cikgu balik, kerana sudah seminggu anak tidak ke sekolah baru hari ini hendak bagitahu, kenapa cikgu tidak menyiasat. Cikgu pulak salah.
Sepupu itu juga pernah bercerita, dia pernah menegur seorang pelajar yang sudah duduk tepi tangga menggalas beg hendak balik, padahal waktu itu baru jam sebelas pagi. Pelajar itu menjawab, cikgu tak payah sibuk kalau tak nak susah. Ada seorang cikgu lain mendengar dan cikgu lelaki itu marah-marah pelajar itu kerana kurang ajar, dan petang itu, kereta cikgu lelaki itu pancit 4 tayar, dan di toreh-toreh dengan benda tajam, hinga bercalar balar keretanya. Errmmm bih tu camno???
Ini semua masalah kita, saya rasa tidak salah kalau kita nampak budak-budak macam memonteng lepak sana sini, kita angkat telefon suruh polis datang siasat, biar mereka marah sekarang tetapi mereka akan sedar suatu hari nanti. Bair kita jadi busy body sekarang daripada kita dengar banyak lagi kes yang dasyhat berlaku akan datang. "Ya Allah, selamatkanlah anak bangsa. Aku jua punya anak lelaki, jadilah dia yang baik, dan taat kepadaMu, dan taat kedua orang tuanya, jadikanlah dia anak yang sentiasa dibawah peliharaanmu, dan sentiasa berbuat kebaikan," amin.....
« LAMA
::
BARU »