
2004-04-01
Kalau rasa gembira tepuk tangan..
Saya sungguh gembira hari ini, harus ker saya tepuk tangan? Walau pada mulanya saya malas hendak datang kerja kerana hari ni ada discussion mengenai SOP (Standard Operation Procedure) yang amat membosankan itu, tetapi bila saya datang opis pasi ni, seperti biasa, lepas on komputer saya MESTI buka email dahulu terutamanya email jabatan, yang biasala banyak urusan rasmi di situ. Paling penting mesti tengok email dari boss, mana tau kalau-kalau ada perkara urgent. Kemudian saya belek email-email lain selain dari email rasmi. Dan sungguh gembira dan tidak disangka, semalam saya ada emailkan beberapa pertanyaan kepada sorang pembaca weblog saya, dan hari ini dia sudah membalasnya.
Saya amat menghargai balasannya, dan sangat terharu dan gembira kerana dia adalah pelakon yang saya amat minati lakonannya. I'm sooo happy. Semoga dia akan terus berlakon dengan lebih hebat lagi di masa akan datang. Dan semoga dia terus sudi bersahabat dengan saya dan mungkin dengan rakan-rakan GJ yang lain. Ermm bila pulak Afdlin Shauki nak jumpa website saya ni??? He..he..
Najmi
Najmi menangis-nangis nak adik, seolah-olah adik tu boleh beli kat kedai dan dibawa balik ke rumah. Dia kata, "kita nak adik...nak adik, " bila mama cakap, ambillah adik kat tv tu..dia cakap, " kita nak adik yang duduk kat rumah kita," ermmm amin, mudah-mudahan makbul doa Najmi nak adik. Mama pun nak adik juga :-)
Najmi punya bakat seni, hari tu dia curahkan bakat seninya yang dilukis dengan marker pen di dinding tepi pintu rumah, alahaiii bercorak-corak dinding rumah. Mama tengah mandi masa tu, bila babah balik kerja, mengamuklah babahnya. Babah marah, kata babah, ni bukan rumah kita, ini rumah kerajaan.
Suatu hari, Najmi sepahkan rumah dengan segala macam barang mainannya. Babah merungut-rungut, komen rumah bersepah, dan suruh Najmi kemaskan barang mainan, nanti sepah rumah kita tak elok, kalau simpan kemas, nanti rumah kita cantik. Najmi jawab, " ni bukan rumah kita lah, ni rumah kejaan," alahai anak mama. Sabar jerla..
Semalam dia telefon tok nya di Perak, tok kata demam selsema, dia pesan, nanti tok makan ubat tau, kalau tak nanti doktor cucuk sini, sambil tunjuk kat punggungnya. Toknya gelak sampai batuk-batuk, nakal anak mama ye...
Mak tok sudah belikan baju askar, setiap kali telefon mak tok pulak asyik tanyakan bila pak cik nak datang, kita nak baju askar. Setiap hari suruh telefon pak cik tanya bila nak datang. Semalam tidur pun mengigau, asyik jerit nak pakai baju askar poket tepi. haiii jenuh juga budak ni.
ok, sampai sini...
« LAMA
::
BARU »