2004-03-26

Marah

Ada pembaca yang marah-marah kerana tulisan saya yang lalu, mengenai pilihanraya. Sebagaimana saya hormati haknya untuk mengomen tulisan saya, saya juga menghargai amarahnya kepada saya. Apabila kita membangkitkan soal demokrasi, pastikan kita tahu apa maknanya demokrasi, saya tidak mahu menghuraikan definisi demokrasi kerana saya bukan pakar bahasa. Cuma saya hanya mempunyai persepsi dan pandangan saya sendiri mengenai demokrasi.

Apabila kita memperkatakan kita negara demokrasi, maknanya kita punya hak untuk kita luahkan apa yang kita rasa, sebagaimana kita hormati hak bersuara orang lain. Kita dengar, kita lihat dan kita pilih siapa yang kita suka. Sebagai contoh, masa saya sekolah dahulu, hendak pilih ketua darjah, cikgu akan menyuruh kita calonkan calon pilihan kita untuk jadi ketua darjah/tingkatan. Ada orang calon, dan ada orang sokong. Kemudian calon itu kena keluar, tutup pintu dan kita angkat tangan undi siapa yang layak jadi ketua kita dalam kelas itu. OK, itu demokrasi, dan ada juga cikgu yang lebih demokrasi, setiap jawatan dibuat undian, contohnya ketua kelas, penolong, ketua kebersihan, ketua disiplin, biro agama dan lain-lain.

Ada cikgu yang menyuruh pelajarnya calonkan beberapa banyak mana dan undi terbanyak akan jadi ketua, undi kedua terbanyak akan jadi penolong, yang selebihnya akan jadi biro-biro dalam kelas itu. Maknanya setiap yang bertanding ada jawatannya. Ok itu konsep demokrasi. Tetapi kalau kita nak paksa orang pilih siapa dia suka, cikgu itu bincang dengan pengetua, dan pengetua putuskan siapa patut jadi ketua, penolong dan sebagainya. Suka tak suka kita kena ikut apa yang telah siputuskan oleh pengetua. Apabila kita katakan kita pilih pemimpin secara demokrasi bermakna, pelajar-pelajar dalam kelas itu tadi berhak untuk dia pilih Dolah, Abu, Muthu, Ah Kaw, Minah, Kumari, Samad atau Ah Moi.

Dan kerana mak Dolah buka restoran, kita undi Dolah dengan harapan boleh dapat makan free dikedai maknya. Bapak Ah Kaw pulak buka kedai baiki basikal, kita undi dia dengan harapan bila basikal kita rosak kita boleh dapat baiki dengan percuma. Muthu hanya anak penoreh, Minah anak peon pejabat, Ah Moi anak yatim, Kumari pun anak penoreh, atau Samad anak guru mengaji Quran, mereka ini tidak ada apa-apa kepentingan, mereka hanya dicalonkan oleh rakan-rakan, dan mereka hanya pelajar biasa yang tidak ada kelebihan seperti Ah Kaw dan Abu. Tetapi sebenarnya mereka jauh lebih berketerampilan untuk jadi ketua kelas kita. Dan kawan-kawan kita yang menyokong orang lain selain Abu dan Ah Kaw kita marah-marah kita paksa mereka pilih Abu dan Ah Kaw. Adilkah?

Tetapi itu zaman kita mengundi untuk pilih ketua kelas, lepas mengundi kita masih boleh sama-sama pergi makan nasi lemak lauk sotong kat kantin, boleh beli ari sirap. Boleh kongsi bekal yang dibawa Abu, masih boleh main-main basikal dengan Ah Kaw. Boleh main biji getah yang dibawa Muthu dan Kumari. Kita kongsi mainan kita dengan Ah Moi, kita balik rumah dan masih pergi mengaji Quran dengan Mak Samad. Nampaknya masa kita budak-budak kita lagi menghargai hak kita memilih dari kita sudah dewasa. dan ya...satu lagi, masa dalam kelas dulu kita masing-masing malu dan marah-marah kalau kawan calonkan nama kita jadi ketua kelas, walau dalam hati berkata best juga jadi ketua kelas. Tetapi ada orang dewasa yang teringin sangat nak dia dicalonkan, dan kecewa yang amat bila dia tidak dicalonkan.

Bak kata pak cik dalam iklan terbaru Astro...Macam-macam ada....

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng