
2004-03-24
Berakhirlah sudah, perkara yang ditunggu 5 tahun sekali...
Banyak yang meragukan saya pada hari Ahad lepas, terutamanya prestasi SPR, teluskah mereka? Dan pagi tadi, kami makan di kantin di blok C6, berdepan dengan blok C7, iaitu blok pejabat SPR, ada kakak ni cakap, "aku tengok blok SPR ni pun dah meluat," saya cuma ketawa. Wah!! marah sungguh kakak R dengan SPR. Sehari lepas piliharaya, saya banyak menerima sms yang dihantar ramai rakan-rakan, terutama rakan-rakan di Kelantan dan Terengganu. Seperti biasa, saya memang menjangkakan media Malaysia sungguh tidak adil, kenapa tidak adil, anda nilaikan sendiri, sebagai seorang intelek dan berhemah, anda semua sendiri boleh membuat penilaian sendiri. Apa pun hakikatnya, saya rasa, kalau dengan izin Allah sesuatu perkara itu berlaku maka ia akan berlaku, seperti di Johor dimana calon BN silap isi borang, bagaimana boleh silap, sedangkan saya yakin ramai orang sudah semak borang itu, tetapi mungkin ALlah lindungkan kesilapan kecil itu, semua orang tak nampak. Maka dengan izinNya juga, calon PAS disitu menang mudah.
Calon yang saya hormati Dato' Harun Din juga tewas, mungkin Allah lebih tahu, mungkin kerana beliau orangnya bersih, ikhlas dan Allah sudah menetapkan beliau tidak perlu jadi ahli politik, beliau lebih diperlukan untuk berdakwah. Begitu jua Dato' Pirdaus, mungkin Allah Taala tidak izinkan dua tokoh besar agama ini berpolitik. Tuan Guru Nik Aziz, masih diperlukan di Kelantan, semua kuasa Allah Taala. Pada malam pengumuman keputusan pilihanraya, saya berjaga sampai lewat malam, semata-mata hendak menantikan keputusan di Tambun Tulang, dan keputusannya?? ermmm...
Banyak perkara yang menyebabkan amarah anak muda malahan orang tua juga, kerana kami berada di kampung darling pada malam itu, aku lihat ayah (bapa mertuaku) amat emosi sekali, Ayah amat tidak berpuas hati. Anak-anak muda, (anak-anak buah darling dan rakan-rakan mereka) datang berkumpul semua menyuarakan kemarahan mereka. Satu semangat yang saya kagum dengan anak-anak muda ini, mereka belum layak mengundi, tetapi mereka berkempen, menggantung poster hingga lewat pagi, mereka tidak menerima upah lumayan seperti upah berkempen dan menggantung poster parti politik yang kaya raya. Mereka dapat makan minum yang disediakan oleh muslimah secara bergotong royong.
Mereka hanya makan nasi putih, sambal belacan, ikan kering, gulai dan ulam-ulam sahaja, tidak nasi briyani, bukan nasi tomato tetapi mereka berhujan menurunkan poster, menggantung poster, dan saya kagum mereka jua sudah pandai membuat penilaian sendiri. Syabas anak muda begini!! Semangat anak muda dari parti lain juga begitu, mereka bersemangat dan berkerjasama, tetapi yang membezakannya ialah upah yang mereka terima. Namun saya kagum kesemua mereka, termasuk kaum Puteri-puteri berbaju putih berkain dan tudung pink. Mereka bersemangat, mereka kata berjuang untuk bangsa Melayu. Ermmmm....Baiknya mereka...
Tamat cerita pilihanraya...
BULI
Saya peminat Ako Mustapha, saya juga peminat Adflin Shauki, Najmi nyaris diberi nama Afdlin Najmi, cuma bila Najmi lahir pada hari raya haji, saya namakan dia Adha Najmi. :-)
Sejak 11 Mac, iaitu hari pertama tayangan filem Buli, saya begitu-gitu semangat hendak menonton filem buli. Semalam saya bercuti saya ajak Kak Ayu menonton filem buli, dia setuju sahaja, kerana kami wanita, dan hari selasa, atau orang kampung saya kata Tuesday, TGV cuma jual tiket dengan harga 6 ringgit sahaja. Kami menonton filem Buli dengan suka ria, kami ketawa dari mula, sampai dah masuk dalam kereta kami masih ketawa terutama dialog, akhir, Afdlin mengatakan kawannya sudah melangsungkan perkahwinan dengan meriah dan bersanding di dasar laut, sampai ke hari ini mereka belum timbul lagi dari laut. (lebih kuranglah ayatnya begitu) kami sungguh gembira.
Kak Ayu kata, dia nak beli CD pulak tak puas ketawa dalam panggung. (Kak Ayu tipikal wanita happy go lucky, kalau ketawa dia ketawa sepuas hati) Aku memang suka sangat dengan cerita ini, bersahaja lakonan para pelakonnya. Afdlin Shauki memang best!!! Apabila melihat Afdlin Shauki tidak berbaju, saya teringatkan room mate saya, ermm sama jer ukur lilit pinggang dan perut mereka, cute!! :-)pipi yang tembam macam darling, he..he.. Buli memang memuaskan hati saya, tidak ada aksi gelak macam kuda, tidak ada aksi terjerit-jerit, tidak ada aksi nyanyi keliling pokok, tidak ada aksi gatai merenyam, kalau ada pun bila Dr. Ika kata Nordin cute depan hospital, dan Nordin bagitau Syaf, "dia kata aku cute," dengan muka sedikit miang.
Paling best juga part, AC Mizal, yang samseng berparut, macam gengstar nyanyi karaoke lagu Kau Kunci Cintaku, Ramlah Ram...nyanyi penuh perasaan, sampai leleh air mata. Gamat panggung, aku rasa majoriti yang menonton di TGV The Mines adalah pelajar UPM. dan mereka menjerit..steady lah Ramlah Ram...ha..ha..
Saya gerenti anda tidak menyesal....tontonlah...
« LAMA
::
BARU »