
2004-03-18
I'm back !!
Saya sudah kembali bertugas di Putrajaya. Seronok tidak perlu drive jauh-jauh setiap hari...home sweet home..
Pilihanraya...
Benarkah Malaysia demokrasi??? Saya bukan pro pembangkang, juga bukan ahli UMNO, saya hanyalah seorang kakitangan awam. Pak Lah kata kerja untuk rakyat, jadi saya kerja untuk rakyat, dan saya kerja untuk kerajaan, kalau BN menang lagi kali ini saya kerja utk kerajaan BN kalau BN kalah, saya kerjalah dengan kerajaan yang lain, tapi saya rasa mungkin tidak, tetapi tidak mustahil akan berlaku. Semua kuasa Allah. Pilihanraya kali ini menyaksikan kehadiran tokoh yang saya hormati dan minati, iaitu Dato' harun Din.
Kawan-kawan di INFO96, yahoogroups kami, bukan main rancak, masing-masing menegakkan pendapat masing-masing, ya, kalau berdebat begitu, banyak benda kita tahu, perdebatan yang sihat, bukan untuk bermusuh.
Demokrasi?
Demokrasikah Malaysia? Saya tengok pembangkang tidak ada peluang berkempen dia media, dan media sendiri tidak ada ruang untuk pembangkang. Kita tidak berhak bersuara sebenarnya, itu satu perkara yang saya tidak puas hati dari dulu-dulu dan saya rasa perkara ini juga yang menaikkan amarah anak muda sekarang, tetapi anak muda sekarang bijak-bijak dan celik IT, meraka dapatkan maklumat dari sumber lain.
Saya tidak mahu menulis panjang mengenai politik kerana ia perkara yang amat sensitif.
Semalam kami dipejabat menerima kunjungan Datuk Tengku Adnan, calon BN untuk parlimen Putrajaya. Tempat saya adalah tempat pertama yang dia kunjungi. Begitu juga kata teman-teman yang tinggal di rumah apartment, Wanita UMNO, Puteri UMNO sibuk berkempen sekarang. Tetapi mereka tidak pulak datang ke rumah-rumah teres, iaitu ke rumah-rumah kami.
Meriah...
Di markas BN di Putrajaya ini meriah dengan bendera, orang-orangnya tak ramai, di markas BA di sini meriah dengan orang kurnag meriah bendera, ramai orang di sana. kawan saya kata, orang BN buat kerja, pergi gantung poster, pergi merayu undi. Ermmm entahlah, malas nak komen.
OK tamat di sini sebab kepala saya pusing-pusing macam roller coaster...
« LAMA
::
BARU »