2004-03-01

Yes..I am on TV1

Semalam saya berniaga di Pekan Sehari Putrajaya, berniaga suka-suka, saya jual bunga tali jut dan jambangan bunga yang digubah salam bakul, saya punya hobi menggubah bunga, jadi darling cadangkan saya jadikan hobi saya sebagai side income. Di Putrajaya sebulan sekali diadakan pekan sehari, iaitu pada hari Ahad terakhir setiap bulan. Bulan lepas, saya pergi ke Pekan dengan adik ipar dan darling, saya dan adik ipar suka-suka isi borang memohon tapak, kerana sewa tapaknya free dan meja serta dikerusi dibekalkan oleh Perbadanan Putrajaya.

Minggu lepas saya call dan mereka kata kami dapat dua tapak, satu tapak saya dan satu adik ipar saya. Adik ipar saya jual kek dan asam keping yang dibuat sendiri oleh mak mertua kesayangan saya. Alhamdulillah keknya habis dijual dan asam keping juga dapat dijual 14 paket, bunga-bunga saya juga banyak dijual, masih ada lagi baki bunag tali jut dan jambangan bunga bakul yang digubah, tetapi bunga-bunga sudah ada kawan-kawan cyber dan kawan-kawan INFO96 (my batch kat UiTM) yang order, dan saya akan hantarkan ke rumah mereka minggu ini. Semalam juga saya dapat tawaran dari satu pemilik butik untuk saya buatkan bunga-bunga dia akan ambil utk dia jual di butiknya. Wow!!! itu namanya rezeki...

Oh Ya lupa...saya nak cerita mengenai insiden saya di interview oleh pemberita Berita RTM, mula-mula saya tengok mereka interview beberapa peniaga, kemudian mereka menuju ke gerai saya dan jurukamera sukakan gerai saya katanya cantik dan saya seorang sahaja penjual bunga di situ dan wartawan itu kata dia nak interview saya. Mulanya saya tidak tahu meraka dari RTM, saya sangkakan mereka hanya orang Perbadanan yang membuat rakaman utk simpanan mereka, lepas ditemuramah, baru saya tanya ini untuk rancangan apa, baru wartawan tu cakap, untuk Berita RTM, saya terkejut dan tanya, "eh! ni masuk tv ker, malunya," wartawan tu kata, nanti penerbit yang akan pilih shoot mana yang dia suka, tak semestinya semua yang diinterview masuk, lega sikit.

Tetapi!!! pada pukul 3.15, Ajid a.k.a Yazid, hantar sms bagitau aku sudah glamer masuk Berita pukul 3, aku terkejut dan tergelak sakan. Petang itu kami tunggu berita rtm, dan ada sedikit gambar adik ipar saya tengah menjual kek. Dan saya sibuk sms kawan-kawan suruh tengok berita pukul 8, dan ha..ha...mereka tunjukkan interview saya. Saya gelak, dan Najmi jerit-jerit...eh macam mama..mama...eh..ehh mama lah....kemudian saya terima sms bertalu-telu menyakat saya. Dan saya tak sangka Kak Su (rasanubari) pun ada menonton Berita RTM itu, dan Kak Su ada juga menghantar mesej. Ada juga beberapa rakan yang berminat dan order bunga, wahhh best jugak, dan hari ni seperti biasa saya masih lagi bertraining kat Shah Alam, dan mereka di pejabat di sini menegur saya, mengenai perkara itu, dan mereka kata kenapa tak cakap kau jual bunga, boleh order, dan esok mereka suruh saya bawak bunga-bunga itu untuk mereka tengok dan beli.

Mak saya kata dia doakan semoga saya berjaya, Insya-Allah mak..

Dan ada juga seorang perempuan semalam nak tempah satu set bunga untuk bilik pengantin anak lelakinya yang akan berkahwin bulan 6 nanti, katanya nak bunga pintuk, bunga kepala katil bunga meja, Insya-Allah. Kalau panjang umur dapat saya siapkan nanti. Sepupu suami juga sudah menempah beberap set bunga untuk bilik pengantin anaknya yang akan berkahwin pada bulan 4 nanti, warna pink dan cream.

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng