
2004-02-12
Langkawi..
Aku sudah sampai Langkawi..yea...yea...doktor Max, tidak boleh gelakkan aku lagi sebab aku sudah sampai Langkawi, tetapi doktor boleh gelakkan aku sebab kami sudah sesat di Alor Setar. Ermmm gara-gara kami semua menunjukkan Najmi keretapi mel yang merentasi sawah bendang, sedar-sedar sudah terlepas sign board untuk susur keluar ke Kuala Kedah dan kami terpaksa keluar ikut mana tah, sesat dan sesat, call Pak Long, (ayahanda Mat Jan dan doktor Max) Nasib baik Pak Long bagi arahan iktu sini, ikut situ..mujur tidak sesat sampai Hatyai..he..he..
8/2/2004- Sampai di Kuala Kedah, ayah CIkgu Midad sudah menanti kami, terharu kerana ayah CIkgu Midad tunggu kereta kami di depan masjid India di Pekan Kuala Kedah, bila dia nampak kereta kami dia melambai-lambai, dia siap pegang kertas yang tertulis nombor kereta kami. Sungguh terharu, Terima Kasih buat Ayah CIkgu Midad. Dengan sedikit panduan yang diberikan oleh Ayah cikgu kami berjalan ke Jeti dan membeli tiket feri ke Langkawi jam 10.00 pagi. Najmi sungguh seronok menaiki feri ke Langkawi dan mulut tidak henti-henti bercakap, cuma bila sampai ditengah-tengah lautan dia diam, dan agaknya mabuk laut, dia berbaring diriba Mak Tok.
Sampai di sana, kami mencari kereta sewa, seperti yang di cadangkan oleh agen di Jeti di Kuala Kedah tadi, kami dapat kereta Iswara, dengan harga RM50.00 untuk dua hari 1 malam. ermm aku kira murah jugaklah. Selepas mendapat kereta, kami tanyakan arah ke City Bayview, kata brader sewa kereta itu, "abang jalan terus, sampai jumpa hotel tu belah kanan, selagi tak nampak jangan belok mana, tak jauh dalam 2-3 kilometer jer. Dah jumpa hotelnya, kami tidak terus check in, kami pergi isi minyak dan pergi makan dahulu. Kemudian baru check in. Wow!! bilik duluxe yang kami dapat itu memang selesa, dengan dua katil queen, bilik air bersih, tv ada astro, bilik mengadap laut, sungguh cantik pemandangannya. Dengan 2 complimentery breakfast dan 2 welcome drinks. Dengan hanya harga RM118.00 semalam. AKu cukup puas hati, kalau tidak kerana offer sempena ulang tahun hotel itu, aku tidak mampu duduk bilik duluxe itu, kerana harganya RM330.00++.
Darling pun puas hati, cuma kata darling next time dia nak duduk kat chalet, yang betul-betul tepi pantai. Nak lepak tepi pantai malam-malam. Insya-Allah kami akan kembali.
Esoknya 9/2/2004, selepas sarapan, kami ke Sekolah Menengah Teknik untuk pendaftaran adik aku, selesai semua urusan pendaftaran, kami balik ke hotel dan check out, kemudian ke jeti, pulangkan kereta, jalan-jalan situ dan beli tiket balik ke Kuala Kedah. Kami sampai Kuala Kedah sudah jam 5.30 lebih kurang, tak sempat singgah rumah Cikgu Midad, rumah Pak Long, sebab kami belum solat asar or even Zuhur, kerana sudah niat Jamak masa masa waktu Zohor tadi. Cuma singgah makan Laksa Teluk Kechai istemewa di makan bersama sambal kelapa, dengan bantuan dan tunjuk jalan dari Cikgu Midad, kami menjamu selera di Gerai Laksa Zakaria. ermmm memang sedap dan special. Kemudian kami singgah di masjid berdekatan, utk solat Asar dan Zohor berjamak. Bergerak keluar dari ALor Setar lebih kurang lagi 15 minit ke pukul 7. Sampai Sungai Petani jam 8.00 malam kami singgah di Tesco Sungai Petani yang baru di buka.
Malamnya penat gila...terus semua orang tidur selepas jam 11.00 malam.
Sesekali keluar dari pejabat sukanya hati.....
« LAMA
::
BARU »