2004-02-05

Saya yang sungguh boring..

Saya sungguh boring hari ini...

Saya tak ada mood nak buat kerja...

Lepas lunch terus saya mati semangat nak buat kerja...

Saya cari info mengenai langkawi di internet, ya saya orang Kedah, tapi saya tidak pernah sampai Langkawi. Saya telefon seorang doktor yang pernah jadi bidan di Langkawi itu, (ermm doktor itu juga punya jurnal cap epal yang sudah di tutup) doktor itu gelakkan saya..katanya buat malu jadi orang kedah tapi tak pernah di Langkawi. Dia juga gelakkan saya bila saya cerita saya tidak tahu juga walau nak ke Kuala Kedah. Tapi doktor tu baik..dia offer saya singgah rumah dia, nanti dia tolong tunjuk jalan nak pi Kuala Kedah. Saya juga call Cikgu Midad, Cikgu Midad pun baik, ajak singgah rumah di Kuala Kedah.Doktor dan cikgu bagi maklumat yang saya perlukan. Terima kasih Cikgu ! Terima kasih juga doktor!

Ermm baik-baik kawan cyber saya. Sedara mara??? Ermmm...ntahler no komen!! bukan tak ada sedara di Langkawi, tapi macam tak ada. Kita ni kalau dengar sedara mara nak dtg KL sibuk offer duduk rumah kita, depa pulak, offer boleh tolong tunjuk hotel murah, sewa kereta murah. Tak perlah susah-susah kami mampu lagi dok hotel, walau tenyeh kad plastik jer. Kami pun bukan nak sangat duduk rumah mereka, tapi sekurang-kurangnya bermanis kata, offerlah bermalam di rumah. Mak pun dah cakap awal-awal kita duduk hotel saja, hotel murah pun tak apa. Saya check kat internet ada satu hotel 4 * tengah offer sempena anniversary hotelnya, so bilik duluxe, yg biasa harga 300++ dioffer hanya 110 semalam + service charge + 2 breakfast.

Sudah bincang dengan darling, sudah telefon hotel booking. Darling kata ok, biar mak merasa duduk hotel begitu. Bukan selalu, biar mak selesa, biar mak suka, biar adik suka. Biar Najmi suka. Biar mak puas hati, biar mak rasa dihargai. Semalam telefon adik, pesan duit belanja yang darling bank in tu guna betul-betul, beli mana yang perlu, lebih setengah gaji saya tu...tapi tak apa, biar dia rasa senang hati, tidak gusar soal duit. Terima kasih darling, atas kesudian itu. Allah sahaja mampu membalas jasa itu. Darling kata, perit sangat bulan ini, tapi tak apa duit kita habis utk keluarga bukan berpoya-poya. Nanti Allah balas lagi banyak katanya. Aminnn..

Tapi masih mencari map langkawi yang lengkap tidak dapat berjumpa asyik benda yang sama, dan tidak detail sangat. Dan Oh!ya, saya ada lagi kawan cyber kerja buat-buat peta...he..he..masih ingatkan kalian kepada dia yang kerja buat peta itu?? Yang suatu ketika jurnal cap semutnya sungguh popular itu, dan iya...dia sudi memberikan apa yang dihajatkan dihati. Cayalah...Idup Aquilaria...

Itulah untungnya reti guna internet, boleh dapat banyak kawan cyber, yang pasti sudi membantu bila perlu. Ada Cikgu, ada Doktor, ada pensyarah, ada engineer, ada kerani, ada designer, ada loyer (erkk itu webmaster saya..) dan ada semua-semua...semua-semua pun baik suka menolong...terima kasih semua!!

Siapa pembaca jurnal ini yang tinggal di Langkawi? tidak sudikah menjadi pemandu pelancong kami???

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng