
2004-02-06
Terima Kasih...
Rakyat Malaysia kurang ucapan terima kasih. Sungguh susah hendak hendak ucapkan terima kasih. Mahal sungguh dua perkataan itu hendak keluar dari mulut org kita. Tak tahu kenapa..
Sebagai contoh pagi tadi, saya hendak pergi beli kudap-kudapan buat minum pagi. Adalah dalam 4-5 orang sedang menanti depan lif termasuklah saya. Bila lif terbuka untuk naik ke tingkat atas, kami semua masuk. Dan tiba-tiba nampak seorang perempuan berlari-lari anak hendak mengejar lif yang baru hendak menutup pintunya itu. Dan saya nampak situasi itu, saya tekan butang untuk membuka pintu dan adalah dalam 4-5 saat tunggu perempuan itu berlari-lari anak menuju ke lif, kemudian dia masuk selamba, tak pandang pun muka saya. Kalau sayalah...saya bilang kalau..kalau saya (tiru ayat Mat Jan he..he..) Kalau saya dalam situasi perempuan itu, saya rasa terharu dan ucapkan terima kasih atas kesudian dia menanti saya dan tolong bukakan pintu lifnya. Saya tak suka orang sombong begitu.
Sepi Angin Ke Kota London
Atas permintaan ramai esok, Sabtu 7/2/2004, TV1 akan mengulang tayang drama Sepi Angin Ke Kota London yang amat-amat saya suka. Tetapi malangnya esok kerja dan saya tidak dapat menonton kerana siaran ulangannya pagi, tak pasti pukul berapa. Kenapalah dia tak ulang tayang petang ker malam ker, macam tak ikhlas sahaja nak ulang tayang :) Kepada sesiapa yang tidak dapat menonton boleh tonton cerita yang best, saya harap Yusof Haslam dan Prof. Madya Razak Mohaiden menontonnya dan saya berharap mereka boleh menghasilkan karya sebaik ini selepas ini.
Debat
Semalam berdebat dengan darling, darling kata saya suka komplen bila tengok drama/filem yang hampeh, tapi apa tindakan yang saya buat? Apa sumbangan saya supaya keadaan itu diperbetulkan. Saya cakap saya rasa diperbodohkan oleh Usop Selam bila terpaksa menonton Gelak Khas semalam, (sebab Najmi peminat no. 1 sarjan misai dan saya terpaksa tercongok juga depan tv kerana aktiviti melipat kain baju yang bertimbun). Asyik-asyik bercakap depan balai bolis, tempat parking, bosan tau tak..bosan, asyik cakap pesanan KPN. Dan isshh tak tersenarai jelaknya saya. Lupakan skrip macam buku teks bahasa melayu tu,saya rasa Ketua Pengarah DBP pun tak cakap bahasa buku begitu di rumah dia. Meluat!!
Kemudian perdebatan itu melarat isu halal dan haram, soal kerja, riba dll. Kata darling dulu ada seorang kawannya kata kerja bank ni tak halal sebab dapat gaji hasil riba. Kawan darling itu kerja gomen. Darling bertekak, katanya kalau kerja kerajaan sekalipun belum tentu dapat gaji halal. sama sahaja kerja di mana pun. Sebagai contoh katanya, gaji kakitangan kerajaan adalah dari hasil duit kutipan cukai yang pelbagai. Termasuklah, cukai hiburan berjuta-juta setahun dari genting. Kilang arak, tempat judi dan kata darling even rumah urut tempat pelacuran itu pun kena cukai. Katanya tahukah kawan nya itu, dari mana duit yang bayar gaji dia itu? Terdiam kawannya itu, saya terfikir betul jugak kan?? Sama macam saya dulu, ya memang saya kerja cari rezeki yang halal, bertugas mentadbir perpustakaan dia sebuah kolej muzik terkemuka di KL or even di Malaysia kerana itulah satu-satu Kolej yang mengajar muzik. Dan pendapat kompeni ialah hasil dari yuran pelajar yang bayar duit untuk bermain alat muzik, nyanyi-nyanyi hiburkan hati orang, hati sendiri. saya rasa macam bersubahat, beri nota muzik, beri buku muzik, beli buku-buku muzik dan beri maklumat mengenai muzik dan industri hiburan.
Semasa di situ saya tidak tenteram bekerja. Sehinggalah dapat kerja gomen. Sebenarnya dalam hidup ini tidak ada yang sempurna semuanya ada cacat celanya. Yang sempurna hanya Allah. sama macam penyanyi, kata mereka menyanyi mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga? Macam mana tu? Saya sendiri tidak pasti. Mungkin ya, pendapatnya bersih sebab bukan mencuri, tetapi!!! ntah, tidak berani menulis mengenai isu halal dan haram sebab tidak cukup ilmu untuk menyokong hujah.
Tetapi sungguh iya, saya terfikir seperti kata darling, kerja kerajaan pun belum tentu juga sumber pendapatannya. Mungkin juga gaji yang diterima hasil dari kedai judi dan arak dari genting sana, dari kilang arak di PJ sana ker. Or dari cukai rumah urut di Chow Kit tu ker?? Cuma yang pasti saya terima gaji dari hasil kerja yang saya buat di sini setiap hari.
Sesungguhnya hidup ini benar kata pujangga, hidup ini penuh noda. Cuma antara kita sedar atau tidak sahaja. Dan semoga semua semua dari kita beroleh rezeki yang mendapat berkat dariNya. Selebihnya tawakal dan redha sahaja.
« LAMA
::
BARU »