2004-02-04

Sirih pulang ke gagang...

Kami sekeluarga tidak bercadang untuk pulang ke kampung untuk hari raya haji, samaada rumah abah atau rumah ayah. (abah is my father, ayah is my father in law..) kerana minggu depan 9/2, kami akan balik ke kedah untuk menghantar adik bongsu aku ke Sek. Men. Teknik Langkawi, (form 4). Untuk menjimatkan belanja kami bercadang sekaligus balik minggu depan, rumah abah dan rumah ayah.

Cerita begini...

Lepas kerja hari sabtu hari tu, darling singgah ke Cheras, kat rumah kami menyewa dulu sebab hendak bayarkan duit insurans Najmi dan babah untuk bulan ini. Darling sudah beritahu, so oleh kerana lambat hendak menantikan darling balik, aku kutip semua kain baju, masuk mesin dan mesin itu pun menjalankan kerja-kerja seperti yang sudah diprogram fungsi sebuah mesin basuh iaitu memutar-mutar kain, membilas, dan mengeringkan. Selesai semua aku siap jemurkan kain-kain itu, pukul 3.00 lebih kurang darling balik, lepas darling makan, kami lepak-lepak depan tv, seolah-olah esok macam tak raya, kalau di rumah ayah atau abah, mak-mak kami emsti sibuk buat ketupat, lemang, rendang dan sebagainya, tapi kat rumah kami??

Kami masih dok layan astro channel sport lagi...memang macam tak raya, tapi aku cakap ngan darling kena beli juga sesuatu untuk dimasak, mana tau kot-kot jiran datang menziarah, darling kata, lepas sembahyang raya terus kita pergi berjalan rumah sedara-mara kami di sekitar lembah kelang ni. Tapi cakap nak jugak masak, so darling kata, ok, lepas asar karang kita pergi TESCO beli barang masak bihun sup. Aku kata ok. Kemudian, dalam lebih kurang pukul 4.00 aku keluar untuk kutip kain baju yang sudah kering, dan aku bau rendang yang sangat-sangat sinonim dengan hari raya. Masuk rumah aku cakap kat darling, "orang sebelah masak rendang, kita lepak tengok tv, macam tak raya," dan darling bukak pintu dan dia pun tercium bau rendang, terus, dia kata tak boleh jadi, kemas baju kita balik sekarang. Aku serba salah, aku cakap tak payahlah sebab minggu depan nak balik RM kita pun cukup-cukup jer ni...darling cakap, duit ringgit boleh cari, mak bapak mana nak cari, raya kat KL tak ada mak ayah kita...

Hanya kerana rendang jiran sebelah rumah maka kami jadi sireh, dan kami pun pulang ke gagang..(tak pasti kenapa mesti pulang ke gagang..sireh ada gagang ker?) Kami bertolak lepas maghrib, ke Kuale Kangsor. Singgah di Tapah, mamam mee goreng, sampai kat rumah mak sudah hampir pukul 1 pagi, esoknya pula, bekalan air terputus, ampeh!! raya-raya air tak der, so kaum wanita kena utamakan kaum lelaki yang hendak pergi solat sunat aidil adha. Air yang ada, simpan untuk basuh pinggan mangkuk, dan air dalam kolah simpan utk darurat (sakit perut), Makanya lepas kami masak-masak, bertemankan beberapa anak sedara hubby yang sudah tahap teruna gagah perkasa, kami beramai-ramai kaum-kaum ibu dan anak-anak dara berjalan kaki meredah belukar dan denai untuk mandi sungai.

Wow!! dihari raya kami mandi sungai. Air sejuk gilerr!! kami bermandi manda dengan seronoknya, aku siap kutip batu-batu sungai untuk diletakkan di taman mini rumah kami. Memang sejuk air, maklumlah malam sebelumnya hujan, so air dari gunung sejuk dan deras. Lepas mandi sungai, kami balik rumah dan diberitahu air dan ada, chisss!! sabo jer lah, tapi tak per dapat mandi sungai. Sejak kahwin aku tak payah sibuk nak pergi berkelah dan mandi-mandi sungai, sebab belakang rumah darling ada sungai yang sangat best, boleh mandi sambil buka tudung sebab confirm tak ada orang.

Lepas penat mandi, kami semua pakat tidur, dan bangun semula dalam pukul 4.30, lepas solat semua orang makan tengahari (woww jam 4.30 makan tengahari) langsung tidak aktiviti beraya pun. Cuma sebelah malamnya kami berkonvoi ke rumah Pak Teh dan mamam nasi jagung dan laksa yang ada ummmphh!!

Begitulah ceritanya hari raya kami. Dan sibuk mandi sungai, mama lupa hari raya haji, ikut kalendar islam, ialah hari lahir Najmi, iaitu 10 zulhijjah. Kalau tahun lepas, kami siap beli kek dan raikan birthday Najmi siap dengan buat satay daging korban lagi kat rumah Mak Ngah di Penaga. Tahun ni mama very the lupa...Sorry Mior Adha Najmi.

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng