
2004-01-30
Nak beli jam..
Sudah dua hari anak mama mengamuk minta dibelikan jam tangan
Mungkin ditaskanya ada yang memakai jam tangan, ermmm baru nak masuk 3 tahun sudah pandai merengek minta dibelikan jam, dua tiga bulan lepas, asyik nak jadi polis, jenuh diminta belikan pakaian macam sarjan misai, beli seluar poket tepi, beli topi, beli jaket denim, pistol ada dua, diselit celah-celah poket seluar, yang belah tepi tu.
Semalam bangun dari tidur, mula merengek minta jam, mama tunjuk jam kat dinding, marah dia, katanya bukan jam itu, dia nakkan jam yang kat sini. (sambil dia tunjukkan pergelangan tangan dia) mama kata, mama sendiri pun tak ada jam, camner nak belikan Najmi jam, dia jawab, babah belilah..(sebab babahnya ada jam tangan) menangis-nangis dalam kereta nakkan jam tangan.
Sampai opis, dalam pukul 9 lebih mama call babah bagitau yang anak terunanya nakkan jam tangan, mama ajak pergi pasar malam bangi petang semalam hendak belikan jam, tetapi malangnya petang semalam hujan, tidak dapat pergi pasar malam. Marah si kecil tu, kerana lepas ambil dari taska mama sudah berjanji hendakkan pergi pasar malam dengan babah.
Bila babah balik dia terkam ingatkan rindu babah, rupanya dia nakkan jam tangan babah. Malamnya dia merengek lagi minta dibelikan jam bila ditanya nak jam macam mana, katanya nak jam biru, minta ditunjukkan biru macam mana, dia tunjukkan warna bunga kain alas meja mama yang warna kuning…Hishhh haru budak Najmi ni…Last-last tertidur bersama jam babahnya, kesian pulak…tunggulah nanti weekend nak pergi belikan jam kartun-kartun kesian pulak.
Aku suka puisi ini yang disiarkan dalam Utusan Malaysia minggu lepas, tersentuh hati…dan aku letak puisi itu di sini, terima kasih kepada penulis puisi yang menjalankan tanggungjawab sosialnya, dan pengarang kerana sudi menyiarkan puisi ringkas dan menarik ini…
Sebuah puisi buat Nurul, Haserawati...
BETAPA sedih hatiku melihat wajahmu,
Di usia yang muda, engkau diseksa begitu,
Aku cuma mampu menangis,
Aku tidak sanggup melihat,
Aku tidak mahu membaca,
Aku tidak lagi mahu mendengar.
Tolonglah,
Tuhan kami,
Kenapa masih wujud manusia seperti itu?
Di muka bumi ini.
Kenapa mereka masih hidup?
Kenapa mereka tidak diseksa?
Seperti yang mereka lakukan kepada Nurul Huda.
Tolonglah,
Ketua kami,
Lakukan sesuatu untuk anak-anak kami,
Berilah mereka peluang untuk hidup gembira,
Ketatkan undang-undang demi Nurul Huda,
Demi Harirawati, demi Nur Shawani,
Demi Nur Shuhada dan Farah Deeba.
Dan tidak kami lupa demi Nurul Hanis dan Melissa.
Kenapakah berlakunya jenayah begini?
Di bumi yang mulia ini?
Kemana perginya nilai murni? Melayu Jati?
Mestikah ada rancangan seperti di TV?
Adakah kita tonjolkan untuk teladan?
Atau adakah ia menjadi ikutan?
Bagi yang berjiwa syaitan!
Ya, Allah,
Ya Tuhan kami,
Masih ramai lagikah kami di muka bumi ini,
Yang berjiwa murni?
Berilah pelindung kepada anak-anak kami yang kami kasihi.
Untuk hidup aman, gembira di bumi Mu ini,
Masukkanlah mereka-mereka yang teraniaya itu ke dalam syurga-Mu,
Yang sudah pasti.
Amin.
- NSIF, Nibong Tebal.
« LAMA
::
BARU »