
2004-01-26
Motornya lawe tapi????
Hari Rabu lepas, sebelum bermulanya cuti raya cina selama 4 hari, selepas ambil Najmi di taska, aku bawa Najmi pergi pasar, belikan dia sedikir jajan, dan kemudian membawa dia naik tingkat atas pasar Presint 8 untuk acara menggunting rambut. Sudah panjang rambut anak mama, tidak hensem berambut panjang tegak-tegak begitu. Nak tunggu babah?? ermmm busy manjang suamiku seorang itu...dan Najmi sungguh baik sekali, tidak menangis bila rambutnya ditrim oleh brader tu, malah boleh gelak-gelak jerit..mama, rambut jemi dah botak...
Dalam perjalanan balik dari kedai gunting, aku memandu perlahan-lahan sebab saja nak bawa Najmi bersiar-siar, tiba-tiba lalu sebuah motosikal harley davidson yang ditunggang agak laju, yang ku kira memang cantik dan bergaya, sungguh menawan. Aku kagum dan tak sabar nak tengok penunggang yang ku kira mesti juga kacak bergaya...tapi motor itu sudah jauh kehadapan, tak apalah, tidak lama kemudian aku berhenti di lampu isyarat dia satu simpang, dan ermmm aku betul-betul disebelah mamat penunggang motor itu, dan alangkah aku terasa tak bestnya, kerana, motor canggih manggih, tapi dia hanya pakai helmet yang amat cikai sekali. Dan sekali gus menamatkan kekaguman aku sebentar tadi, dan terasa, alangkah tak bestnya dia bulih pakai helmet putih yang sudah kekuningan sebenarnya dan sudah uzur benar, ermmm aku macam nak gelak, jahatnya aku...
Tak payah beli lagi..
Selalunya kalau kami sekeluarga pergi pasar malam, pergi shopping, babah mesti pesan dengan Najmi, "Najmi nanti sampai sana, jangan nak beli mainan, dah banyak mainan kat rumah, buat apa beli, main jer yang ada kat rumah", dan Najmi cakap OK!! dan...
Minggu lepas, masa Mak Tok datang rumah, aku bawak mak round-round Putrajaya, babah tidak pergi sebab kepalanya berdenyut dan dia tidur sekejap. Sebelum balik rumah aku aku pergi kedai kedai deret-deret flat hijau untuk beli surat khabar, Najmi merengek-rengek, cakap tak payah pergi kedai mama....aku cakap kejap mama nak belikan surat khabar untuk babah, babah pesan suruh beli surat khabar...dan Najmi marah dan cakap...
"Tak yah lah beli surat khabar, buat apa beli, kat rumah kat dah banyak...baca je, kat bilik tu banyak cam ni..(sambil depakan tangannya besar-besar)" mak tok gelak sampai tersedak-sedak, dan Najmi masih tak puas hati, dia merungut-rungut, seolah-olah kenapa dia tak boleh beli mainan, dengan alasan kat rumah dah banyak, tapi babah boleh beli surat khabar sedangkan kat rumah dah banyak, sampai dalam stor pun ada surat khabar (surat khabar lama)
Bila sampai di rumah sebelum, aku cakap surat khabar dalam kereta tapi dia marah, dia kata..."biar jemi bawa," aku tak kisah, dan dia pun bawa, rupanya member masih marah, dan bawa surat khabar kasi babah yang tengah tengok tv, dan cakap, "nah, baca..baca..baca ni, amboii beli banyak," dan dia masuk bilik dan protes, terpaksa mama terangkan kepada babah kenapa dia marah begitu, babah gelakkan perangai dia, dan masuk bilik pujuk dia, terangkan kenapa beli surat khabar lagi, sebab cerita dalam surat khabar tak sama setiap hari, dan kenapa babah tak mahu belikan banyak mainan, dan janji tak beli mainan tapi nanti babah belikan seluar poket.
Ermmm...Najmi, Najmi...anak mama seorang...
Mama sudah ada taman bunga kat tepi porch kereta. Najmi pun sibuk tolong mama buatkan taman mini itu, mama pergi beli pokok-pokok untuk taman itu, dia sibuk tunjuk pokok itu ini, untuk mama beli, mama sibuk tanam pokok dia pun sibuk sama, mama sudah ada taman mini dan sudah ada pagar comel menghiasi keliling taman mama. Nanti mama nak pergi Nilai 3 lagi dan beli air terjun dari pasu-pasu yang cantik-cantik itu, dan babah cakap rumah sudah macam taman bunga, luar pokok, dalam penuh bunga, maklumlah mama bisnes jual bunga, bunga tali jut, bunga siap gubah. dapatlah 70-80 ringgit, jadilah, kalau duduk saja-saja siapa nak kasi kita 70 ringgit, baik mama buatkan gubahan bunga untuk di jual, dan biasanya member office banyak menempah.
sampai sini...
« LAMA
::
BARU »