
2004-01-20
Get Together
Aku bersempatan berkumpul dengan ahli-ahli geng jurnal yang lain pada 17 Januari yang lalu. Darling dengan rela hati sudi menghantar dan mengambil aku dan Najmi walau sedikit terlewat masa nak balik sebab dia terkandas dalam jam kat sungai besi.
Kalau nak dibandingkan dengan first gathering, di KLCC (kali kedua tak sempat pergi sebab sama date mertua buat kenduri) aku rasa the first punya lagi best, sebab even aku masih baru masa tu, (tahun 2001) tapi perjalanan majlis menyeronokkan, tidak ada ajk khas masa tu, just suka-suka, makanan hanya mee goreng yang ditempah dengan kak norma (jiran aku dulu) tapi happy, dapat makan kek lapis Fajar, kek cekelat Cik Daun dan lain-lain menu. memang seronok sebab santai.
Dalam apa jua majlis aku suka yang santai, yang boleh lepak-lepak. Majlis di Restoran Nelayan seronok cuma bagi aku ukhwah tidak 100% terjalin. Tak der essi ice breaking macam tok rimau buat tahun 2001. Tapi aku puji kepada AJK yang cuba untuk memuaskan hati semua orang, mungkin kesilapan tidak meminta PA system semasa booking boleh kita jadikan pengajaran kepada AJK baru yang akan menganjurkan majlis pada gathering akan datang.
Aku jua mungkin dilabelkan sebagai orang lama yang agak sombong kerana tidak banyak bangun berjalan dan bertegur sapa dengan yang lain. Bukan apa satu alasannya ialah aku bawa Najmi, dia tak mau berjalan, dia nak duduk tepi pagar kat tasik tepi meja makan tu..Lagi pulak dia tak nak berenggang, contohnya masa Cik Easy yang membuat aku terkejut kerana tiba-tiba pulak suruh aku buat undian cabutan bertuah, tengah dok cabut-cabut si Najmi pun sebok sama nak mencabut. Tetapi aku cuba bergauk mesra, masa tunggu darling datang menjemput, aku pergi berkenal-kenal dengan zar dan lain-lain di luar.
Aku boleh tunggu di dalam sebab aku yakin darling akan sedikit lambat, tetapi sengaja memilih untuk tunggu di luar kerana nak beramah mesra dengan mereka yang tidak dikenali. Kalau yang masih ada di dalam restoran majaoriti yang sudah rapat...(yang sudah tahap sedara mara..he..he..) Harap aku tidak ada membuat orang lain atau sesiapa tersinggung pada malam itu. Maaf dipohon andai ada yang tersinggung dengan kelakuan aku yang mungkin menyinggung orang lain tanpa sedar.
Aku kenal dengan beberapa geng baru, dalam banyak-banyak tu aku memang berkenan dengan dua putera dan puteri malam tu, iaitu muhsroom dan khalil. Khalil soooo cuteee, dan mushroom sangat anggun dan manis sekali dengan baju rama-rama, yang di dakwa dijahitnya sendiri.
May be next year AJK baru boleh cuba tanyakan mereka yang sudah ada pengalaman anjurkan benda-benda begini tak kiralah dalan GJ sendiri ker, kawan office ker, komuniti lain ker. Ermm kat Putrajaya ni punnnn banyak tempat menarik untuk dijadikan port bergathering. Ada taman Wetland, ada Taman Botani, ada Taman Putra Perdana, kalau nak tertutup ada Kelab Tasik Putrajaya, ada Cafe d' tasik.
Cerita Najmi
Surprise dan bangga !!! Aku sedikit tergamam dan suka bila Najmi sudah boleh baca doa makan dari mula sampai habis, walau pelat-pelat. Kalau minggu lepas dia hanya pandai baca rozaq tana, aza bannar. Tetapi semalam semasa main-main dia baca doa makan tu kuat-kuat dan lagukan (alaa macam kita baca doa masa kat tadika dulu..) cuma sebutannya masih pelat-pelat, tetapi tidak ada yang tercicir.. sooo surprise!! Aku dulu-dulu umur 6 tahun baru reti baca doa makan, tapi Najmi dalam usia 2 tahun 10 bulan sudah terrer dari mama dulu. Moga Allah makbulkan doa kami suami isteri agar Najmi jadi anak yang pintar.
Benar telahan orang ramai anak tak cukup bulan otaknya cepat ingat. Benar kata doktor India masa Najmi dalam balang kaca di hospital Besar Kuala Lumpur March 2001, pujuknya kala aku bersedih melihat Najmi disuluh cahaya lampu ungu kerana terkena demam kuning, dengan tubuh kurus dan sedikit isi, dengan tangan dicucuk tiub air, dan glukos, dengan lengan bengkak, dengan kaki bengka sebab di cucuk tiub, dengan urat kepala juga dicucuk kerana doktor masukkan air dari kepala kerana urat lengan dan kaki sudha bengkak, aku sedih pilu kala itu melihat bayi seberat 1.3kg, yang amat kecil, doktor India itu pujuk, katanya masih ku ingat "awak percaya cakap saya, nanti baby ni mesti pandai, dan bla...bla..macma teori dia bagitau aku kenapa baby pre-mature lebih advance dari orang lain, aku dengar sahaja, tapi kini ada sedikit benar katanya, masih panjang lagi perjalanan hidup Najmi sukar untuk ditelah.
Tetapi Cikgu taskanya ada cakap Najmi mudah ikut, walau usia muda. Sekarang Najmi sudah ada satu folder khas mama simpan untuk hasil kerja di taskanya. Ada lukisan epal yang diwarnakan merah tunggang langgang, ada lekatan guntingan kertas-kertas majalah didalam satu bulatan. Kalau ada hasil kerjanya yang baik, aku lekatkan di pintu peti ais bahagian atas, dan hari sabtu hari tu Mak tok datang rumah sibuk dia tunjukkan hasil kerja dia.
CIkgunya kata, mereka buatkan ujian minda untuk tentukan samaada Najmi sudah boleh ikuti aktiviti membaca dan Najmi banyak kali berjaya mengikuti. Hati ibu mana tak gembira. Itu baru di taska belum tadika belum upsr, belum pmr, belum spm dan belum dapat ijazah kelas pertama. Dan untuk itu cikgu taska itu sarankan Najmi dibelikan set buku bacaan untuk memudahkan Najmi mengikuti aktiviti yang mereka adakan.
Ermmm kalau ikutkan teori aku dulu, aku tidak suka terlalu awal dia belajar banyak perkara, takut dia bosan bila tiba masanya. Tetapi bila fikirkan, nanti dia tidak dapat ikut aktiviti yang mungkin dia suka di taska. Beli juga, dan semoga Najmi gembira. Memang sedih untuk meninggalkan anak ditaska, Iyerlah hidup beramai-ramai dengan ramai rakan sebaya dia, tetapi apa nak buat susah hendak dapat baby sitter di sini, puas kami bertanya. Kalau ada pun siap sudah mengenakan banyak syarat. Mesti ambil on time, kalau balik pukul 4 paling lambat 4.30-4.45, kalau balik pukul 4.45, mesti ambil paling lewat 5.15-5.30. Ermm susah, kalau mama out station macam mana? babah balik kerja pun 5.30 sampai putrajaya 6.15. Kalau mama meeting macam mana, biasa meeting mama meleret-leret, pernah sampai 6.40 petang.
Sekarang mama cukup masa mesti balik cepat-cepat ambil Najmi di taska, tidak tergamak rasanya kalau ambil lewat-lewat terkenangkan, sayunya hati anak bila tengok orang lain sudah dijemput ibu-bapa. Mesti nak cepat ambil, kalau nak stay kat office pun balik ambil dulu dan bawa ke office semula. Biar dia main berlari-lari di office depan mata.
Vitamin C, mesti kena sorok kalau tak tak cukup 2 biji, sebotol boleh habis dikerjakannya. semalam saja sampai 5 biji. Susah betul...
« LAMA
::
BARU »