2004-01-15

Sibuk...

Ada satu kata-kata best dari geng info96 aku, berbunyi..

"KALAU KITA SIBUK, TIDAK ADA SESIAPA YANG HENDAK MEMBANTU KITA, TETAPI KALAU KITA TIDAK SIBUK RAMAI YANG MENYIBUK KENAPA KITA TIDAK SIBUK"

Betul atau tidak terpulang kepada anda, bagi aku ianya betul. bagi bidang kerja yang lain aku tak tahu, tetapi bagi aku yang memang bidang tugas aku kepustakawan or librarianship..orang akan nampak macam tidak sibuk dan manjang baca buku...baca paper tapi orang tak tahu kenapa mesti baca buku, kenapa mesti selak surat khabar setiap helai, dan kenapa mesti baca semua surat khabar yang dilanggan.

Mungkin mereka tidak tahu, bila kita katalog sesuatu bahan kita mesti tahu isi kandungan bahan itu, untuk menentukan subject. Sebagai contoh, katakan buku itu tajuknya "Kegiatan ekonomi di dalam Islam" kita mesti tahu bagaimana untuk kita klasifikasikan subject buku itu, samaada dibawah subjek ekonomi atau islam, kerana ada dua topik disitu, so that kena tengok isi kandungan buku itu, samaada isinya lebih kepada perbincangan ekonomi atau lebih kepada isu keislaman, kerana dua subjek itu mempunyai dua nombor yang berbeza, islam adalah dibawah kelas nombor 297...(adalah lagilah following number mengikut pecahan topik pulak) manakala ekonomi pulak di bawah kelas nombor 330..

Sekiranya dari peringkat awal lagi kita sudah salah beri nomber kelas subjeknya maka kita akan menyusahkan pengguna perpustakaan kita, kerana rak buku yang berbeza, rak untuk buku-buku islam ialah 297 dan rak buku ekonomi ialah 330, kalau pengguna itu tahu mencari lokasi bahan tak apa, katakan dia hanya berpandu papan tanda di perpustakaan yang memberikan rak 100..buku bidang apa..rak 200 bidang bla..bla..jadi mesti kena tengok isi kandungan buku untuk tentukan subject buku itu..

Itu kira ok kerana sekurang-kurang beza rak tidak jauh bagaimana kalau buku berjudul "Seks dari perspektif Islam" (sorry..bebudak lelaki class aku dulu suka guna contoh subjek begini semasa belajar, biasalah..lelaki..) kita mesti belek buku itu hendak tengok adakah isi kandungan lebih kena petikan hadis, ayat Al-Quran or just membincang adab dan tatasusila dalam islam or dia membincangkan secara biologi cuma sedikit disentuh tentang keislaman, kerana kalau diikutkan nombor kelasnya ialah 613.9071 (610 ialah based number utk subject Medicine) so buku ini lebih membincangkan dari aspek biologi bukan dari segi Islam, kita tidak boleh letakkan ia di bawah nombor kelas 297 tadi, kalau kita letak bawah 297, maknanya kita akan menyusahkan pengguna kerana pengguna mungkin mencarinya di bawah bidang medicine (biologi)

Dalam masa dok katalog buku inilah kadang-kadnag orang anggap kita dok asyik baca buku jer, tak buat kerja, itu tanggapan orang yang tak reti..orang tak tahu job librarian. So kalau u all pergi library tengok librarian asyik belek surat khabar jangan salah anggap kerana kami perlu membelek surat khabar utk difailkan iaitu keratan akhbar mengikut topik. (terutama di public library dan akademic library) permintaan terhadap news paper cutting adalah tinggi. Kita kena baca semua bidang dalam surat khabar, sebagai contoh banyak bidang, iaitu ekonomi, sosial (banyak lagi pecahan perkara bawah sosial seperti isu penderaan, isu buang anak, isu murtad dan sebagainya..) itu belum masuk lagi, persidangan, pendirian dan lain-lain. Dasar itu ini, semua kena tandakan dan pembantu akan potong dan simpan dalam fail.

Masa di office lama aku dulu even boss aku sendiri sound aku sebab pagi-pagi aku sudah baca paper, dia kata aku tak buat kerja, aku panggil dia tunjuk apa aku buat, tunjuk pada dia apa yang sudah siap, keratan-keratan akhbar yang sudah difailkan, baru dia terkejut, biasanya untuk membuat keratan kita akan semak keesokan harinya. Atau ada library yang kumpul seminggu, dan setiap hari isnin dan selasa dia akan spend masa 'scan' topik-topik penting untuk disimpan. jangan salah anggap yer kawan-kawan..ingat librarian suka tengok surat khabar.

Sebagai information provider kita memang sentiasa mencari bahan utk dijadikan koleksi bahan untuk perpustakaan kita, termasuklah online searching. Zaman sudah berubah, kita boleh buat bermacam online searching, sebagai contohnya, kita tidak perlu ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk lihat koleksi bahan yang ada di sana, kita boleh buat online searching, surf diinternet dan sampai di sana boleh minta bantuan petugas kaunter cuba dapatkan bahan utk kita, tak payah susah payah nak Q guna PC di sana nak buat seraching.

Selain itu, librarian yang baik juga akan cuba melengkapkan koleksi bahan dalam pelbagai bidang, dalam apa jua cara. Sebagai contoh, dia akan membuat online searching di internet mengenai bidang-bidang tertentu, kalau di tempat aku aku tidak buat sebab library aku khusus bidang standard dan akreditasi sahaja. Kalau di public library librarian akan buat searching diinternet untuk pelbagai perkara, sebagai contoh, masa aku di PNM, kami kena cari info berkenaan stonehenge di England tu, pasal taman gantung babylon, pasal menara berkembar petronas, pasal muzik dan macam-macam. So actually, librarian begini kerja memerlukan internet, kerana tanpa internet kerja tidak boleh jalan. (errmm sebab itu librarian punya masa untuk update jurnal :) he..he..jangan mare...)

Tujuan aku menulis topik ini ialah kerana ada kawan aku sedang bersedih, ada orang komplen kononnya dia paling rileks, susun buku, dok depan pc, belek surat khabar, belek majalah dan baca buku. Sampai boss dia campur tangan. Dan dia kena jelaskan. So aku tulis supaya kalau korang pergi library tengok pustakawan asyik dok melangut depan pc berjam-jam janganlah salah anggap, mungkin dia sedang seraching information untuk kegunaan user jugak, sedang cari call number untuk bahan yang sedang dikatalog. Baca paper sebab nak 'scan' bahan yang perlu di potong dan disimpan dalam fail. Masa korang buat assignment kat universiti dulu mesti pernah guna indeks surat khabar untuk cari bahan assignment. Dan kalau kami pelajar information studies ni, mesti ada bahan rujukan paling minima 10 bahan rujukan dari pelbagai sumber, buku, majalah, internet dan juga surat khabar. Di situ pun ada lima markah. Kalau lecturer tengok rujukan kita di bibliografi belakang assignment tu hanya buku dan majalah, maka kita tidak akan dapat full mark 5% dari markah untuk rujukan bahan. Sebab untuk menjadi information provider mesti pandai mengoptimakan penggunaan sumber yang ada.

Well harap u all faham yer...saya bukan lawyer, saya bukan engineer, saya bukan doktor, saya bukan cikgu, saya bukan economist, saya bukan saintis, saya juga bukan ustaz-ustazah, tetapi saya seorang yang perlu tahu semua bidang perkara. Saya mesti tahu apa kehendak seorang peguam, saya mesti tahu apa keperluan maklumat seorang doktor, saya mesti tahu apa maklumat dan bahan yang mesti ada di pusat maklumat yang seorang saintis perlukan, maka saya perlu menghebatkan diri untuk memuaskan hati dan kehendak pengguna saya, kerana saya perlu tahu berita terkini mengenai sesuatu bidang sebelum ditanya oleh pakar bidang berkenaan.

p/s ada sorang kawan saya jadi part time librarian kepada seorang researcher, dia dibayar sekadar untuk menyediakan maklumat yang dikehendaki oleh researcher itu untuk kajian kes dia. Ermm ada sesiapa perlukan khidmat librarin untuk set up library di rumah??? he..he..ada juga kawan saya kerja part time set up library di banglo mewah seorang keluarga cina di bukit damansara. Woww koleksi buku keluarga cina itu, respect betul, mahal-mahal, malahan ada antara buku itu tidak ada dalam mana-mana koleksi perpustakaan di Malaysia, kerana mereka beli semasa mereka pergi melancong. Dan dia juga dibayar lumayan juga, dan kawan aku akan mencalonkan tauke cina itu untuk anugerah perpustakaan rumah contoh untuk dianugerahkan tahun ini kepada PNM. Dannn adakah u all tahu Perpustakaan Negara setiap tahun berikan anugerah Perpustakaan Rumah Contoh kepada keluarga yang mengadakan Mini Perpustakaan di rumah mereka? Ermm..ermm....sudah banyak keluarga yang mendapat penghargaan ini, anda bila lagi???

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng