2004-01-13

Sepi angin ke Kota London

Saya dah kata drama ni best tak caya tengok ni... BACA SINI dan baca lagi ADA LAGI..

Bestkan??? Rugi siapa tak tengok, kat office aku ramai officemate yang tak tengok. Aku pun jarang dok tengok drama Melayu, tapi kalau drama best-best begini mesti tonton... Rupanya ramai lagi rakyat Malaysia yang masih berminat dengan drama-drama realiti begini. Tidak leka dengan drama Tan Sri, drama Dato' dan lain-lain.

Aku berharap semoga ada pengarah drama Sepi Angin Ke Kota London, drama Kuartet Merdeka, Kedai Kopi Kampung, membaca entry ini, kerana aku ingin mengucapkan tahniah kerana mereka pandai mengarah...dan pandai membentuk pelakon, aku berharap semoga pengarah seperti Razak Mohaiden, Usup Selam, or even Aziz M Osman, telitilah bila buat filem. Walau hanya menjadi pengarah drama Syed Azidi membuat cerita dengan baik, begitu juga pengarah drama Sepi Angin ke Kota London yang aku tidak sempat tengok siapa pengarahnya.

Walau tidak punya nama sebesar nama-nama pengarah yang aku sebutkan di atas tadi, tetapi hasil karya mereka jauh lebih bagus dari karya mereka yang sudah punya nama besar atau pengarah kononnya taraf Prof. Madya. malu pulak nak tunjuk kat orang luar, Prof. Madya kita arahkan filem begitu, aku pernah tengok di laman web BKN, temuramah dengan Prof. Madya Razak Mohaiden, satu soalan ditanya, bila beliau hendak membuat filem artistik. Beliau menjawab, "setiap filem adalah artistik. Dan dia mengarah filem kerana dibayar oleh produser untuk mengarah filem, produser keluar duit, dan dia kena dapatkan keuntungan untuk produser. katanya lagi kalau kita bukak restoran, kita mesti nak untung dan kita masak ikut selera pelanggan bukan masak ikut selera kita, nanti orang tak datang makan dan kita rugi,"..ya betul encik razak oi...tapi kalau drama bodoh, nyanyi-nyanyi tukar-tukar baju macam hidustan, artistik apa kejedahnya (macam edisi siasat lak!)

Kemudian peliknya, anak mami tapi cakap KL. Kemudian lagi, cerita mengarut-ngarut, adakah datang nak bertunang tiba-tiba terus nak suruh nikah...bangang nya....tak perlu ke isi borang nikah, tak perlu ke pergi kursus kahwin, tak perlu pergi ke pajabat agama ker...ampeh betul..tak caya tengoklah drama arahannya tidak ada yang menarik.

Rashid Sibir?? Ermm bagus tapi adakalanya streotaip..walau stereotaip taip arahannya bagus, walau dah bosan asyik berlakon kat Melakaaaa jer...bukan bosan dengan Melaka tapi macam tak ada idea tempat lain nak berlakon, dan pelakonnya balik Nasha Aziz, Ummi Aida, Rosyam Nor, Fauziah Nawi dan beberapa nama, namun tidak dinafikan drama dia memang bagus, malangnya dia juga tidak teliti bab-bab nikah kahwin bab-bab keagamaan.

Aku tak tahu mana nak dapatkan VCD drama Kuartet Merdeka. Kalaulah Syed Azidi baca jurnal aku kan ker best. Boleh respon. He..he..Macam suatu masa dahulu aku tulis mengenai iklan McDonald oleh Ako Mustapha, dan Ako jumpa jurnal ni, dan sain gesbok aku, happy tak terkata, tidak lama selepas itu Ako buat jurnal, guna diaryland sama cam aku, kemudian Rudi tolong tukarkan layout dia. Aku suka bila chat dgn Ako tru YM, tapi skrng dia sibuk tak der masa nak berchat agaknya. dan jurnal dia lama tak berupdate. Dan aku harap Syed Azidi dan pengarah drama Sesepi Angin Ke Kota London jumpa jurnal aku, dan mereka tahu aku sangat-sangat suka drama mereka. Aku sangat-sangat suka karya mereka. Dan aku harap sangat, mereka boleh buat filem yang bagus untuk kita hantar bertanding di luar negara. Dan aku harap Yusof Haslam (Usop Selam) jumpa jurnal aku dia tahu aku bangga dia sudah berjaya, rumah dia cantik, aku bangga sebab dia susah dahulu tp berjaya sekarang, aku bangga sebab dia anak Melayu, pernah jadi konduktor bas, dan sekarang dia sudah boleh beli bas sendiri. Tetapi aku malu menonton Gelak Khas, Gelak Khas The Movie, Pasrah, Sembilu..selumbar dan segala macam lah...aku bangga kalau dia boelh arahkan drama sebaik Sepi Angin ke Kota London. Drama realiti bagaimana kehidupan orang kampung, di sawah, mandi sungai, pergi mengaji Quran, bergurau senda anak beranak, tidak seperti dialog..."aku cintakan kau awie," tak pernah aku dengar orang bercinta zaman moden cakap begitu.

« LAMA :: BARU »

menu

baru
lama
saya
glamour
komen
geng